Archive for Oktober, 2012
Agenda 2B – ‘Bodek dan Bunuh’ PKR Selangor…
Kebanyakan Ketua Cabang di Selangor rasa bagai nak muntah dengan kenyataan bodek yang dibuat oleh Ketua Penerangan Selangor, YB Shuhaimi Shafie yang sanggup menyerahkan jawatannya pada bila-bila masa bagi memberikan ruang kepada Madame Bakal First Lady (MBFL) Kak Wan. Ramai yang beranggapan, bahawa kenyataan YB Seri Muda ini adalah kenyataan BODEK yang paling maksima diberikan oleh Ketua Penerangan tersebut.
Kita semua tahu, YB Seri Muda ini masih lagi KOTOR kerana terlibat dengan skandal pasir. Walaupun SELCAT sudah membebaskannya, namun dia pada hakikatnya sudah menjadi LIABILITI kepada parti. Kebanyakan Ketua Cabang menganggap Shuhaimi bekerja keras untuk menyelamatkan jawatan sendiri.
Semua yang kenal YB Shuhaimi tahu bahawa TIDAK ADA YANG PERCUMA apabila dia membantu seseorang. Dengar khabar, jawatan lebih tinggi dalam parti menjadi idaman YB ini. Di samping DIRECT NEGO kedudukan dalam Kabinet baru yang kononnya bakal diwujudkan nanti. Nak jawatan Senator lettew.
Di dalam PKR Selangor, semua orang tahu bahawa antara YB paling cemerlang – daripada sudut mesra rakyat, turun ke bawah, kekuatan sokongan parti dan rakyat, rajin menjaga kawasan adalah Yaakob Sapari. Wak ini asal Pontian. Memang setia dengan parti.
Ramai yang bertanya – atas alasan apa SHUHAIMI tawarkan Kota Anggerik kepada Kak Wan – sedangkan Yaakob Sapari antara bintang PKR di Selangor? Tidak lain, ini adalah agenda Azmin yang mahukan pemimpin seperti Yaakob Sapari dibunuh lebih awal dalam PKR Selangor. Hebat permainan depa ni.
Yaakob Sapari yang mengalahkan ‘heavyweight’ 2008 pun nak kena cantas. Kenapa Azmin & Gang takut sangat dengan pengaruh Yaakob Sapari? Sebab dia menjadi antara individu paling disayangi MB?
N40 KOTA ANGGERIK
Jumlah Pengundi: 38,442
Peratusan Kaum: M:68.3% C: 17.5% I: 13.4% L: 0.8%
1. Yaakob Sapari (PKR) (15,738)
2. Datuk Ahmad Nawawi M. Zin (BN) (13,538)
Majoriti: 2,200
Jumlah undi: 29,659
Peratus mengundi: 77.15%
Undi rosak: 383
Penyandang: Datuk Ahmad Nawawi M. Zin (BN)
(Majoriti: 8,201 undi)
Dahulu dikenali Batu Tiga
N43 SEMENTA
Jumlah Pengundi: 29,382
Peratusan Kaum: M:48.5% C:27.0% I:24.3% B/Sab: % B/Swk: % L:0.2%
1. Datuk Abdul Rahman Palil (BN) [Menang tanpa bertanding]
Jumlah undi:
Majoriti:
Undi rosak:
Penyandang: Datuk Abdul Rahman Palil (BN)
(Majoriti: 7,685 undi)
* analisa PKR sendiri, Kak Wan boleh tewas di Sementa kalau UMNO tidak salah meletakkan calon.
N32 SERI SETIA
Jumlah Pengundi: 35,079
Peratusan Kaum: M:54.4% C:16.3% I:28.3% L:1.0%
1. Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) (13,838)
2. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (BN) (10,975)
Majoriti: 2,863
Jumlah undi: 25,115
Peratus mengundi: 71.6%
Undi rosak: 302
Penyandang: Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (BN)
(Majoriti: 11,141 undi)
* DUN Seri Setia ini hanya ‘mainan politik’ sahaja. Bukan ikhlas pun. Sekadar nak tutup agenda MEMBUNUH karier Yaakob Sapari.
Budaya Elit dalam PKR – Kak Wan Boleh Pilih Kawasan..
Kak Wan kedengarannya sangat sombong, angkuh dan takbur bilamana mengumumkan bahawa dia bebas MEMILIH mana-mana kawasan DUN yang mahu ditandinginya. Mungkin Kak Wan tak perasan, kenyataan seperti itu adalah satu perlambangan bahawa PKR terus membugar budaya sombong dan elitis dalam parti – secara tanpa sedar.
Makna di sebalik kenyataan Kak Wan ini membayangkan bahawa, ke mana sahaja yang dia mahu pergi, dia pasti boleh menang. Terdengar komen seorang Ustaz dalam PKR petang semalam, kenyataan seperti itu kedengarannya seperti angkuh dan takbur.
Hakikatnya, itulah PKR. Bongkak dan takabbur ini memang budaya parti ini. Cuma rakyat sahaja yang kurang tahu.
Demikian juga dengan kata-kata Kak Wan, bahawa dia boleh meletakkan anak-anaknya di mana sahaja kawasan yang dia mahu. Baik Izzah, Nuha, menantu atau siapa sahaja yang berada di dalam ‘House of Anwar’. Inilah kehebatan PKR.
Berbalik kepada Kak Wan, mana satu kerusi pilihan hati? Kerusi luar bandar atau dalam bandar. Menurut cakap-cakap HQ PKR, kerusi untuk Kak Wan mestilah berstatus SUPER SELAMAT. Kalau Kak Wan tak turun pun boleh menang. Kak Wan diperlukan di seluruh negara, jadi kalau Kak Wan bertanding di kawasan sukar, payahlah Kak Wan nak mengembara ke seluruh Negara.
Antara kerusi yang SUPER SELAMAT untuk Kak Wan:-
- Batu Caves;
- Gombak Setia (tapi kena barter trade dengan PAS);
- Bukit Antarabangsa;
- Hulu Klang (tapi kerana barter trade dengan PAS);
- Ijok (tapi perlu swapping dengan Khalid – MB pindah kawasan lain);
- Lembah Jaya (perlu swap juga dengan PAS);
- Semenyih (perlu fikir mana nak letak kuota India);
Makna kata, tak banyak kerusi yang SUPER SELAMAT menurut pandangan Jawatankuasa Pilihanraya PKR. Payah juga nak letak Kak Wan. Apa yang perlu adalah kawasan yang mempunyai undi wanita yang tinggi; menang dengan majoriti yang boleh dibanggakan pada 2008. Kebanyakan kerusi yang dirasakan SUPER SELAMAT untuk Kak Wan milik PAS. Apakah PAS rela membenarkan kerusi mereka diambil alih oleh Kak Wan? Itu pun satu hal juga.
Katalah Azmin perlu memberi laluan di Bukit Antarabangsa, ke mana pulak nak diletakkan anak Pak Ali itu? Ini semua kena fikir. Kalau ya pun nak bunuh Azmin, perlu juga lakukan dengan adab yang betul.
Kak Wan tak mahu kerusi yang terlalu jauh dari KL. Susah nak handle keperluan logistik – andai kata perlu tinggal di Putrajaya nanti (jelas Kak Wan kepada Staff HQ). Aik, belum apa-apa dah rasa menang? Takbur.
Anwar Kekal Khalid di BTR – Punca?
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan penyandang kerusi parlimen Bandar Tun Razak kekal bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Kalau menurut strategi awal, memang PKR akan adopt strategi DAP dalam pilihanraya akan datang. Antara strategi DAP:-
- Menggunakan ‘rotation system’ – rotate calon supaya tidak kekal di tempat yang sama. Mengekalkan calon yang sama (terutamanya yang tidak perform) akan merosakkan peluang untuk menang;
- Pengundi tidak ada ‘attachment’ kepada sesetengah calon. Calon tidak penting, yang penting adalah parti. PRN Sarawak adalah contoh baik bagaimana DAP menggunakan calon baru dan kurang berpengalaman namun masih menang;
- Pengundi Cina tidak pentingkan calon. Pada mereka, parti yang mesti menang.
- Mengurangkan kemarahan pengundi kerana YB mereka gagal memberikan khidmat yang baik.
Samalah juga di BTR, Khalid pada hakikatnya tidak perform. Laporan Cabang, dan Jabatan Pilihanraya Pusat PKR secara jelas menyatakan bahawa Khalid mempunyai banyak masalah di BTR.
Malahan, dalam simulasi yang dijalankan, beberapa saluran yang memberikan kemenangan kepada PKR sebelum ini semuanya akan memberi masalah kepada PKR.
Namun, apa yang Anwar umumkan adalah kerana KEGILAAN MCA, terutamanya Chua Soi Lek untuk meletakkan calon tidak popular di Bandar Tun Razak. Anwar dimaklumkan oleh beberapa orang kenamaan di BTR (berbangsa Cina) bahawa Chua Soi Lek mahukan orangnya diletakkan sebagai calon. Masalahnya calon tersebut adalah berasal daripada Puchong dan tidak pernah berada dalam kawasan BTR. Dato’ Theng Book bukan orang yang winnable di BTR.
Anwar cukup yakin, calon BONEKA yang diletakkan Chua ini akan memberikan kemenangan mudah kepada Khalid. Walaupun mungkin ada movement pengundi sekitar 8 hingga 9 % pengurangan sokongan, Khalid masih menang dengan majoriti yang berkurang.
Majoriti Khalid yang berkurang akan memberikan lesen besar untuk Azmin mematikan Khalid dalam pemilihan parti. Khalid tidak akan mampu bernafas tanpa jawatan MB dan majoriti yang berkurang di BTR. Itu sahaja sebabnya.
Untuk Khalid, jangan terlalu selesa – kerana pengumuman awal Anwar ini sebenarnya akan memakan dirinya dalam pemilihan parti yang akan datang.
Apa makna menang di BTR; namun jawatan MB akan ditarik balik?
Dewa Melayu, Tokong Cina
Di kalangan rakan-rakan pimpinan PKR mula merasakan tidak ada ruang untuk mengkritik Anwar di dalam parti. Kebanyakan lubang ditutup supaya Anwar akan terus kelihatan sebagai seorang yang maksum dan tidak mempunyai kelemahan. Antara isu terbaru yang diperkatakan dalam PKR adalah keistimewaan yang diberikan kepada Anwar & Keluarga. Kesungguhan Anwar untuk mengetengahkan anaknya yang lain, selain Izzah di dalam politik mengundang macam-macam pandangan. Apakah PKR ini mengenai Anwar & Keluarga sahaja? Kebanyakan pemimpin PKR peringkat pertengahan boleh faham jika Anwar, Kak Wan, Izzah menjadi penting dalam PKR. Mereka boleh faham. Tapi bila Nurul Nuha dan menantu Anwar juga mahu menjengah kedudukan dalam PKR, mereka jadi tidak seronok. Penyakit DAP nampaknya sudah melarat dalam PKR. Parti anak beranak. Karpal, Gobind, Dinasti Lim. Izzah, Nuha, menantu Anwar akan menjadi tokoh-tokoh baru dalam PKR menjelang PRU yang akan datang. Soalnya, siapa yang nak persoalkan Anwar. Anwar macam dewa dalam PKR. Tak boleh disentuh. Sama macam Guan Eng dalam DAP.
Projek DATUM JELATEK – JERANGKAP SAMAR Untuk Azmin?
Tahniah kepada PKNS Property yang akhirnya merasmikan PROJEK DATUM JELATEK yang sudah tertangguh agak lama. Almaklum, di kalangan pemimpin PKR sendiri masih tertanya-tanya tentang SIAPA yang mendapat habuan yang paling mewah. Banyaklah nama disebut. Tapi antara yang dikatakan paling INFLUENTIAL adalah YB Bukit Antarabangsa dan YB Hulu Klang. Amaun? Boleh tahan.
Ini juga adalah antara senjata yang ada di dalam tangan Faekah. Semua details ada. Tarikh. Bank statement. Tinggal nak reveal sahaja.
Sebab itu, sejujurnya, Azmin patut diam sahaja – dan mula CIUM tangan MB Selangor. Baik buat cepat-cepat.
Dibuatnya segala macam perincian ini dicampak di Taman Melawati, Hulu Klang, Bukit Antarabangsa, Ukay Perdana, Gombak Setia; peluang Azmin untuk menang di GOMBAK akan terpadam. Kalau BN nak kalah pun, sebab letak KUDA SAKIT sebagai calon. Kalau letak KUDA SIHAT, insya’Allah menang mudah.
Datuk Jelatek ini bukan projek murah-murahan. Projek MAHAL. Projek ELIT. Projek MEGA. Projek PILIHANRAYA.
Kalau dah kebetulan besar dan transparen, apa kata – PKNS Property senaraikan mereka-mereka yang mendapat kepentingan daripada projek ini. Berapa amaun? Bila bayar?
Kalau menurut perancangan awal, DATUM JELATEK ini memang dirasmikan untuk projek PILIHANRAYA. Secara kebetulan Azmin banyak ‘say’ dalam projek khas ini.
Satu ingatan kawan-kawan kepada Azmin; MB is WATCHING your steps bro! Jangan tersungkur.
One of the flagship developments of PKNS, Datum Jelatek will be a Green Building Index (GBI) Platinum certified development and is targeted for completion in 2016 at a development cost of more than RM700 million (USD234 million). This high value development sits not only along the Light Rail Transport (LRT) line and is served directly by the Jelatek LRT station where a 7-minute’s train ride will take you to the iconic Petronas Twin Towers and KLCC in the heart of the city. Datum Jelatek is also only a minute’s drive from the Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway and five minutes from the Duta-Ulu Kelang Expressway. Accessibility cannot be more convenient.
USD234 JUTA. Kalau 10 % dah berapa tu bro!
Perbankan Singapura Bantu Pakatan Rakyat???
DPM Tharman Shanmugaratnam named Finance Minister of the Year for Asia by London-based magazine Emerging Markets.
Mr Tharman, who is also Deputy Prime Minister, was cited for his work in embarking on reforms to raise productivity in the economy.
Among other measures he implemented that the magazine cited were moves to cut Singapore’s dependence on foreign workers while promoting inclusive growth.
“Singapore has embarked on a bold restructuring programme aimed at boosting productivity and relying on innovation and skills for economic growth,” the magazine said.
Dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin utama PKR, Anwar gunakan contoh bagaimana ‘individu’ seperti Tharman boleh dijadikan contoh bagaimana Malaysia memerlukan pemikiran Menteri Kewangan yang liberal dan boleh membantu ekonomi negara pada jangka masa panjang. Secara kebetulan telah berjanji, Anwar tidak akan menjawat jawatan Menteri Kewangan JIKA menang. Jika. Jangan lupa itu ‘JIKA’.
Pada Anwar, kaum tidak penting. Yang penting akal fikiran. Sebab itu, Anwar selalu mengingatkan kepimpinan PKR bahawa jawatan Menteri Kewangan akan menjadi milik kaum lain. Anwar mahukan undi masyarakat bukan Melayu. Pada Anwar, itu sangat penting. Namun, individu itu MESTI lah mempunyai kredibiliti dan kemampuan.
Apa yang Anwar selalu banggakan, adalah bantuan TANGAN LUAR yang membantu usaha menjahanamkan pemimpin BN. Satu demi satu akan didedahkan menjelang pilihanraya. Terbaru, adalah bagaimana SINGAPURA yang terkenal sebagai sebuah Negara yang memberikan PRIVACY luar biasa kepada pemegang akaun bank di sana. Hari ini, tidak lagi. Perbankan Singapura sanggup release apa sahaja info dan maklumat yang boleh membantu PR.
Dalam kes RM40m di Sabah, ternampak jelas bahawa PERBANKAN SINGAPURA mengambil keputusan untuk membantu PR. Banyak info yang didedahkan. Link PAP-DAP-HIGH ECHELONS Officers di Singapura memberi mereka kelebihan. Segala macam maklumat dapat didedahkan.
Siapa lagi selepas ini?
Soalnya, apakah kita masih percaya dengan sistem perbankan Singapura selepas daripada ini. Sendiri mahu ingat.
Anwar juga perlu sedar, beberapa orang panglima nya juga mempunyai akaun di Singapura. Chua Jui Meng. Azmin. Nurul Izzah. Kalau perbankan Singapura lambakkan juga informasi – macamana nak damage control???
Mata Lebam REVISITED – jeritan ANJING KERAJAAN!
Peguam N.Surendran akan mula menyoal balas Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dalam kes Saman atas laporan polis Dato Seri Anwar Ibrahim (kes mata lebam) berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh Musa Hassan dan Ghani Patail.
Perbicaraan bermula hari ini 9:00pagi 16 Oktober 2012 di hadapan Mahkamah Tinggi Sivil Y.A.Dato’ Asmabi binti Mohamad Aras 4, Sayap kiri.
Kita semua tahu, agenda Anwar untuk RECYCLE isu ini hanyalah strategi terdesak.
Malahan, ramai kepimpinan PKR yang merasakan isu MATA LEBAM tidak membawa keuntungan politik kepada sesiapapun. Anwar sendiri mahukan ianya ditimbulkan semula, digembar gemburkan dengan isu kematian orang India di dalam lokap. Semua ini akan membuatkan rakyat bencikan PDRM.
Ramai di dalam PKR sendiri merasakan keperluan PKR untuk keluar daripada isu remeh MATA LEBAM ini. Modal lama.
Secara kebetulan disebut semula isu ini, mungkin Anwar boleh bersikap JUJUR di mahkamah. Apa yang berlaku di dalam LOKAP pada malam itu?
– Apakah benar Anwar maki hamun/seranah IGP dan Polis? – Apakah benar Anwar panggil POLIS, ANJING KERAJAAN? – Apakah benar Anwar hina IGP (pada ketika itu) sampai ke tahap keturunan? – Apakah benar Anwar tuduh IGP/PDRM makan DUIT HARAM (industri judi dan pelacuran)?
Insiden mata lebam hanyalah pengulangan SIKAP KURANG AJAR Anwar kepada sistem perundangan dan PDRM. Itu sahaja.
Ramai yang dalam PKR sendiri tidak menganggap isu ini sebagai modal berkesan. Buang masa.
Sehingga ke hari ini, Anwar menganggap Polis sebagai ANJING. Ayat sama yang digunakan dalam Bersih dan sebagainya.
Amir Kahar Bagi Pening Pak Sheikh?
Dalam banyak-banyak benda yang Pak Sheikh fikir sewaktu di Sabah, adalah permainan apa yang PM nak main bagi menentukan P167 (N1, N2 dan N3) kekal menjadi kubu kuat BN. Pada hakikatnya, Pak Sheikh sendiri sudah mengarahkan beberapa pihak bertemu dengan Amir Kahar bagi menentukan Kudat dan 3 DUN yang ada akan dapat ditarik kepada PKR.
Pak Sheikh cukup yakin, dengan ‘amaun’ dan jumlah yang tepat, beberapa pemimpin BN Sabah yang berfikiran ‘RM’ seperti Lajim Ukin akan mudah dilentur dan mula bersama dengan PKR. Dengar cerita, Pak Sheikh susun strategi yang sangat licik dalam menentukan pemimpin BN akan menyokongnya. Kaedah ugutan juga digunapakai. Khabarnya, itulah yang terjadi kepada Lajim dan beberapa orang bekas pemimpin BN yang kini kononnya membawa panji PKR.
Pak Sheikh nampaknya terlalu yakin bahawa Amir Kahar adalah antara pemimpin yang boleh di RECYCLE dan dijadikan calon Parlimen di Kudat. Malahan, Anwar sanggup menawarkan Amir Kahar ‘double seats’ seperti Lajim sekiranya bersetuju. Tanding Parlimen dan DUN.
Nampaknya, Pak Sheikh gagal membaca semangat Amir Kahar. Amir bukan calang-calang anak Negeri. Dia punya darah pahlawan dan pemimpin besar di Sabah. Kalau setalat bermain dengan wang ringgit ini bukan permainan keluarga mereka.
Kesilapan Pak Sheikh ini mengecewakan ramai pemimpin PKR di Sabah. Dalam beberapa mesyuarat tertutup, Pak Sheikh sudah jual nama Amir keliling Sabah. Anwar yakin bahawa dia mampu menarik Amir menjelang PRU yang akan datang ini.
Kali ini, pilihan akan terbentang luas buat Amir Kahar untuk menentukan keputusan politik.
Kalau menurut situasi semasa di Kudat, Amir mungkin bukan winnable candidate (untuk BN) buat ketika ini. Namun semuanya boleh berubah.
Tapi rasanya, Amir sendiri boleh buat keputusan yang matang. Apakah legasi keluarga hebat di Sabah akan berjaya dipermain, diperkecil dan diperkotak katikkan oleh Anwar Ibrahim. Amir tak perlu ikut rentak Lajim. Rentak Yahya Lampong. Rentak Bumburing. Mereka kumpulan yang tamak haloba. Lagipun sudah tidak ada apa yang Amir kejarkan. Pernah ada di Federal. Pernah ada di State. Kalau ikut Anwar, Amir dijanjikan jawatan Kabinet. Tapi ini permainan belum dapat. Kalau dah dapat, Amir mungkin sahaja ditinggalkan terkebil-kebil di Kudat Marina and Golf Resort. Hati-hati bro dalam membuat pilihan.
Anwar Pening Siapa FUND Jeffrey Kitingan
Mood di kalangan PKR Sabah masih belum tenang. Masih banyak perkara yang perlu Anwar selesaikan. Setelah mengetahui bahawa Najib akan ke Sabah; PKR HQ bertindak pantas menghubungi PKR Sabah untuk menentukan usaha dilakukan bagi menangani populariti PM.
Setakat ini masih belum berjaya. Politik PKR Sabah masih banyak internal bickering. Gila-gila punya.
Di kalangan pemimpin PKR Sabah, mengetahui bahawa Lajim sudah mendapat GREEN LIGHT untuk bertanding di DUN dan Parlimen sudah menyebabkan mereka sakit hati. Manakan tidak, mereka yang dah lama dengan PKR, sejak awal – sudah dipotong oleh mamat Lajim ini. Mereka nak tahu sejauh mana pengorbanan Lajim yang boleh diberikan tempat yang mudah begitu.
Satu lagi perkara yang Anwar pening adalah bagaimana nak mengurus Jeffrey Kitingan. Mamat ini susah nak kawal. Nak offer dengan duit – dia tak perlu duit. Ini yang buat Anwar lemah.
Kalau duitlah yang menjadi ‘isu’, Anwar tahu macamana nak cari modal. Dalam kes Lajim, mudah nak diuruskan. Anwar tahu HARGA Lajim.
Anwar tahu, jika Jeffrey dan STAR masuk sama dalam pertandingan politik di Sabah – jawabnya PR akan jadi lebih kalut. Confirmed kalut. Jeffrey in the past had talked about contesting in more than half of the 60 state seats. He had even at one stage indicated that STAR may go the whole hog and contest in all 26 parliamentary and 60 state seats.
But reality seems to have set in.
Asked if STAR had reconciled overlapping claims on seats with other opposition parties – Pakatan Rakyat and Sabah Progressive Party (SAPP) – Jeffrey refused to divulge further.
“Wait for another day,” he said.
He also reiterated that STAR had received the green light from the Election Commission (EC) to contest in Sabah in the coming polls.
Banyak kerusi, jika ditandingi oleh STAR, SAPP, PKR (DAP/PAS) akan menyebabkan pecah undi yang teruk. BN amat sukar dikalahkan jika pertembungan menjadi lebih daripada 2 penjuru.
Kalau menurut pada situasi semasa – Anwar tahu, impian nak mendapatkan Sabah sudah semakin jauh menghilang.
Anwar sedang ligat mencari INFO tentang siapa sebenarnya yang sibuk FUND gerakan Jeffrey pada ketika ini. Anwar nak NEGO dengan funder. Lebih mudah.
Maklum Balas Pembaca