Archive for Januari, 2013

Ugutan Khalid; Arahan Anwar

.Fuh, konon gegak gempita di PKR HQ, kononnya Khalid adalah seorang CEO negeri yang sangat berani untuk berdepan dengan PRU akan datang. Kita semua tahu, tak ada perkara politik yang Khalid buat keputusan secara peribadi. Tak ada. Kesemua keputusan politik MB Selangor dirujuk kepada Anwar. Dalam isu yang melibatkan kepimpinan beliau sendiri, barulah Khalid gunakan Faekah untuk menghubungi Kak Wan. Dalam segi ini, Khalid memang play safe.
Di kalangan pimpinan PKR di Selangor, semuanya faham sangat bahawa ugutan terbaru Khalid ini diarahkan oleh Anwar. Seorang pimpinan tertinggi berkongsi rahsia, bahawa pada hakikatnya PKR sendiri belum boleh yakin dengan Selangor. DAP mungkin ya. Landslide. Tapi PKR, masih lagi dalam pemerhatian penganalisa politik.
PKR Selangor masih belum yakin dapat mengekalkan 9 kerusi Parlimen yang ditandingi sebelum ini. Kekuatan Pas juga masih di bawah par. Jika ini berlaku, dan memberi kesan kepada undian di peringkat DUN, ada kemungkinan DAP akan menjadi lebih berkuasa berbanding PKR. Jangan kita lupa, DAP tanding di 15 DUN (menang 13). Kali ini DAP yakin mendapat 100 % dan menang semua kerusi DUN.
Berita yang kita terima, PKR hanya dapat berikan angka 6 kerusi putih dan 5 kelabu. Makna kata, 11 sahaja di bawah radar berbanding 15 sebelum ini. 2008, PKR tanding di 20 kerusi.
Banyak faktor kepada kedudukan kerusi putih dan kelabu yang kecil ini. Sebab utamanya adalah pertembungan seteru – Azmin dan Khalid Ibrahim. Faktor calon jadi penentu. Azmin sudah membisikkan banyak kali kepada Anwar, jika dia diberikan lesen besar untuk tentukan calon – PKR boleh confirm menang di 13 kerusi (semua putih – asalkan calonnya ditentukan oleh Azmin). Pas, menurut jangkaan Anwar dan PKR, hanya mampu kekal di 4 kerusi berbanding 8 pada ketika ini. Pas sekali lagi jadi parti paling lemah dalam PRU akan datang, dalam konteks negeri Selangor.
Mana Menteri Besar yang berani adakan pilihanraya DUN kalau setakat mampu menang 6 kerusi untuk parti sendiri? Tidak ada logik.
Sebab itu, tekanan supaya DUN Selangor mengumumkan pembubaran awal adalah idea Azmin – supaya dia diberikan HAK MUTLAK menentukan senarai calon di Selangor. Khalid – sudah tentu jadi sejarah di Selangor.
Azmin mahu kuasa penuh dalam menentukan calon, atau PKR akan muncul sebagai parti kedua terkuat di Selangor. Alasan Azmin cukup kuat. Sebab itu, tak perlulah kita melompat sangat dengan ugutan Khalid ini. Sebenarnya, Khalid sedang gali kubur politik sendiri.

In a bold challenge to  embattled Prime Minister Najib Razak’s federal government, Selangor  Mentri Besar Khalid Ibrahim may dissolve the state assembly after the  Chinese New Year, PKR leaders said on Wednesday.

“This is a proactive move. I think we are all fed up of the  uncertainty. The people and investors are grumbling and we believe this  is the best way. If Najib doesn’t dare to dissolve the federal  Parliament, Selangor may have to lead the way. In fact, we encourage all the Pakatan states to follow suit,” PKR Women’s chief Zuraida  Kamaruddin told Malaysia Chronicle.

Januari 30, 2013 at 7:21 pm 5 comments

Anwar Puas Hati Tindakan PAS Terhadap Nasha

anwar retreat‘Excellent. Should have been done much earlier. Thanks.’

Nampaknya, Anwar cukup berpuas hati dengan tindakan yang diambil Pas terhadap Nasharuddin Mat Isa. Inilah yang Anwar harapkan sekian lama. Walaupun pada peringkat Majlis Syura, dan bukan Pas proper – Anwar tetap mahukan tindakan diambil kepada Nasha.

Blog ini pernah nyatakan beberapa kali, Anwar memang mahu Pas ambil tindakan tegas terhadap mantan Timbalan Presiden Pas ini. Pada Anwar, kesemuanya berasaskan kepada pengurusan masalah. Kalau ianya berlaku sekarang, lebih mudah untuk PR mengurus isu Nasha. Bak kata Azmin Ali pun, Ustaz Nasha tidak ada pengaruh dalam Pas. Kalau dia dipecat sekalipun, dia hanya mampu membawa batang tubuhnya seorang diri sahaja.

Apa yang lebih Anwar mahukan agar Pas membuat keputusan tegas untuk tidak meletakkan Nasha sebagai calon. Kalau menurut laporan Malaysiakini, perkara sama juga telah diambil tindakan oleh Nik Aziz.

Mesej sms ringkas Anwar kepada beberapa pimpinan Pas di atas adalah contoh bahawa kesemuanya disusun di Tropicana dan bukan Taman Melewar/Chow Kit. PR sudah memulakan konsolidasi isu di Tropicana. Apa sahaja yang boleh membebankan PR, perlu dicantas awal.

Anwar juga mengingatkan inner circle, bahawa ini bukannya masa nak melayan isu yang dibawa oleh UMNO/BN. Semua fokus dan tumpuan mestilah dihalakan kepada menyusun senarai calon yang tepat untuk memberi kemenangan kepada PKR/PR. Isu Nasha, walaupun adalah isu dalaman PAS, masih boleh memberi masalah kepada PR.

Tindakan Pas kepada Nasha memang Anwar puas hati. Sekarang, Nasha tidak akan lagi mengganggu kredibiliti Mat Sabu yang menjadi tonggak pemikiran PKR di dalam PAS. Tanpa Nasha di dalam Majlis Syura dan senarai calon – Abang Mat akan dibantu untuk menjadi lebih utuh di dalam Pas.

Januari 29, 2013 at 7:02 pm 3 comments

Anwar Sedang Susun Tour Middle East dan Gaza?

hamasNampaknya ada orang yang tidak senang hati dengan lawatan Najib ke Gaza  baru-baru ini. Ada usaha yang sangat keras untuk Anwar melakukan perkara sama, khususnya menjelang PRU yang akan datang ini. Kalau sebelum ini  Anwar mengatakan lawatan Najib sebagai UNWISE dan tidak kena pada  tempatnya – hujung minggu cuti Thaipusam jadi sibuk di PKR HQ untuk  menyusun lawatan sama ke Gaza dan negara sekitar.
Menurut seorang penganalisis politik dalaman PKR – Najib score banyak  point politik dalam lawatan ke Gaza baru-baru ini. Penganalisa politik  itu juga mengatakan bahawa lawatan Najib sebenarnya lebih tertumpu  kepada usaha memperkecilkan usaha Pas berbanding PKR. Najib mahu  tampilkan bahawa BN lebih mendapat hormat kalangan negara luar  berbanding brand Pas yang lebih konvensional dan ekstrim.
Anwar tidak peduli dengan kesan lawatan Najib kepada Pas. Anwar lebih  minat nak tahu kesan lawatan Najib kepada PKR dan kedudukan politik  dirinya. Anwar tidak mahu ianya memberikan kesan kepada populariti  dirinya sebagai pemimpin yang mampu menyaingi Najib dalam segala segi.
Opposition leader Anwar Ibrahim today described prime minister Najib  Razak’s visit to the Gaza Strip last week as “unwise” and said Najib   should have contacted both the Hamas and Fatah governments.

The opposition leader said this in response Palestinan President  Mahmoud Abbas statement on Tuesday criticising  Najib’s visit to the  Hamas-run enclave as harming the legitimate representative of the  Palestinian people.

“Najib was unwise and should have contacted both Fatah and Hamas… He  should have recognised both groups,” Anwar told a press conference here  today.

“As a political leader, he should have met up with both sides and  discussed extensively the negotiations between Hamas and Fatah,” he  added.

Anwar claimed Najib’s meeting with Hamas premier Ismail Haniyeh was a mere political move to please the Muslims.

“Before this Umno had not recognised Hamas. And now they have done so because they are trying to appease the Muslim crowd,” he claimed.

Sebab itu, menurut PKR HQ, jika lawatan Anwar dapat direalisasikan,  akan ada satu FORUM POLITIK ANTARABANGSA yang menemukan Anwar di atas  pentas bersama dengan pemimpin Hamas dan Fatah. Beberapa pihak lobbyist  di Amerika sedang giat mencadangkan agar forum tersebut dibiayai oleh  Kerajaan Amerika.

Jika Anwar dapat melaksanakan pertemuan itu, barangkali markah  politik Anwar dapat naik menjelang PRU. Soalnya, mahukah Hamas dan Fatah bertemu di atas pentas forum antarabangsa TAJAAN Amerika?

Januari 28, 2013 at 10:52 am 3 comments

Anwar Ketawa Besar…Pasaran Saham Hilang RM35b

saham saham3 saham4Semalam adalah antara hari yang paling gembira buat Anwar. Sambil mendengar laporan beberapa orang bankers/market players yang masih berada di dalam jawatan masing-masing (baik dalam bank, Securities Commission, Bursa Malaysia) bahawa akan ada permulaan gelombang keresahan pasaran mengenai situasi ekonomi. Blog ini harap sangat, kerajaan boleh cari beberapa nama besar yang masih lagi SIMPATI dengan perjuangan Anwar dan sedia menawarkan khidmat kepada Anwar pada bila-bila masa. Yang bijak dalam PKR ini bukan Rafizi – tapi beberapa nama dalam ‘entiti strategik’ yang masih bersungguh membantu Anwar. Wawa budak Bank Islam itu baru kira macam ‘despatch’ sahaja. Ada nama lebih besar yang bantu Anwar.

Anwar adalah veteran dalam permainan saham ini. Sangat veteran. Dia tahu bagaimana masyarakat perniagaan berfikir dan bertindak. Anwar tahu tentang herd mentality. Anwar tahu bagaimana pasaran saham juga akan mempengaruhi sentimen pengundi. Anwar tahu bahawa pengundi Cina perlu diperingatkan bahawa kerajaan yang ada tidak cekap dalam mengurus ekonomi. Ini antara game-plan Anwar dalam memasuki fasa terakhir pilihanraya.

Anwar juga tahu kemampuan kerajaan. Anwar kemampuan KWAP. Anwar tahu kemampuan EPF. Anwar tahu kemampuan PNB. Kesemuanya dalam poket Anwar.

Nak mengatakan pasaran saham jatuh dengan permainan persepsi Anwar mungkin meletakkan diri dia terlalu hebat. Anwar tahu bahawa dia tidak mampu mempengaruhi pasaran saham sebegitu rupa. Yang mungkin kerajaan lupa, Anwar berkawan lama dengan dealers international sewaktu dia jadi Menteri Kewangan. Tanpa permainan pasaran saham, orang seperti Rahim Ghouse takkan mampu duduk di luar Negara dan menghantar wang dalam amaun yang besar untuk membantu gerakan PKR selama ini. International connection Anwar jangan sesekali dipandang rendah.

PKR selama ini hidup pun dengan dana pasaran saham. Termasuk milikan beberapa ‘oil rig’ di Amerika Syarikat. Anwar sendiri (atas nama nominees), memegang beberapa syarikat oil and gas di Amerika. Boleh rujuk bekas Setiausaha Agung PKR lama mengenai mekanisme kewangan Anwar dan PKR.

Menurut salah seorang yang membentangkan laporan kepada Anwar petang semalam – international market sudah respon dengan permainan persepsi HKR112. Mereka sudah mendapat makluman mengenai UGUTAN Mat Sabu bahawa mereka tidak akan balik selagi kerajaan tidak dijatuhkan melalui jalan raya. Ini semua membuatkan pelabur pasaran saham antarabangsa berasa khuatir dan takut.

Anwar tahu, jika dia main ‘permainan persepsi’ ini dengan betul – kerajaan akan kelihatan sangat lemah dan tidak mampu menjaga ekonomi dengan baik. Anwar sudah pesan, tidak mahu pasaran saham untuk respon terlalu awal. Rugi. Anwar mahukan ianya jatuh lebih teruk pada masa yang TEPAT dan BETUL. Jika boleh, ianya berlaku dalam waktu kempen akhir nanti.

Anwar peduli apa kalau pasaran saham Malaysia rugi RM70b sekalipun – asal dia mampu jadi Perdana Menteri.
Sabotaj ekonomi memang boleh jadi senjata yang sangat berkesan.

Januari 22, 2013 at 12:29 pm 3 comments

Fokus Semula Permatang Pauh

mahathirSpecial instruction Anwar kepada beberapa orang inner circle – untuk turun semula ke Permatang Pauh dan buat analisa selepas lawatan Tun Mahathir ke kawasan tersebut. Pada mulanya, Anwar tak risau langsung dengan kehadiran Mahathir. Pada Anwar, ‘old man’ will not make an impact. Cumanya, Anwar jadi rasa tak sedap hati kerana kebanyakan kawasan di Permatang Pauh sudah berani meletakkan banner Mahathir secara terbuka.
Semua orang tahu, selepas 1998, Permatang Pauh adalah KUBU KUAT PKR dan Anwar. Takkan ada orang luar yang mampu tembus. Malahan, pada hari ini, Anwar dengan yakin sekali mengatakan, letaklah siapa sahaja, dia masih mampu menang walaupun tangan diikat di belakang. Ramai kawan-kawan PKR yang pernah dengar ayat ni. Makna kata, Permatang Pauh bukan untuk orang lain. Anwar dan keluarga sahaja.
Anwar dapat report selang sejam, sepanjang ucapan Tun di Permatang Pauh. Antara yang Anwar tahu Tun akan bangkitkan, adalah mengenai RCI. Anwar tahu, dan minggu ini memerlukan cerita baru yang boleh Anwar spin mengenai isu RCI. Setakat ini belum ada.
Anwar cukup terperanjat apabila dimaklumkan oleh seorang Koperal cabuk, kehadiran lebih 6,000 orang. Mana pergi sentimen benci Mahathir yang patut ada di Permatang Pauh? Lebih mengecewakan Anwar, semua ini disusun oleh Ibrahim Ali. Injured politician. Tapi mampu kumpul 6,000 orang. Shit.
Anwar mahu Azmin fokus kepada RCI – sementara Rahim Ghouse dan Md Nur Manuty diberikan special tasking untuk gauge semula penerimaan orang di Permatang Pauh mengenai polisi PKR ketika ini.
Artikel A Kadir Jasin mengenai RCI juga menarik perhatian Anwar. Antara yang disebut Kadir Jasin:-

SHOULD we be curious that Parti Keadilan Rakyat’s deputy president, Mohd Azmin Ali, is so worried about the so-called attempts to implicate his boss, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, in the Sabah immigrant issue or is there something more than meets the eye?
After all, the Royal Commission of Inquiry (RCI) had just started its work.
Or is there something intimate that he knows about Anwar’s alleged involvement in the Sabah’s immigrant issue that many young Malaysians are not aware of?
Older Malaysians who know Anwar from his student days may be less surprised about his many political and social involvements and the evolution that he went through before, during and after his Umno days.
Azmin had alleged that the PKR had received information about a plot to implicate Anwar in the on-going inquiry.
Ayat yang paling Anwar tak tahan:-
‘…..In the case of Sabah politics, in which the immigrants play a major socio-economic and political role, Anwar was for many years its key handler. Because he was one of the most trusted and ambitious allies of then Prime Minister, (Tun) Dr Mahathir ‘the Wizard’ Mohamad , he got to handle not only Sabah politics but also money that went with it – government as well as party money.
Cilaka punya Kadir. Key handler ni yang jadi masalah ni. RCI ada masalah. Permatang Pauh ada masalah.

Januari 21, 2013 at 11:36 am 4 comments

Kenapa Anwar Pula Goyang Dengan RCI???

HarrisSallehDimaklumkan oleh seorang kakitangan HQ PKR, Anwar mahukan satu ‘dedicated team’ diwujudkan untuk memantau komunikasi berkaitan RCI di Sabah. Anwar mahu segala laporan dijadikan satu folder khas mengenai isu RCI.

Budak-budak yang buat media monitoring di HQ PKR pun tak faham dengan kerisauan tiba-tiba Anwar mengenai isu ini. Tiba-tiba. Macam melompat. Anwar mahu kenyataan yang diambil oleh mana-mana saksi dimaklumkan dihighlight kan secara personal kepada dirinya. Kalangan budak-budak yang buat media monitoring di HQ, akur dan akan compile isu RCI dalam satu folder khas.

Kenapa Anwar risau?

Rasanya kalau budak-budak yang buat media monitoring itu faham sejarah, tangan Anwar tidak 100 % bersih daripada isu RCI dan kebanjiran pendatang haram di Sabah. Tidak bersih. Pendatang haram, termasuk satu unit khas yang ditubuhkan di bawah pejabat Ketua Menteri ditubuh tahun berapa? 1991. Apakah satu kebetulan apabila Anwar menang besar pemilihan Timbalan Presiden UMNO tahun 1993? Apakah tidak ada kaitan antara kebanjiran pendatang haram dengan pencalonan terbanyak Anwar sewaktu bertanding Timbalan Presiden?

Seboleh mungkin, Anwar tidak mahu namanya dikaitkan langsung dengan isu RCI. Anwar mahu cuci tangan.

Tapi Anwar lupa, kebanyakan saksi masih hidup dan boleh terangkan bagaimana pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu MONITOR isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan. Rasanya, susah untuk Anwar nak tai chi isu ini.

Satu-satunya jalan keluar Anwar adalah menyalahkan Mahathir. Siapa yang mengenali Anwar pasti faham, atas nama membodek BOSS-nya pada ketika itu; Anwar dengan rela hati menawarkan diri untuk MONITOR kebanjiran pendatang haram di Sabah. Tanpa pengetahuan Mahathir, Anwar ada agenda sendiri.

Ramai juga kalangan pimpinan PKR yang risau – RCI ini akan check-mate Anwar….berbanding Mahathir. Khabarnya, setakat ini Mahathir belum dipanggil sebagai saksi.

Januari 17, 2013 at 7:16 pm 3 comments

Harapan PKR di Sabah – LAIN KALI LAH!

Anwar IbrahimTidak ada perkara yang lebih mengecewakan Anwar apabila dapat tahu HKR112 tidak berjangkit ke Sabah. Kalau ikut modal yang diberikan, sepatutnya perhimpunan di Sabah dapat mengumpulkan lebih 10,000 orang. Beberapa orang Ketua Cabang sudah diberikan peruntukan khusus untuk membawa turun ahli-ahli/mereka yang bersimpati dengan perjuangan Anwar untuk bersama di Kota Kinabalu.
Menurut seorang teman PKR di Sabah, ada Ketua Cabang yang diberikan RM30k untuk menurunkan 3000 orang di Sabah. Gagal. Big time failed. Anwar cukup berasa kecewa apabila peruntukan yang sepatutnya boleh digunakan untuk acara lain di Semenanjung, sudah digunakan untuk kepentingan diri sendiri.
‘Sabah people are just PATHETIC’. Itu sahaja kesimpulan Anwar.
Lebih mengecewakan ‘acid test’ Anwar kepada beberapa pemimpin re-con di Sabah juga gagal. Ghafur. Lajim. Semuanya tidak mampu mobilisasi sokongan.
Anwar cukup tidak puas hati apabila Sabah mengambil sikap sambil lewa dengan gelombang politik. Sementara Anwar membayar harga yang besar untuk mendapat sokongan Jefrrey Kitingan dan STAR, pemimpin Sabah lain hanya main peranan ‘wait and see’. Mereka tak mahu committ.
Thamrin juga menaikkan darah Anwar. Gagal laksanakan tugas. Ambil mudah dengan HKR.
Nak ubah macamana lagi kepimpinan di Sabah ini. Waktu Azmin lead jentera politik Sabah – semua Ketua Cabang komplen kononnya Azmin adalah orang luar dan tak faham dengan politik Sabah. Bila Anwar tukar, jadi macam ini.
Kalau terus macam ini. Anwar sendiri sudah kata dengan nada sedih – ‘LAIN KALI LAH….’

Pengerusi Negeri Ahmad Thamrin Haji Jaini 016-8191919

Timbalan Pengerusi Christina Liew 016-8314629

Naib Pengerusi 1 Datuk Kong Hong Ming 013-8888188

Naib Pengerusi 2 Haji Awang Tengah Haji Awang Amin 019-8135888

Naib Pengerusi 3 Datuk John Ghani 019-8953001

Setiausaha MPN Mursalim Tanjul 019-8707069

Penolong Setiausaha 1 Abdul Razak Jamil 016-8311151

Penolong Setiausaha 2 Jeffry Yap 016-8172178

Penolong Setiausaha 3 Adris Taripin 013-5577987

Bendahari Dr Roland Chia Ming Shen 016-8300183

Penolong Bendahari Anthony Mandiau 014-6718552

Ketua Penerangan Jonathan Yasin 019-8412799

Timbalan Ketua Penerangan Chong Sen Liong 019-8079873

Pengarah Strategik Datuk Dr Hamzah Amir 012-8031691

Pengarah Pilihanraya Haji Ramlee Dua 016-8482565

Ketua Wanita Saukinah Yusof 019-2436580

Timbalan Ketua Wanita Evelyn Gobile 016-8334027

Ketua AMK Abdul Razak Jamil 016-8311151

Timbalan Ketua AMK Ustaz Pajudin Nordin 016-8411292

Ketua Cabang Kudat Mursalim Tanjul 019-8707069

Ketua Cabang Kota Marudu Anthony Pilit @ Biri Mandiau 014-6718552

Ketua Cabang Kota Belud Jalumin bin Bayogoh 014-6790579

Ketua Cabang Tuaran Umsery @ Ansari Abdullah 016-8329888

Ketua Cabang Sepanggar Sulaiman Alladad 019-8708017

Ketua Cabang Kota Kinabalu Liew Chin Jin @ Christina Liew 016-8314629

Ketua Cabang Putatan Awang Ahmad Sah 016-8333304

Ketua Cabang Penampang Dr Roland Chia Ming Shen – Pmgku 016-8300183

Ketua Cabang Papar Slvester Balon Mujim 012-8444197

Ketua Cabang Kimanis Awang Tangah Awang Amin 019-8135888

Ketua Cabang Beaufort Lajim Md Yusof 013-8965458

Ketua Cabang Beluran Sipin Kadandi 019-8047425

Ketua Cabang Sipitang Dojit Muda 016-8315143

Ketua Cabang Ranau Jonathan Yasin 019-8412799

Ketua Cabang Keningau Datuk Dr Jeffery Kitingan 019-8505005

Ketua Cabang Tenom Peter Lonok – Pmgku 013-5559499

Ketua Cabang Pensiangan Danny Anthony Andipai 019-5877500

Ketua Cabang Libaran Ahmad Thamrin Haji Jaini 016-8191919

Ketua Cabang Batu Sapi Datuk Nahalan Damsal 019-8047425

Ketua Cabang Sandakan

Ketua Cabang Kinabatangan Ghani Medeh – Pmgku 019-8136594

Ketua Cabang Silam Johani Abdul Halim 012-8302289

Ketua Cabang Semporna Md Abdul Wahab Datuk Pg Abdullah 019-8717356

Ketua Cabang Tawau Datuk Kong Hong Ming 013-8888188

Ketua Cabang kalabakan Datuk Dr Hamzah Amir 012-8031691

Biro Latihan Mazhry Nasir 016-8371090

Biro Hal Ehwal Agama Ustaz Haji Awang Laiman 016-8436511

Biro Integrasi Nasional Dr Chong Eng Leong 016-8803466

Biro Pendidikan Datuk Dr Haji Hasbullah Md Taha

Biro Kemasyarakatan Lukia Indan 019-8534657

Biro Kesihatan Dr Nicholas James Guntobon 013-8515115

Biro Perpaduan / Pengukuhan Parti Masikong Maluk 013-5431136

Biro Penerangan Jonathan Yasin 019-8412799

Pengarah Komunikasi Ronnie Klassen 019-8405418

Ex Officio Datuk Halik Zaman 019-5300911

Ex Officio Datuk Hussin Dali 019-8816505

Ex Officio Datuk James Ghani 016-5860828

Ex Officio Edward Linggu

Ex Officio Benedette Wong 016-8060643

Ex Officio Saidil Simoi 016-5522349

Ex Officio Benny Kuik 019-8516306

Ex Officio Richard Jaya Suria 012-8371234

Januari 16, 2013 at 1:57 pm 1 komen

Pandangan Aktivis Sosial Mengenai HKR112….

Saya terpanggil untuk mengulas mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat  KL112 yang disifatkan oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah himpunan yang  berjaya. Sekiranya ditanya kepada saya apakah KL112 berjaya, saya akan  menjawab, KL112 hanya separuh berjaya. KL112 berjaya menunjukkan  kebangkitan rakyat yang muak dengan sandiwara pemerintah. Tetapi KL112  kurang berjaya dalam memperlihatkan future government yang benar-benar  bersedia.

Peluang menghimpunkan lebih 100,000 rakyat seharusnya digunakan  sebaik mungkin oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan masa depan.  Rakyat yang hadir sepatutnya dibekalkan dengan persediaan yang cukup  untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum dan Kerajaan baru selepas PRU  ke 13. Dua elemen ini saya kira sepatutnya menjadi fokus utama HKR 112.

Namun saya cukup terkilan apabila rakyat yang hadir hanya diberikan  sehelai risalah Pemantau yang disediakan Bersih 2.0 dan kemudiannya  dihidangkan dengan ceramah demi ceramah yang diulang-ulang faktanya.  Saya sempat mengikuti ceramah HKR di Johor, Penang dan Perak. Di setiap  lokasi saya sering mendengar isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh pemimpin politik adalah statik dan berulang. Sehinggalah ke Stadium  Merdeka, ceramah yang sama masih diulang-ulang.

Mungkin hujahnya untuk meraikan rakyat Selangor yang tidak  berkesempatan untuk menganjurkan HKR Selangor, namun ada puluhan ribu  rakyat lain yang sudah mendengar ceramah yang sama. Saya kira tidak  salah untuk ceramah itu diulang-ulang, tetapi adalah lebih baik  sekiranya KL112 memberi tumpuan kepada penerangan yang lebih penting  iaitu peranan rakyat semasa PRU 13 melalui inisiatif yang disediakan  oleh Bersih 2.0. Agak merugikan apabila wakil Bersih hanya diberi masa 5 minit untuk berucap tanpa diberikan slot khusus untuk memberi  penerangan mengenai Pemantau. Walhal untuk menjayakan Pemantau, Bersih  memerlukan 10,000 sukarelawan rakyat.

Selain mengundi perubahan pada PRU 13, Bersih 2.0 telah menyediakan  tugas alternatif yang memperanankan rakyat sebagai agen pemantau  perjalanan PRU 13. Tugas ini amat kritikal bagi mempengaruhi keputusan  PRU. Oleh kerana ruang yang ada tidak dioptimakan untuk menyampaikan  mesej Bersih, maka KL112 hanya berjaya memberi mesej politik dan tidak  berjaya mengoptimakan peranan rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13.  Namun saya tidak menyalahkan Pakatan Rakyat secara total, kerana paling  kurang PR telah berinisiatif untuk menghimpunkan rakyat berbanding  banyak NGO yang sedang larut dalam mesyuarat.

Selain memberdaya peranan rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13, saya kira KL112 juga seharusnya digunakan oleh PR untuk mempersiapkan rakyat mengenai tugas mereka selepas PRU 13. Kerajaan yang berjiwa besar tidak akan menghabiskan masa bertemu rakyat dengan menceritakan hal-hal buruk pihak lawan. Namun lebih dinamik jika rakyat dihidangkan dengan  penerangan lebih terperinci mengenai Buku Jingga dan Dokumen Negara  Berkebajikan. Kerana ramai rakyat yang hadir pada KL112 adalah mereka  yang tinggal diluar bandar dan kurang mendapat akses kepada maklumat  terkini Pakatan Rakyat. Oleh itu alangkah baiknya jika mereka  dibentangkan mengenai janji dan tindakan yang akan dibuat oleh PR  selepas mentadbir Malaysia. Saya kira perkara ini lebih relevan untuk  diulang-ulang berbanding kutukan dan ulangan cerita-cerita negatif  terhadap pihak musuh. Lebih-lebih bagi apabila rakyat sudah maklum  mengenai kerosakan yang dibuat oleh regim Barisan Nasional.

Setelah meniliti ucapan-ucapan tokoh di Stadium Merdeka semasa KL112, saya mendapati hanya ucapan Dr Jayakumar daripada Jaringan Rakyat  Tertindas (Jerit) mengandungi elemen memperkasa peranan rakyat selepas  PRU 13. Beliau mengingatkan rakyat untuk terus menjadi agen yang  kritikal terhadap pemerintah biarpun putrajaya ditadbir oleh kerajaan  baru.  Ucapan beliau jelas memberi impak berbeza dalam kalangan rakyat  apabila mood rakyat yang sedang diisi dengan kemarahan bertukar kepada  mentaliti rakyat revolusioner. Ucapan beliau juga meningatkan rakyat  kepada objektif sebenar kebangkitan rakyat iaitu bukan sekadar ingin  menjatuhkan Umno dan menjulang Pakatan Rakyat, tetapi yang lebih penting perjuangan untuk memastikan aspirasi rakyat terlaksana. Saya kira  ucapan pemimpin pro-rakyat seharusnya sentiasa memperingatkan rakyat  untuk berjuang mendapatkan hak tanpa mengira siapa juga yang memerintah.

Jika Pakatan Rakyat terus mengamalkan politik meruntuh dan  memburukkan, maka Pakatan Rakyat juga akan dilihat tidak bersungguh  dalam memimpin rakyat untuk bermentaliti politik baru. Menghayati ucapan Martin Luther King pada Ogos 1963, beliau hadir di tengah himpunan  rakyat dan menyampaikan inspirasi perubahan disamping memperingatkan  rakyat untuk jangan berpuas hati selagi tuntutan rakyat tidak  terlaksana. “We can never be satisfied as long as our bodies, heavy with the fatigue of travel, cannot gain lodging in the motels of the  highways and the hotels of the cities. We cannot be satisfied as long as the Negro’s basic mobility is from a smaller ghetto to a larger one. We can never be satisfied as long as a Negro in Mississippi cannot vote  and a Negro in New York believes he has nothing for which to vote. No,  no, we are not satisfied, and we will not be satisfied until justice  rolls down like waters and righteousness like a mighty stream.”

Biarkanlah BN atau Umno bersama media arus perdana berjalan ke  belakang dengan politik kuno mereka. Biarkanlah Umno terus duduk dan  tertinggal akibat keengganan mereka untuk berubah. Biarkanlah Umno terus terkebelakang dengan agenda perkauman, fitnah, dan diskrimasi mereka.  Pakatan Rakyat perlu hadir dengan cara politik baru yang memimpin rakyat menjauhi politik benci dan mendekati politik ilmu, politik kesatuan dan politik kasih sayang. Namun ini tidak semua tidak akan tercapai jika  peluang bertemu rakyat dihabiskan dengan menceritakan kegagalan Umno.

Saya juga merasa kurang senang dengan cara pemimpin politik masuk ke  Stadium Merdeka sehingga mengganggu fokus hadirin kepada ceramah yang  disampaikan. Beberapa mesej yang cuba disampaikan oleh beberapa tokoh  NGO dilihat terganggu akibat pemimpin politik yang masuk lewat ke  stadium. Hal ini disebabkan rakyat ingin melihat dan bersorak terhadap  pemimpin politik mereka. Sudahlah masa yang diberikan kepada NGO hanya  lima minit, masa yang singkat ini pula diganggu oleh pemimpin politik  yang masuk ke stadium bagaikan selebriti.

Kesimpulannya, jika ditanya kepada saya, bagaimanakah sepatutnya  KL112 berlangsung? Maka saya akan jawab, Bentangkan semula janji Buku  Jingga, bekalkan rakyat dengan dokumen Buku Jingga dan Negara  Berkebajikan, bina ikrar agar rakyat sentiasa memerhatikan kerajaan baru dan akan berhimpun semula selepas 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat  untuk mengadili janji dan manifesto Pakatan. Yang lebih penting ialah,  berikan ruang yang cukup kepada Bersih untuk memberi penerangan mengenai Pemantau Rakyat. Namun mungkin ini sukar dilakukan kerana KL112 bukan  Bersih 4.0

Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat mengamalkan cara politik yang jauh  berbeza dengan Umno. PR sama dengan BN apabila menghimpunkan rakyat  dalam Stadium, Namun PR perlu berbeza dengan BN dalam usaha menjadikan  rakyat sebagai pemerintah yang paling berkuasa. Diharap, para pemimpin  PR selepas ini akan lebih ghairah membentangkan konsep Malaysia Baru  kepada rakyat.

* Syukri Razab adalah seorang aktivis, Penyelaras Hak Untuk  Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Aktivis Gerakan Mansuhkan  ISA (GMI), Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Januari 15, 2013 at 12:38 pm 3 comments

Rahman Maidin – Balas Budi atau Cari Rezeki

rahman_maidin_2Di kalangan kawan-kawan PKR pun, tak semuanya seronok dan boleh terima kalangan politikus yang lompat masuk ke PKR di saat-saat akhir menjelang PRU ini. Pada mereka, kumpulan ini adalah KCR – kumpulan cari makan. Betul, mereka semua sudah kaya. Tapi mereka mahu tambah kekayaan mereka dengan lebih banyak lagi.

Antara objek dibenci di kalangan orang PKR pada ketika ini ada dua. Kedua-duanya MAMAK.

1. Kadiaq Sheikh Fadiaq
2. Rahman Maidin

Walaupun kedua-duanya belum berada dalam PKR, kelibat mereka tidak disenangi oleh budak-budak PKR. Azmin khususnya selalu mengingatkan budak-budak PKR supaya hati-hati dengan orang-orang begini. Mereka ini tidak ada maruah dalam politik. Semuanya kerana duit dan kuasa.

Rahman Maidin yang kali ini sibuk dengan t shirt ‘peduli rakyat’ – sebenarnya mendatangkan menyampah di kalangan budak-budak PKR. Budak-budak lama zaman reformasi, bacth 1998/1999 kenal sangat dengan perangai Rahman Maidin. Tak pernah bantu Pak Sheikh pun. Hilang entah ke mana.

Menjelang PRU, tiba-tiba watak macam ini timbul semula.

Azmin antara tak senang dengan kehadiran muka-muka tak tahu malu seperti ini.

Demikian juga apabila Azmin tahu Abdul Rahim Ghouse yang sudah mula turun ke Perak dan diberikan ruang oleh Dr Md Nur. Pada Azmin, ini semua orang yang tak boleh dipercayai dan diberikan ruang.

Kumpulan macam Kadiaq dan Rahman Maidin – hanya merosakkan imej PKR; kata Ketua AMK Cabang di Selangor.

Januari 14, 2013 at 7:06 pm Tinggalkan komen

Post-mortem HKR112 di Tropicana

Satu perkara yang sangat bagus mengenai PKR adalah mereka sangat pantas dalam melakukan post-mortem tentang perkara yang mereka anjurkan. PKR memang tak tunggu lama. Budak-budak muda PKR memang jenis yang tak sabar. Mereka nak tahu sejauh mana HKR sudah mampu merubah pola pengundian seperti yang mereka harapkan. Dalam bahasa mudah, pulang modal atau tidak?
Terkejut dengan analisa Ketua Ekonomi Bank Islam (ahli PKR), bahawa PR hanya mampu menang 97 kerusi, mereka sedang merancang untuk memanggil Azrul untuk membentangkan analisa beliau kepada PKR. Soalannya, apakah HKR mampu menambah jumlah kerusi yang dimenangi PKR?
Beberapa analisa awal yang diperolehi di HQ PKR:
A.  Sokongan Generasi Muda Statik

Ada pertambahan sokongan tetapi masih terlalu kecil. Tidak ada penambahan kumpulan neutral. Repeat customers – orang muda yang HADIR di HKR adalah mereka yang sama HADIR waktu Bersih. Tak ada penambahan. Gerakan Mahasiswa gagal dimanipulasi sebaiknya. Rancangan awal berlakunya pertempuran kecil dengan pihak PDRM tidak berlaku. Ini menyebabkan Gerakan Mahasiswa akan terus less Dan lembik. Adam Adli bukan ikon Mahasiswa yang wibawa.

B. Kegagalan PAS (500 ribu rakyat)

Pas tidak mampu menurunkan jumlah rakyat yang diharapkan. Sementara Pas Kelantan dan Terengganu cemerlang, Pas NS, Melaka, Selangor, Perak dan WP sangat lemah. Faktor sebenar akan diperolehi dalam masa terdekat.

C. Sikap Tenang Kerajaan Meresahkan

Sangat tidak menjangka tindakan PDRM yang sangat profesional. Kejayaan imej buruk PDRM sewaktu Bersih tidak dapat dilakukan. Ini sebenarnya sedikit merosakkan perancangan awal.
D. Kemenangan Total Media Baru
Satu perkara baik HKR112 adalah dominasi media baru oleh PKR. Anwar sendiri puas hati dan memuji jentera media baru PKR yang sangat efisien dan cekap. Mahu taktik media baru ini dikekalkan hingga PRU. Bajet tambahan media baru akan diberikan kepada negeri-negeri strategik, seperti Sabah dan Sarawak. RM1.5 juta adalah angka yang dirasakan sesuai untuk Sabah (Vernon Keidit – akan fokus kepada media baru untuk Sabah dan Sarawak).
E. Jawatankuasa PR Perlu Peneguhan
PKR mempunyai hubungan baik dengan Pas, namun ada kelemahan komunikasi yang jelas dengan DAP. Ini perlukan penambahbaikan. Kepimpinan DAP terlalu self-centric dan tidak terbuka dengan cadangan PKR.
F. Anwar Masih Unifying Force
Anwar masih lagi IKON UTAMA dalam PR. Tak ada pemimpin lain yang mampu menyaingi populariti Anwar setakat ini. HKR sudah kembali meletakkan Anwar sebagai PM-to-be. HADI gagal sama sekali.
G. Political Traction
Percentage points sokongan tidak naik langsung. Kembali kepada populariti pasca Bersih. Perlu usaha lain. Tumpuan perlu diberikan kepada manifesto dan strategi memenangi hati rakyat. Pengumuman awal manifesto dirasakan sangat perlu.

Januari 13, 2013 at 11:31 am Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


Januari 2013
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Capaian Umum

  • 75,348,413 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada