Archive for November 4, 2012
Himpunan Kebangkitan Rakyat – Kaedah Anwar ‘Re-brand’ Mat Sabu?
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijangka akan bermula hujung minggu ini di Seremban adalah salah satu strategi Anwar untuk mengenepikan kepimpinan Hadi di dalam PAS secara halus. Dengan tumpuan diberikan kepada negeri-negeri tengah dan selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor, sebahagian Selangor dan Kuala Lumpur); mereka yang menjadi ‘kaki Anwar’ di dalam PAS sudah tidak tahan dengan kelemahan Hadi dalam menggerakkan jentera PRU.
Anwar tidak mahu Hadi terlalu diberikan watak utama dalam HKR ini (kebetulan…nama dekat dengan PKR). HKR – ini turut membawa makna ‘Harakat Keadilan Rakyat’ (cabang penyokong Anwar yang ada di dalam PAS pada ketika ini.
Mat Sabu adalah watak yang paling tepat dalam menggerakkan HKR ini. Sangat tepat.
Dengan kegagalan Bersih 3.0 yang lepas, Mat Sabu memerlukan bantuan PKR dalam memastikan dia masih mampu untuk menyusun pengaruh di dalam PAS pada ketika ini. Sebagai build up kepada muktamar PAS yang bakal berlangsung pada 19 November, Anwar mahu Mat Sabu memegang ‘kunci politik’ yang selama ini dipegang oleh Presiden dan Majlis Syura. Kunci itu akan dengan sendirinya terletak dalam tangan Mursyidul Am-Timbalan Presiden selepas kejayaan HKR nanti.
Profail Mat Sabu di dalam PAS bukanlah cemerlang sangat. Banyak masalah. Dengan kemampuan intelektual yang terhad, Mat Sabu perlu banyak bergantung kepada suntikan semangat dan intelek PKR. Selama ini pun begitu.
Ramai kalangan kawan-kawan PKR sendiri sudah nampak kecenderungan HKR ini menjadi agenda ‘PKR’ di dalam PAS. Ada agenda coup ‘politik’ yang halus dan cekap di sebalik HKR ini. Kegagalan Hadi menjadi peneraju kepada gerakan ‘politik’ – inilah yang akan digunakan kelompok Anwarinas dalam muktamar yang akan datang.
Cocky & Stupid?
Anwar Ibrahim sudah menjelaskan banyak kali kepada Guan Eng, Akta atau Undang-Undang Anti Lompat ini adalah sesuatu yang tidak akan pergi ke mana. Mungkin Cocky Guan lupa bahawa Anwar Ibrahim pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini. Sampaikan nasihat Anwar supaya Cocky Guan tidak membentangkan usul di DUN Pulau Pinang mengenai isu ini.
Cocky Guan sudah sampaikan kepada Anwar bahawa kerisauan dia bukan pada ADUN DAP di Pulau Pinang. Semuanya akan menurut arahan. Semua comrade. Kerisauan Cocky Guan adalah kumpulan ADUN PKR. Mereka ini semua kaki lompat. Sebab itu Cocky Guan kata, undang-undang ini perlu dan wajar dibentangkan.
Persoalannya, apa jadi selepas undang-undang ini dibentangkan? Boleh digunapakai? Apakah ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan peruntukan undang-undang yang lain.
Peguam yang mengelilingi Anwar bentangkan beberapa perkara asas:-
- In April 1992, the Supreme Court, in Nordin bin Salleh vs Dewan Undangan Negeri Kelantan, held that the law compelling an assemblyman who changed his party to vacate his seat conflicted with the freedom of association provided under Article 10 of the Constitution.
- In view of this ruling, Parliament will have to change the Constitution first before a state legislative assembly can pass an anti-hopping law.
- “In the light of the Supreme Court case in Kelantan legislative assembly vs Nordin bin Salleh, for any anti-hopping law to be valid or constitutional, there must be an amendment to the Federal Constitution dealing with disqualification of membership of Parliament or a state constitution dealing with disqualification of membership of a state legislature,” said former Sarawak attorney-general Datuk J.C. Fong in a 2008 Borneo Post report.
- “There must be an amendment to Article 10 (1) of the Federal Constitution, so as to deprive an elected member of parliament or assemblyman his right of freedom of association to join any political party other than the political party under which banner he was elected.”
Anwar pernah berjanji kepada Cocky Guan bahawa tidak akan ada DEFECTION kali ini di kalangan ADUN PKR. Para peguam yang mengelilingi Anwar sudah merangka satu kaedah, untuk menidakkan sebarang kemungkinan untuk itu berlaku lagi.
Apa yang jadi di Perak membuatkan mereka belajar banyak. Dah serik dengan kemungkinan ada individu yang maing kong kali kong. Nampaknya JANJI ANWAR pun Cocky Guan pun tak percaya.
Being cocky is one thing…but to be stupid…
Maklum Balas Pembaca