Archive for November 5, 2012
Pulau Pinang OK; Selangor KO?
Kalangan ahli ekonomi PKR di Selangor sendiri merasakan pembentangan bajet Pulau Pinang baru-baru ini tidak memberikan impak positif kepada Pakatan Rakyat. DAP mungkin mendapat laba politik sedikit, tetapi tidak jentera PKR/PAS.
Apa yang disampaikan oleh Guan Eng dalam bajet, lebih merupakan kepada agenda MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI. Tak banyak yang dilakukan DAP di Pulau Pinang. Menurut kalangan ahli ekonomi PKR di Selangor, PP gagal menyamai prestasi Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor. Pulau Pinang (DAP) tidak mampu menyaingi agenda ekonomi Selangor yang lebih holistik dan mampu mendatangkan keuntungan politik kepada semua pihak.
Perkara yang paling tidak memuaskan hati jentera PKR di Selangor adalah para 33 dalam ucapan bajet LGE.
Para 33 berbunyi seperti berikut:-
Bagi menjamin sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang. Projek ini melibatkan pembinaan terowong yang bertujuan untuk mengagihkan sebahagian air mentah dari Sungai Perak ke Sungai Kerian dan seterusnya ke Negeri Pulau Pinang. Kos projek dianggarkan bernilai RM300 juta dan ianya telah dipohon melalui KeTTHA kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 30 Jun 2012 di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kerajaan Persekutuan perlu menjalankan projek ini sebagai tanggungjawab mereka dalam perjanjian penghijrahan aset air yang ditandatangani dengan Kerajaan Negeri.
Pada jentera PKR di Selangor, para ini sebenarnya POLITICAL TRAP yang boleh merosakkan usaha PKR di Selangor. Sementara Selangor beria-ia nak membawa agenda MEMBRANE TECHNOLOGY – dengan pembesaran Empangan di Bukit Jelutong Shah Alam, LGE sudah mendedahkan bahawa PROJEK TEROWONG lebih ekonomikal dan wajar untuk jangka masa panjang.
Kenapa LGE tidak membawa konsep sama – MEMBRANE TECHNOLOGY? Jika inilah pendekatan yang diambil LGE, bagaimana Kerajaan Selangor nak mengelak lagi dalam ISU LANGAT 2?
Khalid Ibrahim kena check-mate oleh DAP?
Maklum Balas Pembaca