Archive for November 6, 2013
Hati-Hati Permainan DERHAKA POLITIK
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menerima tamparan hebat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremmy Malajad mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Anak kelahiran Kampung Tengkurus itu berkata, keputusan itu dibuat demi memastikan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu memenuhi segala keperluan rakyat.
Katanya, kemenangan BN dengan majoriti melebihi dua pertiga di peringkat DUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu membuktikan rakyat Sabah mahu parti itu memimpin negeri bagi memastikan pembangunan lebih baik dapat dicapai pada masa hadapan.
Sehubungan itu, beliau yang bertekad mahu menjadi seorang pemimpin memenuhi segala keperluan rakyat, melihat BN adalah sebuah parti yang mampu melaksanakan permintaan rakyat dengan baik.
“Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dan memiliki kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air bersih dan klinik desa.
Blog ini turut berkongsi kegembiraan dengan apa yang berlaku di Sabah. Nampak jelas, kepimpinan Musa Aman semakin kuat di sana.
Namun kita harus berhati-hati dengan permainan berpaling tadah ini. Kepada yang kenal dengan wakil rakyat PKR (secara khusus) yang baru, mereka ini memang jenis lapar duit dan peruntukan. Marah kalau tidak diberikan bajet yang cukup untuk menjaga kawasan.
Menurut seorang rakan PKR HQ, demand RM2 juta setiap 3 bulan ini bukan perkara baru. Kalau ikut kiraan biasa, RM8 juta setahun. Kalau 5 tahun sudah berapa itu bah?
Anwar memang kenal sangat dengan permainan politik Sabah. Duit adalah segala-galanya. Kalau tidak ada duit, sokongan pun lebur.
Bayangkan kalau 7 ADUN PKR yang ada. RM8 juta setahun seorang. Memang tertanggal seluar dalam dibuatnya.
Harap BN Sabah lebih hati-hati dengan permainan ini. Ada juga khabar, 2-3 orang lagi akan bermain permainan sama. Sebab? Mahukan peruntukan yang akhirnya digunakan untuk pemantapan PKR di Sabah. Demand mereka ini boleh tahan.
Kena hati-hati dengan game lompat ini.
Maklum Balas Pembaca