Archive for Februari 13, 2013
DAP Nampak Masalah Bila Anwar Jadi ‘Huguan Siou’
Kita kena akui lah, dalam ramai-ramai pemimpin DAP, yang cekap dalam membaca isu dan masalah politik adalah Kit Siang. Dilatih dengan kaedah politik komunisme/sosialisme, Kit Siang boleh dikatakan master dalam kerja-kerja propaganda. Memang dia ada gagal. ‘Projek Tanjung’ dahulu gagal sebab Kit Siang silap baca permainan politik orang Cina di Pulau Pinang. Tapi tak cepat kecewa, dia akhirnya berjaya menawan kembali PP – walaupun dengan menggunakan anaknya.
Dalam isu Huguan Siou, Kit Siang adalah orang PR yang paling awal kononnya menafikan bahawa Anwar sudah mendapat gelaran itu. Kit Siang tahu, bilamana Anwar terkinja-kinja nak pakai gelaran itu, maka akan timbul pelbagai masalah dalam menawan Sabah kali ini.
Kit Siang ini bacaan politiknya memang cekap. Lebih cekap daripada Anwar. Malahan, dalam kes ini, Kit Siang merasakan tindakan Anwar silap dan boleh mendatangkan masalah kepada PR dalam PRU akan datang.
Kira-kira DAP mudah sahaja, kalau PRU2008, DAP tanding di 5 kawasan Parlimen dan 10 DUN (menang 1 Parlimen; 1 DUN); kali ini, jika suhu politik berada di tempat yang betul – DAP yakin menang 4 Parlimen dan 7 DUN. Itupun kalau tidak ada kebodohan-kebodohan yang dilakukan oleh kawan-kawan PR yang lain.
Huguan Siou ini adalah satu contoh bagaimana impian DAP mungkin lebur. DAP yang cuba sebaik mungkin untuk mengikis imej ‘politik-ekstrim-Semenanjung’ – nampaknya akan berdepan dengan isu tempatan bila Anwar beria nakkan gelaran Huguan Siou.
Kit tahu niat Anwar, nak meletakkan dirinya sebagai ‘pilihan’ di Sabah, tapi ianya boleh memakan diri. Malahan, berdasarkan calculation semasa DAP, PKR hanya mampu menang di 1 Parlimen dan 3 DUN sahaja. Semuanya masih nampak belum jelas.
Perangani TAIKO Anwar inilah yang boleh bawak TAIK kepada DAP.
Maklum Balas Pembaca