Archive for Disember, 2013

Nampaknya Najib akan bercuti dengan keadaan risau dan kurang tenang. Macam-macam isu domestik yang belum settle. Protes. Rasuah. Bom Rafizi. Kenaikan harga barang. Kebodohan bersiri Pak Menteri. Semuanya memang memeningkan. Ada Timbalan pun, macam tak ada.
Najib perlu fikir diri sendiri sekarang ni. Tak payah nak sentimental sangat dengan Timbalan.
Gerak dan ambil tindakan. Tengok macam Erdogan, kalau Erdogan berani ambil tindakan kepada perasuah, apa kurangnya Najib. Mulakan dengan satu Kementerian/Menteri/SUPOL/SUA/SUSK dahulu.
Tak payah simpan orang yang hanya tahu kumpul SHOEBOX MONEY.
Ek eleh, buat tak tahu? Semua Menteri UMNO tahu dengan skill SHOEBOX MONEY ini. Konon beri hadiah kasut kepada Menteri/SUPOL/SUA/SUSK. Tapi sebenarnya duit penuh dalam kotak? Ingat?
Yang paling handal bab SHOEBOX MONEY ini adalah Tan Sri Nor. Dia cukup handal. Tanya macamana Hasbie kena tahan dulu? Shoebox money lah tu. Norza pun handal bab ini.
Dalam pentadbiran Najib, skill sama pun digunapakai di banyak kementerian. Ramai SUSK/SUPOL yang main skill sama. Jangan tipu.
Parallel State
Di Turki, istilah yang digunapakai adalah parallel state. Ada kerajaan dalam kerajaan. Kerajaan yang guna duit.
Kalau Najib nak naikkan semula rating, mula dengan ambil tindakan tegas dengan gejala shoebox money ini. Mulakan sekarang. Start dengan Kementerian Pelajaran.
Tiga Menteri Erdogan letak jawatan:-
- Mr Bayraktar, Economy Minister
- Zafer Caglayan
- Interior Minister Muammer Guler quit after their sons were taken into custody.
All three deny any wrongdoing.
Police are investigating allegations of illicit money transfers to Iran and bribery for construction projects.
All three ministers had appeared with Mr Erdogan in front of a crowd of supporters on Tuesday night on his return to Esenboga airport in Ankara from a trip to Pakistan.
Kalau nak susun anak Menteri di Malaysia yang rasuah. Tak cukup penjara. Tanya Muhyiddin, dia tahu. Bukan setakat anak, menantu pun kaki sakau.
PMO CAG kena cadangkan perkara ini. Barulah rating Najib naik mencanak.
Disember 30, 2013 at 11:01 am

Blog ini ingin ucap tahniah di atas terwujudnya apa PMO CAG ini. Memang diperlukan. Patutlah dalam seminggu dua ini komunikasi kerajaan nampak solid dan mantap. PMO CAG lah yang mencadangkan Menteri KPDNKK hadir di Maharajalawak Mega. Nyata berjaya.
PMO CAG ini memang high powered. Gila babi punya high powered. Diketuai oleh seorang pegawai kanan PMO yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke tahap Jusa B walaupun tidak perform sepanjang masa.
PMO CAG jugalah yang telah melantik Ahmad Maslan sebagai Chiep Spokeperson kepada isu-isu ekonomi dalam dan luar negara. Ahmad Maslan yang mempunyai sejarah akademik yang mantap, memang mempunyai kepakaran yang luar biasa. Kalau Tun M bercakap tentang pelesit dan polong, Ahmad Maslan mempunyai kuasa luar biasa menangkap pelesit dan polong hanya dengan membuka mulut.
PMO CAG jugalah yang telah mewujudkan satu War Room Super Mewah Ala Caesar Palace di Jalan Semantan. Siap ada cigar room. Memang mantap.
PMO CAG jugalah yang sedang menyiapkan strategi PRU14 yang akan datang. Dengan bajet yang cukup murah…sekitar setengah bilion.
PMO CAG jugalah yang sedang membawa masuk lebih ramai penasihat media British ke Malaysia. Kalau dulu kita risau tentang risikan Amerika, kita tidak segan silu membawa ejen risikan ala James Bond ke PMO. Ini memang terbaik.
PMO CAG jugalah yang mencadangkan berita PM menunaikan umrah sebagai tetamu negara dilambak dalam suratkhabar.
PMO CAG jugalah yang sedang menangani isu TURUN 31 Disember 2013 ini. Setakat ini, memang mantap. Ribuan laporan Polis akan dihantar menjelang hujung minggu ini, semuanya disusun oleh PMO CAG.
Kita ucapkan selamat bertugas kepada PMO CAG. Anda hebat.
tambahan: minta PMO CAG rujuk majalah Economist, mukasurat 108. Antara yang dikatakan adalah akan berlaku CROSS BENCH dalam tahun 2014 ini. Bermakna, majalah antarabangsa ramal Anwar akan melakukan coup di dalam Parlimen pada 2014. Unhappiness among coalition partners and BN small majority dikatakan jadi punca. Apa kata PMO CAG?
Disember 28, 2013 at 4:04 pm
http://www.nst.com.my/latest/idris-jusoh-school-based-assessment-module-upgraded-with-latest-technology-1.435828
The Education Ministry has upgraded the school-based assessment (PBS) module using the latest Java and HTML 5 technology in order to resolve the issue of slow and inaccessible servers.
Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh told the Dewan Negara today that the ministry had adopted a new approach by introducing capacity-on-demand for the PBS data centre, which would allow the processing capacity of the server to be increased when needed.
“Users will no longer face the problem of inaccessible or slow servers and auto log-out issues with the application. This will ease the work of teachers, who had previously complained about the execution of the PBS module,” he said when answering a question from Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah on the action taken by the ministry to enhance the school-based assessment module and internet connectivity at schools nationwide.
——————————————————————–
Satu perkara paling tepat yang dibuat oleh Najib Razak selepas PRU yang lalu adalah melantik Idris Jusoh di Kementerian Pelajaran. Bagi memberikan leverage kepada Idris Jusoh, Kementerian Pengajian Tinggi disatukan dengan Kementerian Pelajaran, sekaligus memantau permainan para pegawai Muhyiddin Yassin yang menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan diri.
Bukan rahsia, di MoE, pegawai Muhyiddin jadi taiko besar kepada pemberian projek – daripada tender makanan hinggalah kepada pengawal keselamatan di sekolah.
Cakap-cakap di MoE, pegawai Muhyiddin, waima di peringkat Setiausaha Akhbar pun menikmati komisen besar setiap bulan. Belum termasuk para pegawai lain yang lebih senior.
Lebih menarik, kedudukan di Pejabat TPM juga digunapakai sebagai alasan mengaut kekayaan dan keuntungan berlipat kali ganda. Sampai tender menyediakan lif di kementerian lain juga ditentukan di Pejabat TPM.
Ramai kalangan guru muda selesa dengan Idris Jusoh. Kata mereka, inilah antara Menteri yang ada substance untuk bercakap soal pendidikan. Berbanding Menteri sendiri, yang sebenarnya tak ada langsung jiwa sebagai pendidik.
Satu perkara yang Idris Jusoh cukup takut dan mahu jauhkan adalah bercakap soal procurement 1Bestarinet yang dirasakan sangat merisaukan. Idris Jusoh kalau boleh tidak mahu terlibat langsung dengan perkara ini. Katanya, kalau projek ini dilakukan audit secara teliti, ada orang tertentu yang akan terjerat.————————————————-
Six companies are in the running for the RM1.5bil five-year contract to provide Internet access and a virtual learning module (VLM) platform for the 9,924 schools in the country under the 1Bestarinet project, sources said.
The six are said to be Celcom Axiata Bhd, Jaring Communications, Maxis Bhd, YTL Communications, Multimedia Synergy Corp and bothTelekom Malaysia Bhd/Time dotCom Bhd, which submitted a joint bid.
The access job comes with an option to extend the contract period for another five plus five years, totalling 15 years, and this would include installation, maintenance and provision of a VLM.
Though the Government is looking at RM4.5bil as the absolute sum for the 15-year contract, those in the know claim the bids received thus far ranged from RM2bil to RM6bil. At RM4.5bil, it works out to RM1.5bil for every 5 years or RM300mil for each year.
————————————————-
Bila YTL mampu mengenepikan beberapa GLC milik kerajaan. Sendiri mahu ingat permainan apa yang ada di MoE.
Nasib baik ada Idris Jusoh.
p/s: blog ini nak dedahkan gambar taiko besar di MoE satu hari nanti.
Disember 27, 2013 at 12:20 am

Semalam bukan main kecoh juga di HQ PKR apabila seorang budak intern memberikan laporan kononnya Malaysia tidak berpotensi menjadi negara kacau bilau pada tahun 2014. Budak intern yang mentah itu begitu yakin, dia dapat menarik perhatian Anwar dengan laporan kononnya Malaysia tidak berada di dalam senarai negara kacau bilau.
Gegak gempita HQ PKR apabila Anwar menyalahkan kebodohan INTERN tersebut sebagai tanda budak itu tidak layak bekerja dengan PKR.
Laporan EIU menyebut bahawa Malaysia berada di dalam kumpulan LOW RISK untuk berlaku kekacauan pada tahun hadapan.
Anwar kemudiannya berceramah tentang keperluan HQ PKR menjadi pemangkin bagi memastikan Malaysia kacau bilau. Itu tugas utama kita di sini, jerit Anwar.
Kalau tidak ada kacau bilau, kita mesti cetuskan kacau bilau. Sebab itu kita buat segala macam anti-GST, anti tol dan sebagainya.
Budak intern itu termenung panjang.
Berdasarkan laporan EIU, antara negara yang berada di dalam kategoru HIGH RISK adalah: Argentina, Bahrain, Bosnia, Egypt, Iraq, Lebanon, Nigeria, Yemen dan Uzbekistan.
Laporan EIU menyebut Malaysia berada seiring dengan negara lain:-
- Australia
- Canada
- Chile
- Germany
- Hong Kong
- New Zealand
- Singapore
- Taiwan
- USA
Anwar mahu situasi ini dirubah. Malahan, dalam tempoh setahun dua, Anwar mahukan negara Malaysia berada di kumpulan HIGH RISK atau VERY HIGH RISK.
Inilah yang dijadikan kayu ukur keberkesanan gerakan PKR dalam setahun dua ini.
Sebab itu apabila Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat) menjadi Timbalan Presiden MTUC, Anwar cukup gembira dan happy. Abdullah Sani adalah contoh ahli parti yang berkesan mencari pengaruh yang tidak pernah difikirkan oleh kerajaan.
MTUC akan menajdi pemangkin kepada pencetus kacau bilau dalam masa setahun dua ini.
Disember 23, 2013 at 11:49 am

Pembangkang akan mengadakan konvensyen pendidikan pada hujung minggu ini. Menarik. Khabarnya ramai juga pemimpin pembangkang yang akan turun untuk berkonvensyen.
Nurul Izzah dan ramai lagi pimpinan akan hadir untuk memberikan pandangan mengenai suasana pendidikan.
Kita perlu mengakui, sistem pendidikan Malaysia di bawah kepimpinan Mahyuddin Yassin memang sedang menjunam teruk. Tiada fokus. Gelabah. Kelam kelibut. Semua ini akan dibentangkan oleh pembangkang. Habis data PISA dan TIMMs akan dibawa masuk dalam konvensyen ini.
Menurut sumber, konvensyen ini akan diadakan di Telekom Malaysia, Bangsar. Hebat bila GLC kita sendiri sudah BERANI secara terbuka mengadakan konvensyen untuk mengutuk kerajaan yang mereka nikmati gaji jutaan ringgit.
Dalam pada kita marah kepada TNB, rupanya permainan politik Zamzairani pun boleh tahan. Sudah berani bawa Izzah, Anwar ke bangunan TM. Macam ini barulah hebat. Terbuka.
Sementara Mahyuddin dan kalangan pegawai kanannya yang kaya raya berada di merata dunia bercuti, pembangkang ambil masa untuk membelasah sistem pendidikan. Elok sangatlah tu.
Tahniah TM. Secara terbuka menyambut agenda pembangkang. Tahniah TM. Secara terbuka mahu menjadi platform menjahanamkan lagi imej kerajaan Najib. Alang-alang menyeluk pekasam; biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang kutuk kerajaan, biar depan-depan.
Disember 20, 2013 at 11:37 am
BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said the BN constitution should be amended so that all decisions can be made using a majority vote against the consensus system practiced now.
“If a coalition party does not agree to a proposal then it will not be pursued.
“I, as the BN Secretary suggest that BN review and amend the BN Constitution by using a simple majority, I have informed Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is also BN chairman, of this matter,” he said after the launch of the 21st General Assembly of the All Malaysian Indian Progressive Front Party (IPF) in Seri Kembangan, near here, today.
Tengku Adnan said this in response to a request by IPF president Datuk M.Sambanthan in his speech at the party gathering that BN receive IPF as a component party.
Meanwhile, Sambanthan said other BN component parties will sideline IPF if it is not accepted as a BN component party thus hampering efforts by the party to campaign well in the next election.
Sampai bila Ku Nan nak kencing masyarakat India di dalam IPF bahawa mereka akan dibawa masuk ke dalam BN. Tiap-tiap tahun Ku Nan akan menjanjikan benda sama. Dan ahli IPF pun akan melompat kegembiraan dengan kenyataan Ku Nan.
Tak ke malu bila kenyataan balas dikeluarkan oleh komponen lain. Lepas tu? Buat muka bodoh?
Ku Nan ini sebenarnya semakin tak relevan dalam politik negara. Kebodohan demi kebodohan, dan onani politik yang Ku Nan buat ni buat orang menyampah sebenarnya.
Disember 18, 2013 at 11:19 am
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/19/Umno-Polls-Saifuddin-Temerloh.aspx
Former Temerloh MP Datuk Saifuddin Abdullah looks to be among the biggest losers in Saturday’s party elections.
After losing in his bid to be Temerloh Umno division deputy chief, Saifuddin, who lost his parliamentary seat in the May general election, could only garner 11 votes as of 10.30pm in the race for a supreme council seat.
That has placed him in 40th position among the 62 candidates.
In a tweet on Saturday, Saifuddin tweeted; “I congratulate Azmi Mat Ludin who has been chosen as the new Temerloh division deputy chief. I respect the choice of the delegates.”
Ahlus Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ)
Saifuddin suara yang waras dalam UMNO.
Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu memuji tindakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Beliau merujuk Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GKS pada sidang media 10 Disember lalu menyatakan takrifan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sudah memadai, tanpa perlu menetapkan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
“Saifuddin mengatakan percubaan takrifkan Islam dengan cara sebegitu adalah tidak inklusif. Mujurlah, suara kewarasan datang daripada beliau,” katanya lagi
Syiah
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.
“Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?
“Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?,” tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.
Saifuddin Pilihan Najib
Di sebalik kritikan yang kerap kepada kerajaan, Saifuddin masih lagi menikmati gaji puluhan ribu di Global Movement of Moderates (GMM). Ini adalah baby YAB PM sendiri.
Kita boleh kata lah, suara Saifuddin adalah suara kebijaksanaan dalam UMNO dan PMO. Kalau Saifuddin bersuara, itulah lambang pemikiran sebenar Najib Razak.
Habis tu, buat apa Najib letak di GMM kalau bukan nak bantu dia.
Disember 13, 2013 at 2:50 pm
Dulu, Tunku Abdul Rahman memang tak boleh dengar singkatan LKY. Mahunya dia meludah sakit hati. Mahunya tidak, LKY punya pasal lah Singapura akhirnya berpisah dari Malaysia. LKY kononnya menangis kerana tak percaya Malaysia dan Singapura akhirnya terpaksa berpisah.
Hari ini, ada cubaan kepimpinan tertinggi UMNO nak bawa masuk LKY sebagai Presiden MCA. Cubaan yang berani.
Keberanian ini datang kerana towkay ini memang banyak membantu pemimpin UMNO. Bukan sikit. Berlambak. Malahan ada kakitangan pejabat Menteri pun dibayar oleh LKY. Setakat itu rapatnya beberapa orang Menteri kanan UMNO dengan LKY. Malahan, ada keluarga Menteri kanan UMNO pun memang mendapat berkat ekonomi berpanjangan oleh LKY ini.
Lee Kim Yew
In the realm of hospitality and property development, Tan Sri Lee Kim Yew is an undisputed pioneer. Following the inception of Country Heights Group of Companies, the insightful founder with an astute business sense propelled the corporation to many pinnacles and sailed it through various storms of economic crisis. And the result is extraordinary, turning what used to be the world’s largest open-cast tin mine into a flagship development, The Mines Resort City. He is married to Puan Sri Tan Bee Hong and has five children.
Agaknya pemimpin UMNO ada kaedah nak pastikan hubungan baik UMNO-MCA akan terus terjana untuk PRU14.
Kalau LKY masuk sebagai Presiden, gaji/elaun kakitangan Pejabat Menteri pun akan terus dibayar dengan jayanya.
Kalau inilah model penambahbaikan BN, jangan sampai pengundi cina ludah sahaja bila nampak logo MCA nanti.
Kepada Menteri yang beria-ia nak bawa masuk LKY sebagai Presiden MCA. Tak serik nak khianat bangsa sendiri?
Lee Kim Yew mungkin tidak setegas Lee Kuan Yew; tapi dia lebih bijak dan pandai. Tak percaya boleh tanya Khir Toyo bagaimana Country Heights bantu Khir tadbir negeri Selangor dahulu. Handal.
Disember 12, 2013 at 11:57 am
Di kalangan ahli MT sendiri terperanjat dengan kaedah ucapan penggulungan Presiden yang dikatakan sangat buruk dan tidak sesuai dengan keadaan. Seperti biasa, suratkhabar memainkan ada kalangan mak cik depan skrin besar yang menangis mendengar ucapan Presiden UMNO.
Meneliti ucapan lama-lama Tun Razak pun, kita tidak pernah mendengar Almarhum Tun memuji, mengangkat, melambung Tun Rahah di pentas UMNO. Tak ada. Sedangkan Tun Rahah adalah seorang wanita yang jauh lebih kental berbanding isteri PM sekarang.
Itu semua kerana adab dan adat. Bukan adab dan adat Melayu melambung isteri di depan khalayak – sekaligus membuat muka manja konon ‘malam itu akan dapat habuan’. Buruk benor rupanya.
Sebenarnya, kita jangan terperanjat jika tahun hadapan, Rosmah akan diberikan peluang untuk berucap di dalam Perhimpunan Agung UMNO. Kalau mahasiswa diberikan tempat; kenapa tidak wanita pertama?
Kita wajar menunggu detik dan ketika, kalangan punahsihat media di PMO memberikan cadangan tersebut di atas landasan membodek boss. Kata mereka, apa salahnya Najib lambung isteri sendiri, sedang Obama juga byat benda yang sama. Biasa Obama memberikan kata manis terhadap isteri.
Logik itu boleh diterima. Tetapi Obama TIDAK PERNAH kata Michelle bantu dalam hubungan luar negara. Itu pantang nombor satu di DC. Tapi di Putrajaya ianya dibolehkan.
Tahun akan datang, punahsihat akan guna alasan sama. Biasa, Michelle Obama pun berucap dalam program parti.
Apa kata tahun depan Rosmah rasmi mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri. Ucapan Muhyiddin pun dah semakin membosankan. Boleh wanita pertama kongsi kejayaan yang lebih banyak kepada perwakilan.
Mungkin Penasihat Media yang dah naik Jusa B boleh buat speech.
Boleh banyak puji laki sendiri, sebab orang lain dah tak berapa nak puji.
Disember 10, 2013 at 12:02 pm
Pemenang PAU2013
1. Zahid Hamidi. Kalau ikut pada senario politik semasa, populariti Zahid Hamidi (dalam parti) melebihi Muhyiddin Yassin. Mendahului jauh. Zahid Hamidi bijak menggunakan aura jawatan untuk kepentingan politik sendiri. Sudah ada khabar angin, Zahid bersedia pada bila-bila masa untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden.
2. Khairy Jamaluddin. Bakal Naib Presiden 1 dalam pemilihan parti akan datang. Sauh politik Khairy sudah terbenam jauh ke dalam sanubari pemimpin pelapis UMNO.
3. Shahrizat. Ucapan Kak Ijat memang tak pernah baik. Tak pernah. Tapi berjaya melobi gelaran ‘Tulang Belakang’ buat Kak Ijat lebih popular. Indispensable.
4. Hishammuddin Hussein. Markah simpati naik tinggi. Lakonan yang baik. Nasihat politik yang bagus oleh beberapa orang tycoon Cina yang nakkan perwakilan rasa rindu kepada beliau. Sebenarnya sudah sihat untuk berlari pun. Tapi biasalah, anak UMNO yang manja. Semua orang kena datang kepada beliau. Markah naik.
5. Jamil Khir. Potensi untuk naik ke jawatan Naib Presiden jika ada dalam kapal yang betul.
6. Shabery Cheek. Markah kerja banjir.
7. Fathul Bari. Bintang bersinar untuk UMNO. Jika dihadiahkan beberapa projek dalam masa terdekat, mampu pergi lebih jauh.
8. Khairul Azwan Harun. Bijak. Pandai ambil peluang.
9. Datuk Rauf SUK – kaya dan terus kaya.
Pengalah PAU2013
1. Shapie Apdal. Tak membawa kesan apa-apa. Kalau tidak kerana projek kecil KKLW, dah lama ke parit.
2. Azizah Dun. Mak Dara yang tak tahu apa nak buat dalam parti.
3. Mas Ermieyati. Biggest failure dalam PAU2013. Ucapan pun minta orang lain buat. Mengaku pulak tu. Konon sibuk ke Belgium. Poyo.
http://zamkata.blogspot.com/2013/12/kepimpinan-puteri-umno-yang-tidak.html
4. Zahida Zarik. Harapkan lawa sahaja. Idea tak ada. Failed.
5. Ucapan Presiden. Paling teruk dalam sejarah.
6. Muhyiddin Yassin. Elok letak jawatan sahaja. Tak ada idea. Habiskan penggal ini untuk menyusun kakitangan dan ahli keluarga menambah kekayaan.
7. Ibdillah. Pengerusi #lifestyle Pemuda UMNO. Hancussssss..
8. Irmohizam. Tak ada idea. Sangap.
9. Shapee Abdullah – antara ucapan paling bangang dalam PAU2013.
10. Musa ‘Melayu’ – hancusss…
11. Afandi Zahari – bodek tahap dewa. Failed.
12. MT Lantikan Yang Lain. Tak ada peranan. Sekadar tayang baju dan sampin mahal.
Disember 9, 2013 at 12:57 pm
Kiriman Terdahulu
Maklum Balas Pembaca