Menteri Sudah – Setiausaha Politik?
Mei 17, 2013 at 11:30 am 1 komen

Sekarang ini, tumpuan harus diberikan kepada usaha meletakkan kalangan Setiausaha-Setiausaha Politik yang berwibawa, sebagai ‘circle kedua’ kepada pentadbiran kerajaan. Tak boleh ambil tangkap muat. Mesti pilih sebaik mungkin.
Perdana Menteri mesti ambil contoh awal. Kalangan SUPOL yang sudah tewas (Sahlan, Shafiee, Fatmi, Sufian – dan pegawai lain seperti Latt mesti dipencenkan tanpa syarat dan balasan). Mereka sudah diingatkan, jika mereka kalah, ianya akan membawa imej buruk kepada PM. Jangan ambil lagi.
Ironi, kerana orang seperti Shafee yang tainted dengan tuduhan (baca Hansard Parlimen), masih diketengahkan sebagai calon. Bila orang seperti ini diletakkan, apakah beban kesalahan masih mahu diletakkan di atas bahu orang lain. Parlimen Malaysia pernah mendengar:-
Datuk Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Kepada PM
Saya mesti menarik perhatian PM melalui Dewan Yang Mulia ini bahawa kelakuan Datuk Shafie Abdullah adalah bertentangan dengan kepentingan PM dengan bercampur tangan dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya ingin menanya samada YAB PM ada memberi arahan kepada Datuk Shafie untuk mentadbir DBKL secara langsung atau tidak langsung untuk menjadikan Datuk Ahmad Fuad, Datuk Bandar KL sebagai seorang “puppet”nya.
Nampaknya Datuk Shafie ada banyak “free time” untuk memain politik di DBKL dan kawasan Wangsa Maju dan kawasan lain. Saya tahu dia memain politik “on the ground” kerana dia ada niat menjadi popular supaya dia mencapai matlamatnya untuk menjadi Menteri taka lama lagi. Dia memang amat ambitious seperti Norza, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang telah di tuduh di Mahkamah di Pahang kerana rasuah.
Saya berharap Datuk Shafie Abdullah, seorang UMNOputra, sila mengambil perhatian kedudukan sekarang sahabat karibnya, Norza.
MR “POLITICAL TOLL”
Saya telah dapat banyak “rumours” terhadap Datuk Shafie ini. Dia amat berkuasa kerana kedudukannya sebagai setiausaha PM selaku Menteri Kewangan. “This “Mr Political Toll” has been dropping PM name every corner of Malaysia.”, dengan izin.
Dia telah dapat satu gelaran yang hebat dan sesuai iaitu “MR POLITICAL TOLL”. Saya tak faham apa maksud “MR POLITICAL TOLL”. Toll jalan, saya faham! POLITICAL TOLL, saya tak faham. Samada maksud “Toll” ini adalah kutipan Toll untuk perjalanan ke pejabat PM atau Menteri Kewangan? Kemungkinan YAB PM lebih faham atau teliti mengenai apa maksub gelaran “MR POLITICAL TOLL” yang telah dianugerahkan kepada Setiuasahanya, Datuk Shafie!.
Saya ingin memberi amaran kepada Datuk Shafie jangan bermain politik di DBKL – hand off DBKL let the officers do their work without interference. Keep your “Political Toll” to Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri. DBKL adalah untuk menjaga kepentingan wargakota di Wilayah Persekutuan dan bukan kepentigan politik “Mr Political Toll”, Datuk Shafie Abdullah.
Tak perlu kita ulas panjang. Orang seperti ini tidak layak berada di dalam pentadbiran TRANSFORMASI Najib. Tidak layak.
Mereka yang sudah ditolak rakyat, secara jelas – mesti diketepikan.
Kita sedar ini prerogatif PM, seperti yang dicatatkan di dalam Perlembagaan:-
Perkara 43C. Setiausaha-Setiausaha Politik.(1) Perdana Menteri boleh melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya patut untuk menjadi Setiausaha-Setiausaha Politik.
(2) Seseorang yang dilantik sebagai Setiausaha Politik menurut kuasa Perkara ini–
(a) tidak semestinya seorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
(b) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa;
(c) tertakluk kepada perenggan (b), hendaklah terus memegang jawatan sehingga masa pelantikannya ditamatkan oleh Perdana Menteri.
(3) Peruntukan Fasal (4) Perkara 43B hendaklah terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Politik sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
(4) Tugas-tugas dan fungsi-fungsi Setiausaha-Setiausaha Politik, dan saraan mereka, hendaklah ditentukan oleh Jemaah Menteri.
Tapi rakyat berhak beri pandangan.
Entry filed under: Datuk Shafie, PRU 13, UMNO. Tags: Datuk Ahmad Fuad, Datuk Bandar KL, Fatmi, Hansard Parlimen, Sahlan, Shafie Abdullah, Shafiee, Sufian.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. shams | Mei 20, 2013 at 6:02 pm
kalo anwar jadi PM mesti SU Politik dia jambu2 dan ramai….