Archive for Disember 4, 2013
Tiada Jalan Lain. Khalid Flip-Flop.
Kepemimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyarankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkaji semula kenaikan gaji semua wakil rakyat di negeri itu.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Abdul Khalid perlu memikirkan semula tindakannya kerana ia menimbulkan pelbagai reaksi negatif.
“Walaupun kami mengetahui kecaman daripada Barisan Nasional (BN) adalah tidak munasabah kerana mereka mendiamkan diri mengenai kenaikan di Sarawak, rasuah serta pembaziran, namun membesarkan isu Selangor.
“Tetapi atas kepekaan terhadap teguran rakyat, kami memutuskan untuk meminta MB dan Kerajaan Selangor menimbang semula dan mengkaji keputusan itu serta mengurangkan kepada kadar yang berpatutan.
“Secara prinsipnya kami setuju jumlah amaun harus dikurangkan sebelum ia dilaksanakan tahun depan. Kita harap MB boleh menggunakan kebijaksanaannya dalam perkara ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR.
Yang paling naik angin nanti sudah tentulah Adinda Faekah yang sudah menyusun kenaikan gaji ini buat sekian lama. Kalau setakat Azmin, Faekah boleh anggap seperti SARKIS. Tapi Anwar.
Katanya Pejabat MB sedang bermesyuarat untuk mengurangkan gaji seperti yang dicadangkan di dalam sidang DUN.
Nampaknya Khalid tak boleh tahan dengan tekanan ini. Flip flop lagi.
Maklum Balas Pembaca