Archive for November 29, 2012
MuHas vs. FuHas
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa ada campur tangan luar, dalam tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa beliau memimpin pasukan tersebut.
Beliau berkata, semasa pimpinannya, pegawai junior dan seorang ketua polis daerah pernah menerima arahan daripada seorang menteri tanpa pengetahuannya.
Menurutnya, tindakan menteri tersebut adalah tidak wajar dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang.
“Saya berdepan dengan menteri tersebut dan menerangkan dalam Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 menjelaskan hanya mereka yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara sahaja boleh mengeluarkan arahan untuk polis.
Apapun, TS Musa patut lebih spesifik dengan tuduhan itu. Campur tangan dalam isu apa? Perjawatan? Logistik? Perpindahan Pegawai tertinggi?
Ini tidak. Main belasah sahaja ikut suka hati. Tan Sri, kalau dendam begitu pun, jangan nak bakar kelambu. Tan Sri, mungkin tidak perasan, bahawa ada pihak hanya ingin menggunakan Tan Sri untuk mendapat kepentingan peribadi.
Apa kata Fuhas dalam isu ini? Fuhas KP Jasa. Jawatan tinggi. Apa jaminan bahawa JASA tidak berpihak kepada MuHas?
Kenapa pengumuman ini dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO? Strategi siapa? Anwar?
Maklum Balas Pembaca