Archive for November, 2013
PR1MA oh PR1MA
Khalid Ibrahim tak cakap banyak. Dia buat kerja sahaja. Walaupun Anwar balun bagai nak rak, dalam isu RMM, nampak gaya macam Khalid sudah kalahkan PR1MA. TKO.
Masalah dengan PR1MA adalah bunyi sangat kuat. Tapi produk tak ada. Main belasah nak keluar kat media sahaja. Berebut-rebut nak keluar media. Shahidan nak. Rahman Dahlan nak. JJ nak. Mutalib nak.
Outcome?
Jangan sampai orang lain buat lebih dahulu daripada PR1MA. Itu buat malu kaum namanya.
Projek kedua melibatkan 124 unit di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, berkeluasan antara 700 hingga 800 kaki persegi dan dijual pada harga RM60,000 hingga RM90,000 seunit, manakala baki 136 unit lagi terletak di bandar Sungai Long, Kajang.
“Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menawarkan sebanyak 1,682 pembeli yang layak untuk membeli rumah mampu milik.
“Penawaran yang dibuat oleh LPHS hanya kepada tiga projek rumah mampu milik yang telah siap iaitu Bukit Botak, Selayang, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan Bandar Sungai Long, Kajang,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
Yang Selangor buat memang tak banyak. Tapi sudah ada.
Lantikan Ikut Merit atau Suka-Suka?
Putrajaya menubuhkan Majlis Kolsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) melibatkan 29 anggota daripada pelbagai bidang, daripada pelakon kepada ahli politik PAS, bagi merangka agenda perpaduan nasional untuk tempoh enam bulan.
Diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) Tan Sri Samsuddin Osman, majlis itu akan membentangkan cadangan kepada kabinet dan diberikan kebebasan mengumpul maklumat dan memutuskan isu yang perlu ditangani.
Ketika mengumumkan pembentukannya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, MKPN diberi kebebasan membincangkan isu sensitif seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, isu perumahan dan isu melibatkan Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, mesyuaratnya hendaklah diadakan secara tertutup.
Antara dilantik ke majlis itu pengerusi eksekutif Media Prima Datuk Johan Jaafar, pemimpin PAS Mujahid Yusof Rawa, bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah, aktivis Datuk Marina Mahathir serta pelakon Wardina afiyyah Fadlullah Wilmot.
Kita respek lah siapa sahaja yang PM rasa wajar berada dalam majlis tersebut.
Yang kita nak tanya, apakah mereka yang dipilih sudah ditapis mengikut track record mereka?
Tan Sri Ramon Navaratman pernah menggelar kerajaan Najib sebagai KLEPTOCRACY. Kerajaan pencuri. Semalam sudah dilantik lagi.
Wardina Safiyyah mengutuk PM dan kerajaan tak ingat. Dilantik juga.
Marina Mahathir yang menyokong COMANGO pun dilantik juga.
Mungkin ini musim lantik ikut suka.
* Lantik Norza di ISN hanya mengonconfirmkan cerita Khairy Chronicles sebelum ini. Nice.
Kalau Tidak Kerana TUAN IBRAHIM, Anwar Akan Buat Kenduri Besar
Segalanya berlaku seperti yang dirancang. Kalaupun ada kegagalan, kekalahan Mahfuz Omar. Kalau tidak, ini adalah satu kemenangan besar kelompok Ersogan di dalam Pas.
Ok, ramai yang tak suka cakap pasal Erdogan. Tapi kalau kita lihat video bagaimana Husam dan Salahuddin Ayyub, menangis teresak-esak kerana kekalahan Mahfuz, kita tahu bahawa ini bukan sekadar jawatan VP. Ini lebih daripada itu.
Semuanya disusun secara rapi di Tropicana. Kali ini, muktamar adalah soal survival politik. Kalau ramai yang tewas, bermakna pengaruh Anwar-Erdogan akan dengan sendirinya hilang.
Ahli Jawatankuasa: 1) Ustaz Idris Ahmad (927) 2) Mazlan Aliman (840) 3) Hanipa Maidin (735) 4) Ir. Nizar Jamuluddin (688) 5) Ir. Amiruddin Hamzah (679) 6) Dr. Hatta Ramli (649) 7) Ustaz Nasruddin Hassan (645) 8) Ir. Khalid Samad (643) 9) Ustaz Nik Abduh (627) 10) Dr. Mujahid Yusuf Rawa (626) 11) Dr. Dzulkefly Ahmad (610) 12) Kamaruddin Jaafar (562) 13) Ustaz Nik Zawawi Salleh (518) 14) Dr. Syed Azman (476) 15) Dr. Riduan Mohd Noor (469) 16) Dr. Mahfodz Mohamad (449) 17) Dr. Siti Mariah (437) 18) Ustazah Nuridah Salleh (424)
Anwar Kantoi Lagi
Dalam pada konon nampak berani di Parlimen, dalam isu 40,000 pengundi Bangla, rupa-rupanya Anwar sangat khuatir jika dia terus digelar penipu, pembohong. Sudah dua hari, petugas di PKR HQ diarah memantau blog/portal yang membuat laporan mengenai isu 40,000 warga Bangla.
Yang paling mencederakan apabila Raja Petra pun tumpang sekaki. Apabila bajet yang selalu diterima ditahan, RPK sudah liar dan sukar diurus oleh Anwar. Nak buat macamana.
Anwar mahu isu ini jika boleh ditutup seberapa segera. Tidak kisah dengan cara apa pun.
Kalau mengikut suasana semasa, Muktamar PAS boleh dijadikan alat untuk tutup isu. Anwar tak kisah jika namanya dikaitkan dengan beberapa tokoh sekalipun, asal jenama PENIPU itu hilang serta merta.
Anwar tak boleh nak salahkan blogger dalam isu ini. Semua ikut rentak dia. Kalau Anwar sebut ada pembohongan, blogger ikut sahaja.
http://penpasksgb.blogspot.com/2013/05/mas-nafi-angkut-pengundi-hantu-pada.html
“Malaysia Airlines telah dan akan sentiasa menjadi syarikat penerbangan berintegriti dan oleh itu kami tidak lagi akan bertolak ansur terhadap dakwaan tidak berasas terhadap kami dan kami akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk melindungi kedudukan kami,” katanya dalam sidang akhbar di Akademi Malaysia Airlines di Petaling Jaya semalam.
Beliau berkata MAS mengadakan penerbangan sewa khas komersil untuk membawa pengundi pulang ke kawasan mereka agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. “Ini adalah penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur ke empat destinasi iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Sibu serta pengundi dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur,” katanya.
http://www.mole.my/content/air-asias-fernandes-denies-phantom-voters-were-flown-vote
Air Asia Group CEO Tan Sri Tony Fernandes has dismissed rumours that the government had chartered flights from Sabah and Sarawak to the peninsula for a group of foreigners in order for them to vote for Barisan Nasional.
Fernandes in his tweet wrote, “Every person that came on the flight was a Malaysian mostly Sabahans living in JB. My staffs said mostly are families.”
“From visible checks as, all were Malaysians. I repeat 478 all Malaysians. No foreigners. No naturalised foreigners.”
Fernandes also wrote that it was no issue at all to get Bersih and Pakatan Rakyat leaders to check on the allegations after a Twitter user with the tweethandle @esKahn made the suggestion to Fernandes.
@esKahn wrote, “For greater transparency, how about allowing official reps from Bersih and PR to check?”
To that, Fernandes said, “No issue at all. Ambiga (Bersih chairman Datuk Ambiga Sreenevasan) can come herself.”
Bajet Selangor Lebih Kemas Berbanding Bajet ‘Wawa’
Kenaikan Pangkat Media Prima: Prestasi Atau Simpati?
Media Prima Berhad (“MPB” or “the Group”), Malaysia’s largest integrated media group today announced several key senior management appointments within the Group effective 19 November 2013. These appointments are:
Datuk Ahmad A. Talib, aged 62, will assume the role of Group Advisor, Corporate Social Responsibility (CSR) tasked to spearhead the Group?s CSR initiatives in line with MPB’s business objectives. He will focus on the Group’s CSR activities and initiatives, thus relinquishing his editorial responsibilities.
Datuk Shaharudin Abd. Latif, aged 55, is appointed as Director, News and Editorial Operations MPB, succeeding Datuk Ahmad A. Talib. He will lead the news and editorial operations across the Group assuming the role vacated by Datuk Ahmad A. Talib. Prior to this new appointment, Datuk Shaharudin was the Group Managing Editor, News and Current Affairs, MPB Television Networks.
Datuk Mohd Ashraf Abdullah, aged 46, is promoted to the role of Group Managing Editor, News and Current Affairs, Television Networks succeeding Datuk Shaharudin. Prior to this appointment, Datuk Mohd Ashraf was the Deputy Group Managing Editor, News and Current Affairs, MPB Television Networks.
Datuk Manja Ismail, aged 52, has been re-designated to the position of Deputy Group Managing Editor, News and Current Affairs, Television Networks succeeding Datuk Mohd Ashraf. Datuk Manja was previously Group Editor, News and Current Affairs, MPB Television Networks
Dato’ Zainul Arifin Mohammed Isa, aged 51, has been re-designated as Chief Executive Officer, Media Prima Digital and will oversee the operations of MPB’s digital media units. Prior to this appointment, Dato’ Zainul was the Chief Operating Officer for Media Prima Digital.
——————————————————–

Walaupun ramai yang kecewa dengan prestasi MPB, khususnya sewaktu PRU, sebab kabel mereka kuat, maka dapatlah mereka mengekalkan kedudukan masing-masing.
Ketegasan Susilo Dalam Isu Risikan
http://www.theguardian.com/world/2013/nov/19/indonesian-president-accuses-tony-abbott-belittling-spy-revelations
The Indonesian president, Susilo Bambang Yudhoyono, has accused Tony Abbott of “belittling” Australia’s attempts to tap his phone and those of other senior Indonesian politicians.
Tweeting in Bahasa on his official account, Yudhoyono said: “I regret the Australian PM statement belittling the phone-tapping in Indonesia without feeling guilty. We are reviewing a number of co-operation agendas because of the damaging Australian behaviour … The action by the US and Australia is damaging the strategic partnership with Indonesia, a democratic nation.”
The Australian prime minister has refused to apologise for, or even talk about, the revelations of attempted spying against Indonesia revealed on Monday by Guardian Australia and the Australian Broadcasting Corporation, saying to do so was not in the interests of the bilateral relationship.
On Tuesday Abbott continued to insist it was in the best interests of the bilateral relationship for him not to comment, though he acknowledged this was “obviously not the best day” in Australian-Indonesian relations.
—————————–
Yang peliknya, pentadbiran DSN belum buat apa-apa kenyataan pun. Kalaupun ada, hanya statement Abang K Pop Shabery Cheek bahawa sistem di Malaysia berada di bawah kawalan yang baik.
Abang K Pop Shabery kena tahu, Indonesia mempunyai kemampuan risikan dan ketenteraan yang lebih solid berbanding Malaysia. Itupun, mereka menzahirkan rasa tidak puas hati dalam isu risikan.
Atau kerana DSN dan DSJJ sudah menjadi immune dan tidak kisah jika talian telefon mereka dirisik oleh orang asing? Tidak ada masalah langsung?
http://anwaribrahimblog.com/2013/11/18/anwar-flays-najib-for-continued-silence-over-us-spy-network/
Bila Anwar guna isu sama untuk sindir DSN, ada tak orang yang respon. Atau kalangan pakar komunikasi di PMO seronok senang lenang sebab baru dinaikkan pangkat ke JUSA B. Peduli apa kalau orang nak risik pun.
Hudud Kelantan – DIAM dan Jangan Bersuara!
Arahan ini sangat jelas, dan semua pemimpin mesti akur dengan arahan ini. Tidak ada orang yang boleh respon dengan isu HUDUD ini, kecuali Syeikh Anwar al-Pauhi. Imam besar Pakatan Rakyat.
Arahan ini kita boleh faham. Jika Kelantan laksana HUKUM HUDUD, dengan sendirinya Pakatan Rakyat akan terbogel. DAP pasti meminta agar parti tersebut dikeluarkan daripada PR secepat mungkin.
Anwar sudah memberitahu kepada Mahfuz, Salahuddin dan Kamaruddin Jaafar, supaya melambatkan sebarang respon daripada Pas dalam isu ini. Pakailah reason apa pun.
http://www.sinarharian.com.my/politik/kelantan-sedia-rm1j-laksanakan-hudud-1.221402
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya serius merealisasikan hukuman itu, termasuk memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014, bagi membeli dan menyiapkan prasarana berkaitan pelaksanaan hukuman itu.
Beliau mengakui atas sebab-sebab tertentu, termasuk kekangan Pusat, pihaknya sebelum ini menangguhkan sementara usaha tersebut, namun kini kembali mengerakkan kerja untuk melaksanakannya.
“Sebelum ini kita berhenti kerana lampu merah (sekatan). Kita ‘free gear’ tetapi tidak matikan (enjin) kereta, oleh kerana lama sangat, jadi kita intai kalau-kalau polis tiada. Sekarang kita akan teruskan dengan harapan polis tidak sekat.
Kalau Pas ambil keputusan untuk laksana Hudud, apakah kita akan menyaksikan terkuburnya PR?
Orang Melayu dan Keberhalaan Politik
Anwar Ibrahim adalah contoh bagaimana pemimpin yang diangkat seperti berhala politik akan menjahanam parti. Anwar, pada tempoh hebatnya, adalah BERHALA kepada orang Melayu/UMNO. Berhala sebab Anwar ada segalanya. Ada pakej. Ada duit. Ada pengaruh.
Pada ketika ini, UMNO sedang berada dalam fasa baru politik berhala. Politik sembah hormat dan akur.
Dua nama yang hampir menyamai kehebatan Anwar adalah Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin. Dua nama ini sudah membina empayar dalam UMNO. Empayar yang dibina berdasarkan kekuatan ongkos, fulus dan wang.
Terus terang, kita akan kembali kepada zaman itu. Zaman apa yang Anwar suarakan itu adalah benar dan maksum. Tak boleh salah. Dia adalah segalanya kepada orang Melayu.
Hari ini, Zahid Hamidi sudah sampai ke tahap yang sama. Hari ini, hampir 60 orang agen politik Zahid sedang bersuka ria di London. Membeli belah di Harrod. Berjalan di Oxford Street. Ditemani oleh gadis Kaukasia di beberapa bar di London. Syukur. Rezeki mereka.
Balik nanti, mereka perlu berfikir bagaimana memastikan Muhyiddin meletakkan jawatan awal daripada jadual. Kepimpinan Muhyiddin pun kelihatan lesu dan lemah. Tak ada arah. Melawat anak di USA pun menggunakan wang kerajaan, sambil kononnya mengadakan lawatan berjumpa students. Zahid sedang kumpul isu.
KJ pun meniti jalan sama. Apa KJ cakap adalah benar belaka. KJ jika ditegur, maka akan bertempiaranlah monyet politik untuk mempertahan bos mereka.
Kepimpinan Anwar, Zahid dan KJ diasaskan oleh sumber kewangan. Jika Abrar menjadi banker Anwar, Zahid dan KJ juga ada banker sendiri. ECM Libra jadi banker KJ. Kali jadi PR Officer.
Jika inilah mentaliti orang Melayu, tak hairan bagaimana Harun Mat Saat @ Tuhan Harun boleh collect sampai 200 juta dan tinggal di rumah mewah. Dalam UMNO, kita tak ada Tuhan Harun. Yang ada, Tuhan Zahid dan Tuhan KJ.
Dengan duit ratusan juta, tak mustahil Tuhan Harun masuk bertanding jawatan tertinggi pemilihan akan datang. Lengkap. Tuhan Zahid. Tuhan Harun. Tuhan KJ. Maju UMNO.
Waythamoorthy Patut Letak Jawatan
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/11/11/emulate-indian-pm-waytha-tells-najib/
Hindraf today called on Prime Minister Najib Tun Razak to emulate his Indian counterpart Manmohan Singh by boycotting the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) in Colombo.
Hindraf chairman and Deputy Minister P Waythamoorthy said Najib should heed the international Tamil community’s call to bypass the commonwealth summit in solidarity with the Malaysian Indian community.
“Indian grassroots sentiments want Malaysia to boycott CHOGM. The Prime Minister should appreciate their sentiments and follow the footsteps of Manmohan Singh,” Waytha told FMT here today.
This is the first time a member of Najib’s administration has called on the premier to boycott the 53-nation CHOGM summit, hosted by Sri Lanka from Nov 15-17.
Indian grassroots sentiments ini siapa sebenarnya Waytha? Dua puluh orang India ultra dalam Hindraf? Kawan-kawan Waytha yang pekena todi? Budak-budak India kedai makan di Tun Sambanthan? Atau budak-budak gangster:-
1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
Jangan main suka serkap grassroots sentiments. Kena bercakap ikut fakta. Cuba Waytha beritahu rakyat apa sumbangan dia setakat ini? Atau Waytha hanya makan gaji buta dan seronok-seronok di JPM?
PM tak perlu dengar cakap Waytha ini. Elok biar dia letak jawatan.
Maklum Balas Pembaca