Senarai Terkini KABINET Anwar?
November 28, 2012 at 10:59 am 2 comments
Punyalah ramai Menteri. Semuanya sebab nak puaskan hati semua pihak. Dalam pada menyerang UMNO dan BN dengan pelbagai tuduhan – Anwar nampaknya sudah FINALIZE senarai kabinet BAYANGAN Pakatan Rakyat. Bukan senang nak keluar dengan cadangan ini sekalipun. Banyak perbincangan dan sesi jual beli. Sesi tawar menawar. Akhirnya, barulah semua parti dapat bersetuju dengan representation parti masing-masing.
Kalau menurut senarai ini – yang bakal dicetak untuk pengetahuan umum; semua pihak yang banyak memberikan keuntungan politik kepada Anwar akan disenaraikan. Untuk jawatan/wakil PKR, hanya mereka yang setia, hormat, kasih, mendewakan Anwar dan keluarga lepas ke dalam senarai akhir. Yang tidak ada nama, semuanya ada rekod mengutuk Anwar secara senyap atau terbuka.
Azmin memang sudah lama membisikkan kata-kata bahawa dia memang kepingin dengan jawatan MENTERI DALAM NEGERI. Anwar tunaikan permintaan Azmin dengan PERJANJIAN bahawa tidak akan ada usaha budak-budak Azmin menganggu perjalanan negeri Selangor. Done.
Nizar yang boleh berbahasa Mandarin dengan baik, telah dipersetujui untuk menjawat jawatan sebagai MENTERI PELAJARAN. Anehnya, DAP juga menyenaraikan Nizar sebagai Menteri untuk portfolio sama. Nampak sangat, mereka senang bekerja dengan Nizar. Isu-isu sekolah cina akan diselesaikan ‘once and for all’. SJKC dan SJKT akan dikembalikan sebagai aliran MAINSTREAM – dengan janji menyiapkan 40 sekolah menengah jenis kebangsaan Cina apabila mereka berkuasa. Katanya, Dong Zong amat senang dengan cadangan ini.
Yang paling kecewa di sebalik senarai ini adalah Mat Sabu. Jawatan yang tersedia hanyalah Timbalan Menteri. Sedangkan dia Timbalan Presiden PAS. Namun apabila diberitahu bahawa dia juga akan diberikan jawatan sebagai Duta Khas (Special Envoy ke Asia Barat), Mat Sabu terima. Dua gaji. Meriah.
Tak banyak surprise. Tapi kabinet ANWAR ini memang terlalu besar.
Entry filed under: ANWAR IBRAHIM, Pakatan Rakyat, PKR. Tags: Anwar Ibrahim, Gelagat Anwar, Pakatan Rakyat, PKR, senarai kabinet BAYANGAN Pakatan Rakyat.
2 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. yb alor star makl | Disember 16, 2012 at 9:39 pm
kabinet ini hanya lah angan angan mat jenin semuanya kaki merapu nak bentuk kabinet yang efiction cuma 15 kementerian saja
2. Isotron Components | Mei 14, 2013 at 5:25 am
Nice post. I was checking continuously this blog and
I am impressed! Very useful information particularly the last part :
) I care for such info much. I was seeking this particular
information for a very long time. Thank you and good luck.