Archive for November 4, 2013
Anwar vs. Mahathir?
Bukan main lagi banyak blog pembangkang yang menggunakan argument sama. Pada mereka, apa yang terjadi di Sungai Limau bukan sangat soal PAS lawan UMNO. Mereka mahu brandingkan sebagai Anwar lawan Mahathir.
Kita tidak boleh nafi, memang ramai yang hadir sewaktu Anwar turun ke sana. Tapi seperti biasa, kita tahu, UTARA adalah medan politik Anwar. Berapa banyak kereta dari Permatang Pauh, Kepala Batas, Seberang Perai yang turun ke Sungai Limau. Memang diarahkan untuk memberi sokongan.
Berdasarkan analisa di bawah, petang semalam, kehadiran Tun Mahathir tidak membawa pertambahan pengundi langsung. Malah ada PDM yang mencadangkan agar Tun Mahathir tidak payah turun langsung. Bukannya apa, mereka tak mahu imej baik Mukhriz tercalar dengan ucapan Tun yang kadangkala tidak boleh dikawal.
Orang Melayu di Kedah tidak percaya sangat dengan Tun Mahathir. Mukhriz mereka beri markah simpati sedikit. Tetapi tidak kepada Tun.
Ayat yang mereka beri mudah sahaja: ‘apa dia buat untuk Kedah sewaktu dia jadi Perdana Menteri?’.
Kalau ada pun, pembangunan di Langkawi. Itu sahaja.
Ini ayat orang kampung yang terpaksa kita telan dan terima. Memang pahit. Tetapi wajar untuk sedarkan kita.
Setakat malam tadi, memang susah nak menang. Susah. Tapi kalau menang, memang sebab imej Mukhriz yang kelihatan disenangi oleh orang kampung.
Kehadiran Anwar pun tidak menambah undi.
Sudahnya, Mukhriz menentang Mahfuz juga. Kalau kalah di Sungai Limau, Mahfuz punya nyawa politik pun hampir berakhir.
Maklum Balas Pembaca