Archive for Januari 15, 2013

Pandangan Aktivis Sosial Mengenai HKR112….

Saya terpanggil untuk mengulas mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat  KL112 yang disifatkan oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah himpunan yang  berjaya. Sekiranya ditanya kepada saya apakah KL112 berjaya, saya akan  menjawab, KL112 hanya separuh berjaya. KL112 berjaya menunjukkan  kebangkitan rakyat yang muak dengan sandiwara pemerintah. Tetapi KL112  kurang berjaya dalam memperlihatkan future government yang benar-benar  bersedia.

Peluang menghimpunkan lebih 100,000 rakyat seharusnya digunakan  sebaik mungkin oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan masa depan.  Rakyat yang hadir sepatutnya dibekalkan dengan persediaan yang cukup  untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum dan Kerajaan baru selepas PRU  ke 13. Dua elemen ini saya kira sepatutnya menjadi fokus utama HKR 112.

Namun saya cukup terkilan apabila rakyat yang hadir hanya diberikan  sehelai risalah Pemantau yang disediakan Bersih 2.0 dan kemudiannya  dihidangkan dengan ceramah demi ceramah yang diulang-ulang faktanya.  Saya sempat mengikuti ceramah HKR di Johor, Penang dan Perak. Di setiap  lokasi saya sering mendengar isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh pemimpin politik adalah statik dan berulang. Sehinggalah ke Stadium  Merdeka, ceramah yang sama masih diulang-ulang.

Mungkin hujahnya untuk meraikan rakyat Selangor yang tidak  berkesempatan untuk menganjurkan HKR Selangor, namun ada puluhan ribu  rakyat lain yang sudah mendengar ceramah yang sama. Saya kira tidak  salah untuk ceramah itu diulang-ulang, tetapi adalah lebih baik  sekiranya KL112 memberi tumpuan kepada penerangan yang lebih penting  iaitu peranan rakyat semasa PRU 13 melalui inisiatif yang disediakan  oleh Bersih 2.0. Agak merugikan apabila wakil Bersih hanya diberi masa 5 minit untuk berucap tanpa diberikan slot khusus untuk memberi  penerangan mengenai Pemantau. Walhal untuk menjayakan Pemantau, Bersih  memerlukan 10,000 sukarelawan rakyat.

Selain mengundi perubahan pada PRU 13, Bersih 2.0 telah menyediakan  tugas alternatif yang memperanankan rakyat sebagai agen pemantau  perjalanan PRU 13. Tugas ini amat kritikal bagi mempengaruhi keputusan  PRU. Oleh kerana ruang yang ada tidak dioptimakan untuk menyampaikan  mesej Bersih, maka KL112 hanya berjaya memberi mesej politik dan tidak  berjaya mengoptimakan peranan rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13.  Namun saya tidak menyalahkan Pakatan Rakyat secara total, kerana paling  kurang PR telah berinisiatif untuk menghimpunkan rakyat berbanding  banyak NGO yang sedang larut dalam mesyuarat.

Selain memberdaya peranan rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13, saya kira KL112 juga seharusnya digunakan oleh PR untuk mempersiapkan rakyat mengenai tugas mereka selepas PRU 13. Kerajaan yang berjiwa besar tidak akan menghabiskan masa bertemu rakyat dengan menceritakan hal-hal buruk pihak lawan. Namun lebih dinamik jika rakyat dihidangkan dengan  penerangan lebih terperinci mengenai Buku Jingga dan Dokumen Negara  Berkebajikan. Kerana ramai rakyat yang hadir pada KL112 adalah mereka  yang tinggal diluar bandar dan kurang mendapat akses kepada maklumat  terkini Pakatan Rakyat. Oleh itu alangkah baiknya jika mereka  dibentangkan mengenai janji dan tindakan yang akan dibuat oleh PR  selepas mentadbir Malaysia. Saya kira perkara ini lebih relevan untuk  diulang-ulang berbanding kutukan dan ulangan cerita-cerita negatif  terhadap pihak musuh. Lebih-lebih bagi apabila rakyat sudah maklum  mengenai kerosakan yang dibuat oleh regim Barisan Nasional.

Setelah meniliti ucapan-ucapan tokoh di Stadium Merdeka semasa KL112, saya mendapati hanya ucapan Dr Jayakumar daripada Jaringan Rakyat  Tertindas (Jerit) mengandungi elemen memperkasa peranan rakyat selepas  PRU 13. Beliau mengingatkan rakyat untuk terus menjadi agen yang  kritikal terhadap pemerintah biarpun putrajaya ditadbir oleh kerajaan  baru.  Ucapan beliau jelas memberi impak berbeza dalam kalangan rakyat  apabila mood rakyat yang sedang diisi dengan kemarahan bertukar kepada  mentaliti rakyat revolusioner. Ucapan beliau juga meningatkan rakyat  kepada objektif sebenar kebangkitan rakyat iaitu bukan sekadar ingin  menjatuhkan Umno dan menjulang Pakatan Rakyat, tetapi yang lebih penting perjuangan untuk memastikan aspirasi rakyat terlaksana. Saya kira  ucapan pemimpin pro-rakyat seharusnya sentiasa memperingatkan rakyat  untuk berjuang mendapatkan hak tanpa mengira siapa juga yang memerintah.

Jika Pakatan Rakyat terus mengamalkan politik meruntuh dan  memburukkan, maka Pakatan Rakyat juga akan dilihat tidak bersungguh  dalam memimpin rakyat untuk bermentaliti politik baru. Menghayati ucapan Martin Luther King pada Ogos 1963, beliau hadir di tengah himpunan  rakyat dan menyampaikan inspirasi perubahan disamping memperingatkan  rakyat untuk jangan berpuas hati selagi tuntutan rakyat tidak  terlaksana. “We can never be satisfied as long as our bodies, heavy with the fatigue of travel, cannot gain lodging in the motels of the  highways and the hotels of the cities. We cannot be satisfied as long as the Negro’s basic mobility is from a smaller ghetto to a larger one. We can never be satisfied as long as a Negro in Mississippi cannot vote  and a Negro in New York believes he has nothing for which to vote. No,  no, we are not satisfied, and we will not be satisfied until justice  rolls down like waters and righteousness like a mighty stream.”

Biarkanlah BN atau Umno bersama media arus perdana berjalan ke  belakang dengan politik kuno mereka. Biarkanlah Umno terus duduk dan  tertinggal akibat keengganan mereka untuk berubah. Biarkanlah Umno terus terkebelakang dengan agenda perkauman, fitnah, dan diskrimasi mereka.  Pakatan Rakyat perlu hadir dengan cara politik baru yang memimpin rakyat menjauhi politik benci dan mendekati politik ilmu, politik kesatuan dan politik kasih sayang. Namun ini tidak semua tidak akan tercapai jika  peluang bertemu rakyat dihabiskan dengan menceritakan kegagalan Umno.

Saya juga merasa kurang senang dengan cara pemimpin politik masuk ke  Stadium Merdeka sehingga mengganggu fokus hadirin kepada ceramah yang  disampaikan. Beberapa mesej yang cuba disampaikan oleh beberapa tokoh  NGO dilihat terganggu akibat pemimpin politik yang masuk lewat ke  stadium. Hal ini disebabkan rakyat ingin melihat dan bersorak terhadap  pemimpin politik mereka. Sudahlah masa yang diberikan kepada NGO hanya  lima minit, masa yang singkat ini pula diganggu oleh pemimpin politik  yang masuk ke stadium bagaikan selebriti.

Kesimpulannya, jika ditanya kepada saya, bagaimanakah sepatutnya  KL112 berlangsung? Maka saya akan jawab, Bentangkan semula janji Buku  Jingga, bekalkan rakyat dengan dokumen Buku Jingga dan Negara  Berkebajikan, bina ikrar agar rakyat sentiasa memerhatikan kerajaan baru dan akan berhimpun semula selepas 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat  untuk mengadili janji dan manifesto Pakatan. Yang lebih penting ialah,  berikan ruang yang cukup kepada Bersih untuk memberi penerangan mengenai Pemantau Rakyat. Namun mungkin ini sukar dilakukan kerana KL112 bukan  Bersih 4.0

Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat mengamalkan cara politik yang jauh  berbeza dengan Umno. PR sama dengan BN apabila menghimpunkan rakyat  dalam Stadium, Namun PR perlu berbeza dengan BN dalam usaha menjadikan  rakyat sebagai pemerintah yang paling berkuasa. Diharap, para pemimpin  PR selepas ini akan lebih ghairah membentangkan konsep Malaysia Baru  kepada rakyat.

* Syukri Razab adalah seorang aktivis, Penyelaras Hak Untuk  Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Aktivis Gerakan Mansuhkan  ISA (GMI), Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Januari 15, 2013 at 12:38 pm 3 comments


Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Capaian Umum

  • 75,319,218 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 147 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • INFOGRAPHIC: THE DARK SIDE OF THE INTERNET
    If you're browsing online now, what you see is only the surface web, the part most of us are familiar with and where all sites are indexed by search engines and are easily accessible. But it's only the tip of the iceberg, comprising only 10 percent of the total size of the internet. The rest (90 percent) are what is known as the Deep Web, which inc […]

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United StatesSempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat!Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kelom […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • 99% tuduhan terhadap Rosmah bohong
    Selalu kita dengar petanan beliau dalam PERMATA dipertikaikan. Padahal ...Selalu dikatakan Siti Hasmah macam baik ...Orang banyak cerita tentang anak2 Mahathir dan Siti Hasmah. Adik beradik Siti sama kuat kaki projek dan jadi macai taukeh ciba!!!!Pembohongan begitu banyak twrhadap Rosmah begitu bersungguh2 hingga sanggup mereka hina Sultan Brunei demi nak ma […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Lebih 5,000 PATI, Majikan Ditahan Sejak 1 Julai
    PUTRAJAYA – Seramai  5,173 pesalah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hingga semalam dalam Op Mega yang dijalankan bagi memburu majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingkar untuk berdaftar dalam Program E-kad. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata mulai 1 Julai hingga 7 pagi semalam, JIM telah mengadakan 1,272 operasi penguatku […]

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun!Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk I […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • PANAS BERAPI! GAMBAR ROSMAH KHATAM QURAN PASTI AKAN BUATKAN PARA HATERS KEPANASAN!
    Walau beliau dihina dan dicerca dengan pelbagai tohmahan namun tanggungjawab beliau terhadap Allah tetap beliau laksanakan. Ini adalah gambar sekitar majlis khatam Quran Datin Seri Rosmah.Kepada yang menuduh beliau macam-macam cuba anda cerminkan diri anda, apakah anda bersih dan maksum? Sudah berkali beliau jawab tohamahan yang dilempar terhadap beliau teta […]

RSS Musram Rakuman

  • Strategi DAP-Menjadikan Kaum Melayu Kelas 2
    Tergambarkan sangat staregi DAP mahu memecahkan undi melayu di Semenajung, melalui saf kepimpinan Pakatan Harapan.Dap hanya akan menjadi kingmaker, apabila melayu berpecah pada PRU-14. Kalau mlihat kerusi yang dimenagi parti Umno, 88 kerusi dan Pas 21, ertinya kawasan majoriti melayu adalah 109 tidak termasuk di Sarawak, dan kalau mengambilkira kerusi kaum m […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • Strategi DAP-Menjadikan Kaum Melayu Kelas 2
    Tergambarkan sangat staregi DAP mahu memecahkan undi melayu di Semenajung, melalui saf kepimpinan Pakatan Harapan.Dap hanya akan menjadi kingmaker, apabila melayu berpecah pada PRU-14. Kalau mlihat kerusi yang dimenagi parti Umno, 88 kerusi dan Pas 21, ertinya kawasan majoriti melayu adalah 109 tidak termasuk di Sarawak, dan kalau mengambilkira kerusi kaum m […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]