Archive for November 20, 2012
Damage Control – HADI Patut Jadi PM.
Arahan demi arahan dikeluarkan oleh PKR HQ untuk menidakkan pandangan bahawa Hadi adalah calon yang lebih baik untuk jadi Perdana Menteri. Anwar sudah minta para pegawainya untuk usahakan sesuatu agar PAS kembali kepada realiti dan tidak bermimpi untuk jadi Perdana Menteri.
Antara pihak yang paling awal membantu DAMAGE CONTROL ini adalah Sinar. Akhbar Sinar antara yang paling awal menyiarkan ONLINE POLL, untuk memastikan Anwar kekal sebagai pilihan utama menjadi PM Malaysia. Panggilan peribadi Anwar/Azmin kepada pemilik Sinar dilayan dengan cukup baik.
Sementara polemik siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Pusat berterusan, bancian ‘online’ menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan ramai.
Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian ‘online’ kendalian Sinar Harian Online mengatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, layak menjadi Perdana Menteri.
Ia disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berdasarkan perkembangan semalam, kedua-dua Anwar dan Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.
“Memang betullah. Boleh bincanglah,” kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58 petang semalam.
Terima kasih banyak kepada owner Sinar yang banyak membantu Anwar dan PKR kebelakangan ini. Bantuan demi bantuan inilah yang akan meletakkan Sinar lebih penting berbanding Media Prima sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.
Kita anggap sahajalah Sinar ini orang berniaga. Pada mereka, kesetiaan boleh dijual beli. Kalau hari ini mereka lambung Menteri BN – esok mereka akan lambung Anwar/Azmin 6 kali lebih hebat. Tahniah Sinar. Moga maju jaya.
Maklum Balas Pembaca