Sidelining Rafizi #1
Ogos 23, 2013 at 2:29 pm 2 comments
Is Rafizi losing his Midas Touch?
Many in PKR think that after winning the Pandan parliamentary seat, Rafizi’s focus is now more diluted and is not as solid as before.
A lot of issues which were brought up have failed to create the desired political traction.
There are also voices in the PKR headquarters who want a new strategy director for the party. A few names have already been given to Anwar, and is currently being scrutinised.
Rafizi seemed to be looking down all the time now. Disappointed maybe. Or trying to look for a better way?
———————————————————————————————————-
Thank you The Mole for quoting this humble blog.
Untuk membuktikan bahawa Rafizi semakin dipinggirkan daripada arus politik perdana PKR, keputusan yang diumumkan semalam boleh dijadikan rujukan. Apa yang dilaporkan Harakahdaily.
Pakatan Rakyat seperti tahun-tahun sebelum ini, akan melancarkan Belanjawan Alternatif 2014 sebagai perbandingan terhadap bajet yang akan dibentang kerajaan.
Bagi tujuan itu, satu jawatankuasa khas telah dibentuk yang dianggotai golongan profesional, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan akan dibantu Institut Rakyat, sebuah badan pemikir yang dibarisi pakar ekonomi dan akademik.
Turut serta dalam jawatankuasa itu adalah Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.
Selain beliau, ahli-ahli JK khas itu termasuklah Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Dr Ong Kian Ming (Serdang), Dr Azman Ismail (Kuala Kedah), G.Manivanan (Kapar), Datuk Dr Idris Jauzi (Batu Pahat), Julian Tan (Stampin) dan Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju).
Beberapa sektor akan dinilai termasuk Antarabangsa dan Kebangsaan; Ekonomi dan Kewangan; Keselamatan; Pendidikan dan Pekerjaan; Pertanian, Perladangan dan Pembangunan Luar Bandar; Pengangkutan dan Pembangunan Bandar; Pengurusan sumber Alam; Masyarakat, Kebajikan dan Gender; serta Polisi melibatkan Sabah dan Sarawak.
Bayangkan, Bajet Alternatif ini sememangnya sudah sekian lama menjadi POLITICAL BABY kepada Rafizi Ramli. Tak pernah dia diketepikan. Malahan, dalam beberapa siri Bajet sebelum ini, Rafizi buat one-man show, menyediakan draf sehingga akhir; dengan hanya beberapa kali dilihat oleh Tony Pua.
Kenapa WAWA pulak yang menjadi pilihan kali ini? Kenapa tidak Rafizi?
Dalam beberapa siri sembang petang Wawa dan teman rapatnya, Wawa sudah membayangkan bahawa Pak Sheikh menganggap prestasi Rafizi sewaktu menyediakan manifesto PR tempohari sebagai DISASTER. Tidak lengkap.
Wawa sudahpun membayangkan bahawa dengan sokongan Nurul Izzah, Kak Wan dan TS Khalid, ada kemungkinan Wawa akan mengambil alih tempat Rafizi sebagai Strategy Director.
Itupun bergantung kepada prestasi Wawa dalam bajet alternatif ini. Wawa mungkin tidak bernasib baik, kerana yang membantu dia pun kalangan YB yang tidak punya kemampuan intelektual yang baik.
Wawa dikatakan akan mendapat bantuan beberapa orang dalaman Bank Islam, Bank Negara, CIMB, Maybank dan PEMANDU. Makna kata, analisa Wawa akan turut melibatkan angka dan perancangan strategik, yang tidak mampu diketahui oleh Rafizi. Wawa nak buktikan bahawa dia lebih SHARP berbanding Rafizi.
Soalan wajib – IS WAWA TAKING OVER FROM RAFIZI?
Entry filed under: ANWAR IBRAHIM, Dato Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, PKR. Tags: Anwar Ibrahim, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, Belanjawan Alternatif 2014, Gelagat Anwar, Harakahdaily, Pakatan Rakyat, PKR, Rafizi, Rafizi Ramli, Tony Pua, WAWA.
2 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Anonymous | Ogos 23, 2013 at 8:46 pm
wawa? hahaha. Takde kredibiliti setelah apa yang dia tunjukkan sebelum ini. Pecah amanah and clearly biased. Dan lebih handsome dari Rafizi
2. Sidelining Masterchef Rafizi #2 | Gelagat Anwar | September 4, 2013 at 12:04 pm
[…] former Bank Islam chief economist Azrul Azwar Ahmad Tajuddin will lead Pakatan’s special committee to draft the 2014 alternative […]