Archive for November 7, 2013
Ranking Ahli Parlimen BN Pada Mata PKR
Mereka nak teliti, siapa di kalangan Ahli Parlimen BN yang mempunyai persediaan dan kemampuan untuk terus bersaing dengan mereka dalam bentuk hujah dan pandangan balas. Setakat malam tadi, mesyuarat khas yang dijalankan hanya menyenaraikan beberapa nama yang mereka anggap ada potensi memberi masalah kepada pembangkang.
Majoriti ahli parlimen BN masih di bawah markah lulus. Jauh. Malah ada ahli parlimen yang hanya dianggap sebagai pembaca berita, kerana hanya membacakan teks yang disediakan junior officer.
Antara nama yang agak digeruni oleh pembangkang pada ketika ini:-
– YB Johari Ghani (Titiwangsa)
– YB Bung Mokhtar (Kinabatangan – tidak banyak points, tetapi lantang)
– YB Johor Bharu
– YB Kalabakan (tidak banyak points – tetapi berpengalaman)
– YB Putatan
– YB Masjid Tanah (baru – tetapi banyak fakta)
– YB Pengerang
– YB Setiawangsa (jarang bercakap, tetapi agak reformis dalam pandangan)
Mereka yang di bawah par, pada pandangan pembangkang:-
– YB Kuala Selangor (jauh, perbahasan tahap budak universiti)
– YB Sekijang
– YB Kota Tinggi
– YB Rompin (selalu ponteng)
Secara keseluruhan, masih banyak dilakukan oleh BN kalau nak berlawan hujah dengan pihak pembangkang. Perlu didedahkan kalangan YB dengan kaedah perdebatan berkualiti.
Maklum Balas Pembaca