Archive for November 30, 2012
Get MUSA HASSAN NOW!
Itu arahan terbaru yang dikeluarkan Anwar petang semalam. Jangan bertangguh lagi. Mendengar apa yang diperkatakan perwakilan UMNO pada ketika ini, Anwar merasakan wujud keperluan Musa Hassan dibawa ke dalam mainstream politik.
Anwar tidak mahu MUSA HASSAN masuk PAS. Anwar mahu Musa masuk PKR. Pesanan Anwar kepada Saifuddin Nasution – Musa Hassan should be joining PKR and not PAS. Period.
Anwar tahu, Pas mendapat advantage besar apabila beberapa pegawai senior Polis dan Kastam mengambil keputusan untuk bersama parti tersebut. Sedang PKR masih lagi terkapai-kapai tanpa seorang pun ‘public figure’ yang boleh dibanggakan.
Anwar mungkin tidak sedar bahawa imejnya sangat kotor dan tidak elok. Inilah sebabnya kebanyakan bekas penjawat awam tidak selesa bersama PKR. Kelemahan ini memang Anwar perlu perbaiki.
Menurutnya, bekas orang nombor tiga dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari sudah pun menyertai Pas dan menjadi ahli seumur hidup.
Dakwanya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula sedang mengintaiintai untuk bersama Pas.
“Tan Sri Musa dah kata, perangkaan jenayah yang dikeluarkan PDRM tidak boleh dipercayai, bahkan hakikatnya jenayah meningkat dengan dahsyat,”
Soalnya, berjayakah Saifuddin bawa masuk MUSA HASSAN ke dalam PKR?
Yang pastinya, Musa kenal Anwar luar dan dalam. Luar dan dalam.
Maklum Balas Pembaca