Archive for Disember 10, 2013
Punahsihat @ PMO
Di kalangan ahli MT sendiri terperanjat dengan kaedah ucapan penggulungan Presiden yang dikatakan sangat buruk dan tidak sesuai dengan keadaan. Seperti biasa, suratkhabar memainkan ada kalangan mak cik depan skrin besar yang menangis mendengar ucapan Presiden UMNO.
Meneliti ucapan lama-lama Tun Razak pun, kita tidak pernah mendengar Almarhum Tun memuji, mengangkat, melambung Tun Rahah di pentas UMNO. Tak ada. Sedangkan Tun Rahah adalah seorang wanita yang jauh lebih kental berbanding isteri PM sekarang.
Itu semua kerana adab dan adat. Bukan adab dan adat Melayu melambung isteri di depan khalayak – sekaligus membuat muka manja konon ‘malam itu akan dapat habuan’. Buruk benor rupanya.
Sebenarnya, kita jangan terperanjat jika tahun hadapan, Rosmah akan diberikan peluang untuk berucap di dalam Perhimpunan Agung UMNO. Kalau mahasiswa diberikan tempat; kenapa tidak wanita pertama?
Kita wajar menunggu detik dan ketika, kalangan punahsihat media di PMO memberikan cadangan tersebut di atas landasan membodek boss. Kata mereka, apa salahnya Najib lambung isteri sendiri, sedang Obama juga byat benda yang sama. Biasa Obama memberikan kata manis terhadap isteri.
Logik itu boleh diterima. Tetapi Obama TIDAK PERNAH kata Michelle bantu dalam hubungan luar negara. Itu pantang nombor satu di DC. Tapi di Putrajaya ianya dibolehkan.
Tahun akan datang, punahsihat akan guna alasan sama. Biasa, Michelle Obama pun berucap dalam program parti.
Apa kata tahun depan Rosmah rasmi mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri. Ucapan Muhyiddin pun dah semakin membosankan. Boleh wanita pertama kongsi kejayaan yang lebih banyak kepada perwakilan.
Mungkin Penasihat Media yang dah naik Jusa B boleh buat speech.
Boleh banyak puji laki sendiri, sebab orang lain dah tak berapa nak puji.
Maklum Balas Pembaca