Pandangan Aktivis Sosial Mengenai HKR112….

Januari 15, 2013 at 12:38 pm 3 comments

Saya terpanggil untuk mengulas mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat  KL112 yang disifatkan oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah himpunan yang  berjaya. Sekiranya ditanya kepada saya apakah KL112 berjaya, saya akan  menjawab, KL112 hanya separuh berjaya. KL112 berjaya menunjukkan  kebangkitan rakyat yang muak dengan sandiwara pemerintah. Tetapi KL112  kurang berjaya dalam memperlihatkan future government yang benar-benar  bersedia.

Peluang menghimpunkan lebih 100,000 rakyat seharusnya digunakan  sebaik mungkin oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan masa depan.  Rakyat yang hadir sepatutnya dibekalkan dengan persediaan yang cukup  untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum dan Kerajaan baru selepas PRU  ke 13. Dua elemen ini saya kira sepatutnya menjadi fokus utama HKR 112.

Namun saya cukup terkilan apabila rakyat yang hadir hanya diberikan  sehelai risalah Pemantau yang disediakan Bersih 2.0 dan kemudiannya  dihidangkan dengan ceramah demi ceramah yang diulang-ulang faktanya.  Saya sempat mengikuti ceramah HKR di Johor, Penang dan Perak. Di setiap  lokasi saya sering mendengar isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh pemimpin politik adalah statik dan berulang. Sehinggalah ke Stadium  Merdeka, ceramah yang sama masih diulang-ulang.

Mungkin hujahnya untuk meraikan rakyat Selangor yang tidak  berkesempatan untuk menganjurkan HKR Selangor, namun ada puluhan ribu  rakyat lain yang sudah mendengar ceramah yang sama. Saya kira tidak  salah untuk ceramah itu diulang-ulang, tetapi adalah lebih baik  sekiranya KL112 memberi tumpuan kepada penerangan yang lebih penting  iaitu peranan rakyat semasa PRU 13 melalui inisiatif yang disediakan  oleh Bersih 2.0. Agak merugikan apabila wakil Bersih hanya diberi masa 5 minit untuk berucap tanpa diberikan slot khusus untuk memberi  penerangan mengenai Pemantau. Walhal untuk menjayakan Pemantau, Bersih  memerlukan 10,000 sukarelawan rakyat.

Selain mengundi perubahan pada PRU 13, Bersih 2.0 telah menyediakan  tugas alternatif yang memperanankan rakyat sebagai agen pemantau  perjalanan PRU 13. Tugas ini amat kritikal bagi mempengaruhi keputusan  PRU. Oleh kerana ruang yang ada tidak dioptimakan untuk menyampaikan  mesej Bersih, maka KL112 hanya berjaya memberi mesej politik dan tidak  berjaya mengoptimakan peranan rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13.  Namun saya tidak menyalahkan Pakatan Rakyat secara total, kerana paling  kurang PR telah berinisiatif untuk menghimpunkan rakyat berbanding  banyak NGO yang sedang larut dalam mesyuarat.

Selain memberdaya peranan rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13, saya kira KL112 juga seharusnya digunakan oleh PR untuk mempersiapkan rakyat mengenai tugas mereka selepas PRU 13. Kerajaan yang berjiwa besar tidak akan menghabiskan masa bertemu rakyat dengan menceritakan hal-hal buruk pihak lawan. Namun lebih dinamik jika rakyat dihidangkan dengan  penerangan lebih terperinci mengenai Buku Jingga dan Dokumen Negara  Berkebajikan. Kerana ramai rakyat yang hadir pada KL112 adalah mereka  yang tinggal diluar bandar dan kurang mendapat akses kepada maklumat  terkini Pakatan Rakyat. Oleh itu alangkah baiknya jika mereka  dibentangkan mengenai janji dan tindakan yang akan dibuat oleh PR  selepas mentadbir Malaysia. Saya kira perkara ini lebih relevan untuk  diulang-ulang berbanding kutukan dan ulangan cerita-cerita negatif  terhadap pihak musuh. Lebih-lebih bagi apabila rakyat sudah maklum  mengenai kerosakan yang dibuat oleh regim Barisan Nasional.

Setelah meniliti ucapan-ucapan tokoh di Stadium Merdeka semasa KL112, saya mendapati hanya ucapan Dr Jayakumar daripada Jaringan Rakyat  Tertindas (Jerit) mengandungi elemen memperkasa peranan rakyat selepas  PRU 13. Beliau mengingatkan rakyat untuk terus menjadi agen yang  kritikal terhadap pemerintah biarpun putrajaya ditadbir oleh kerajaan  baru.  Ucapan beliau jelas memberi impak berbeza dalam kalangan rakyat  apabila mood rakyat yang sedang diisi dengan kemarahan bertukar kepada  mentaliti rakyat revolusioner. Ucapan beliau juga meningatkan rakyat  kepada objektif sebenar kebangkitan rakyat iaitu bukan sekadar ingin  menjatuhkan Umno dan menjulang Pakatan Rakyat, tetapi yang lebih penting perjuangan untuk memastikan aspirasi rakyat terlaksana. Saya kira  ucapan pemimpin pro-rakyat seharusnya sentiasa memperingatkan rakyat  untuk berjuang mendapatkan hak tanpa mengira siapa juga yang memerintah.

Jika Pakatan Rakyat terus mengamalkan politik meruntuh dan  memburukkan, maka Pakatan Rakyat juga akan dilihat tidak bersungguh  dalam memimpin rakyat untuk bermentaliti politik baru. Menghayati ucapan Martin Luther King pada Ogos 1963, beliau hadir di tengah himpunan  rakyat dan menyampaikan inspirasi perubahan disamping memperingatkan  rakyat untuk jangan berpuas hati selagi tuntutan rakyat tidak  terlaksana. “We can never be satisfied as long as our bodies, heavy with the fatigue of travel, cannot gain lodging in the motels of the  highways and the hotels of the cities. We cannot be satisfied as long as the Negro’s basic mobility is from a smaller ghetto to a larger one. We can never be satisfied as long as a Negro in Mississippi cannot vote  and a Negro in New York believes he has nothing for which to vote. No,  no, we are not satisfied, and we will not be satisfied until justice  rolls down like waters and righteousness like a mighty stream.”

Biarkanlah BN atau Umno bersama media arus perdana berjalan ke  belakang dengan politik kuno mereka. Biarkanlah Umno terus duduk dan  tertinggal akibat keengganan mereka untuk berubah. Biarkanlah Umno terus terkebelakang dengan agenda perkauman, fitnah, dan diskrimasi mereka.  Pakatan Rakyat perlu hadir dengan cara politik baru yang memimpin rakyat menjauhi politik benci dan mendekati politik ilmu, politik kesatuan dan politik kasih sayang. Namun ini tidak semua tidak akan tercapai jika  peluang bertemu rakyat dihabiskan dengan menceritakan kegagalan Umno.

Saya juga merasa kurang senang dengan cara pemimpin politik masuk ke  Stadium Merdeka sehingga mengganggu fokus hadirin kepada ceramah yang  disampaikan. Beberapa mesej yang cuba disampaikan oleh beberapa tokoh  NGO dilihat terganggu akibat pemimpin politik yang masuk lewat ke  stadium. Hal ini disebabkan rakyat ingin melihat dan bersorak terhadap  pemimpin politik mereka. Sudahlah masa yang diberikan kepada NGO hanya  lima minit, masa yang singkat ini pula diganggu oleh pemimpin politik  yang masuk ke stadium bagaikan selebriti.

Kesimpulannya, jika ditanya kepada saya, bagaimanakah sepatutnya  KL112 berlangsung? Maka saya akan jawab, Bentangkan semula janji Buku  Jingga, bekalkan rakyat dengan dokumen Buku Jingga dan Negara  Berkebajikan, bina ikrar agar rakyat sentiasa memerhatikan kerajaan baru dan akan berhimpun semula selepas 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat  untuk mengadili janji dan manifesto Pakatan. Yang lebih penting ialah,  berikan ruang yang cukup kepada Bersih untuk memberi penerangan mengenai Pemantau Rakyat. Namun mungkin ini sukar dilakukan kerana KL112 bukan  Bersih 4.0

Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat mengamalkan cara politik yang jauh  berbeza dengan Umno. PR sama dengan BN apabila menghimpunkan rakyat  dalam Stadium, Namun PR perlu berbeza dengan BN dalam usaha menjadikan  rakyat sebagai pemerintah yang paling berkuasa. Diharap, para pemimpin  PR selepas ini akan lebih ghairah membentangkan konsep Malaysia Baru  kepada rakyat.

* Syukri Razab adalah seorang aktivis, Penyelaras Hak Untuk  Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Aktivis Gerakan Mansuhkan  ISA (GMI), Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Entry filed under: Dato Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, PKR. Tags: , , , , , .

Rahman Maidin – Balas Budi atau Cari Rezeki Harapan PKR di Sabah – LAIN KALI LAH!

3 Komen Add your own

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Capaian Umum

  • 67,529,103 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 132 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • 10 EVERYDAY THINGS INVENTED FOR TOTALLY DIFFERENT PURPOSES
    10 Everyday Things Invented For Totally Different PurposesBy Elizabeth S. Anderson, Listverse, 7 July 2015.Our lives are surrounded by various objects, many of which we’ve seen nearly every day. As mundane as many such items may seem, they often have surprising, and considerably more interesting, origins. Many were originally invented for completely differen […]

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • Terus kehadapan...
    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Saya dengan ini ingin mengesahkan bahawa saya tidak lagi bercadang untuk meneruskan saman dan tuntutan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saya telah failkan pada bulan Jun 2014 yang lalu.Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang saya bu […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Dokumen WSJ palsu?
    Baca ulasan berikut:Hasil Siasatan Forensik Dokumen Menunjukkan WSJ di Pihak Benar ... http://bidaman.blogspot.com/2015/07/hasil-siasatan-forensik-dokumen.html?m=1 ibrazak-keluarkan-dokumen-bank.html?m=1 Anti @NajibRazak Keluarkan Dokumen Bank Kononnya Dari WSJ ... Sayangnya Diubahsuai - http://khairulryezal.blogspot.com/2015/07/anti-najibrazak-keluarkan-dok […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Laman AIDC Berpindah
    Assalamualaikum wbt. Dimaklumkan mulai hari ini, 31 Mei, laman AIDC berpindah ke tapak baharu di aidcnews.wordpress.com/ Terima kasih dia atas segala sokongan dan mohon maaf dengan segala kesulitan. AIDC

RSS Perak Today

  • Haiza penat tapi berbaloi
    Ada segelintir artis memilih untuk berehat sepanjang Ramadan. Namun masih ramai yang berkesempatan mencari rezeki dengan menghiburkan pengunjung dalam majlis berbuka puasa di hotel. Antaranya, penyanyi Haiza, 35, tidak kisah berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur setiap minggu bagi memenuhi undangan menyanyi di sebuah hotel di Subang Jaya. Haiza yang […]

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun!Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk I […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • CILI KASI TARUK! WAHAI TAUKE ELRAH EXCLUSIVE, KALAU NAK BERNIAGA BUATLAH BETUL-BETUL!
    Sejak politik jadi kacau bilau kat Malaya ni, aku ada hobi baru, aku suka memburu peniaga-peniaga bumiputera, melayu Islam. Bukan tujuan ku nak memburukkan mereka tetapi denyut nadi CUSTOMER SERVICE dalam darah aku membuak-buak untuk mencari dan menceritakan layanan para peniaga ini semua.Sekali lagi, aku bua benda ni kerana aku memang suka bab-bab customer […]

RSS Musram Rakuman

  • Tuduhan RM2.6 Bilion Ke Atas DS Najib Satu Pembohongan Di Siang Bolong
    1. Dakwaan kononnya Falcon Private Bank Swiss private banking cawangan Singapura telah menyalurkan USD 619,999.998 ke akaun peribadi Dato Sri Mohd Najib bin Hj Abd Razak yang bernombor 2112022009694 Ambank pada 21/03/2013, manakala Tanore Finance Corp yang berdaftar di British Virgin Islands menghantar USD60.999.998 ke akaun yang sama pada 23/03/2013. Walau […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Najib’s Letter Of Demand To WSJ
    seeking clarity and contention on misappropriation claims   PRESS RELEASE A Wall street Journal had published an article dated 3rd July 2015, implicating our client Datuk Seri Najib. Immediately, our client had instructed us, Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, to scrutinize the said article. The article is tainted with numerous allegations against our […]

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • Tuduhan RM2.6 Bilion Ke Atas DS Najib Satu Pembohongan Di Siang Bolong
    1. Dakwaan kononnya Falcon Private Bank Swiss private banking cawangan Singapura telah menyalurkan USD 619,999.998 ke akaun peribadi Dato Sri Mohd Najib bin Hj Abd Razak yang bernombor 2112022009694 Ambank pada 21/03/2013, manakala Tanore Finance Corp yang berdaftar di British Virgin Islands menghantar USD60.999.998 ke akaun yang sama pada 23/03/2013. Walau […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers

%d bloggers like this: