Anwar Bukan ‘Statesman’ Tulin

Januari 29, 2014 at 11:16 am 3 comments

Kalau Anwar seorang yang mempunyai jiwa besar dalam politik, meletakkan diri sendiri sebagai calon, sekaligus mengatur jalan untuk menjadi MB membuktikan dia bukannya seorang ‘statesman’.
Seorang ‘statesman’ akan mendahulukan orang lain. Membuka ruang untuk rakan untuk naik dan maju ke hadapan.
Sebenarnya, kalau mengikut hukum akal politik yang ada adab, Anwar seharusnya meletakkan orang lain sebagai calon di DUN Kajang. Ini kalau ikut akal yang waras. Integriti dan nama baik parti mesti diutamakan. Perjuangan Keadilan tidak boleh dipusatkan kepada seorang individu.
Jika Anwar seorang ‘statesman’ yang matang, seharusnyalah dia melakukan perkara yang lebih baik berbanding meletakkan dirinya sendiri di Kajang. Antara yang boleh dilakukan oleh seorang ‘statesman’ tulin yang matang:-

  • Kalaupun Lee perlu letak jawatan sebagai ADUN; dia perlu diganti oleh orang yang lebih muda dan berpendidikan. Barulah ada wajah dan sentuhan reformasi. Ini tidak. Muka lama. Muka yang tercalar hodoh dengan macam-macam cerita peribadi.
  • Sebagai statesman, Anwar patut beri amaran kepada PKR, jika tak selesai isu dalaman – PKR akan beri MB kepada PAS, atas nama pakatan politik sebenar. Mesti ada pembetulan dalaman.
  • Jika Anwar seorang ‘statesman’, inilah peluang nak beri tempat kepada orang baru. Ramai orang muda dalam PKR. Anas Alam Faizli, Nurul Nuha.
  • Anwar akan dapat markah politik lebih tinggi jika meletakkan Ambiga sebagai ADUN Kajang. Beri dia tempat. Letakkan sebagai EXCO Negeri dan kaji semula undang-undang yang dirasakan problematik.
  • Anwar patut buat pendirian sama sekali tidak mahu jadi MB. Tugas sebagai Ketua Pembangkang cukup berat.
  • Anwar patut beri Khalid Ibrahim lebih masa. Setahun untuk buat pembetulan. Barulah adil.
  • Sebagai ‘statesman’, tak patut Anwar telanjangkan Azmin sampai begini sekali. Timbalan Presiden tertanggal maruah dan harga diri.

Apa yang Anwar buat di DUN Kajang adalah satu usaha menjahanam semangat reformasi yang tertulis dalam Deklarasi Permatang Pauh pada tahun 1998.

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu; Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Entry filed under: ANWAR IBRAHIM, Dato Seri Anwar Ibrahim, PKR, PKR Selangor. Tags: , , , .

PRK Kajang Adalah ‘VOTE OF NO CONFIDENCE’ Kepada Azmin! Krisis Perlembagaan: Memang Itu Yang Anwar Hajatkan

3 Komen Add your own

  • 1. pak malau kena lipat  |  Januari 29, 2014 at 11:24 am

    kajang Pak Malau kajang berlipat,
    kajang hamba sengkuang layu,
    dagang Pak Malau dagang bertempat,
    dagang anwar dagang merempat

    Balas
  • 2. Tanpa Nama  |  Januari 31, 2014 at 7:34 am

    Itulah……cakap memang mudah……….semua orang boleh cakap…….tapi…bila nak laksana….pi mai pi mai….lagu tu jugak……lagi teruk adaaalaaaa

    Balas
  • 3. Haikal  |  Januari 31, 2014 at 1:17 pm

    Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon di DUN Kajang umumnya mendapat perhatian rakyat dan seperti diperkatakan, beliau dijangka menjadi MB Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ‘jalan keluar’ konflik melibatkan MB Selangor itu dengan Azmin Ali.

    Walaupun pelbagai kritikan dilempar terhadap tindakan Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim namun tindakan itu pantas disokong beberapa pemimpin PKR termasuk Rafizi Ramli. Beliau menyatakan pemilihan Ketua Pembangkang sebagai calon di DUN Kajang bertujuan memberi ruang kepada PR untuk merintis jalan ke PUTRAJAYA. Sementara Azmin Ali pula menyifatkan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai “tactical move” untuk memperkukuh PKR di Selangor.

    Menariknya mereka juga antara lain memberi alasan “cliche”, mengaitkan UMNO khususnya PM dengan dakwaan beliau sedang berhadapan pemberontakan dalaman parti dan jika tidak dibendung situasi tersebut mampu menjejaskan kedudukan PKR di Selangor. Jelas alasan ini sebagi ‘umpan’ memancing hati ahli-ahli PKR serta penyokong PR yang sedang bingung dengan keputusan diambil pucuk pimpinan PKR berhubung konflik yang berlaku ketika ini.

    Namun tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang sebenarnya tidak lebih dari sekadar untuk “check & balance” pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang berhadapan kritikan ahli PKR sendiri sehingga AMK Negeri Selangor melalui Ketuanya, Azmizam Zamanhuri menyerahkan memorandum bantahan bagi mendapatkan penjelasan MB berhubung beberapa tindakan dimbil seperti isu air, isu Langat 2, kenaikan cukai taksiran dan sebagainya.

    Dalam kekalutan ciptaan Anwar ini, ramai tidak sedar konflik yang gagal menemui jalan keluar itu juga ada kaitan dengan kantung perbelanjaan PKR sendiri..Keengganan Tan Sri Khalid menggunakan dana kerajaan negeri untuk membiayai aktiviti parti menimbulkan kemarahan Azmin selaku Pengerusi PKR Negeri sekaligus merencatkan usaha beliau membina pengaruh politiknya..Lantas perkara ini dipanjangkan kepada Anwar hingga pemimpin anugerah Tuhan itu terpaksa mencatur strategi menggunakan ‘jln blkg’ ekoran kedegilan Tan Sri Khalid berkrompomi hatta dengan Anwar sekalipun.

    Selain itu, tindakan Anwar juga dilihat platform utk beliau terlibat secara langsung dengan kerajaan negeri mencakupi urusan kewangan yang menjadi punca konflik melibatkan MB Selangor dengan Pengerusi PKR Negeri tersebut. Lebih dari itu, beliau dijangka akan berperanan untuk “protect” Tan Sri Khalid Ibrahim dari gangguan pihak-pihak tertentu dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri juga untuk “protect” Azmin Ali dari tekanan penyokong Tan Sri Khalid Ibrahim yang begitu marah kepadanya disebabkan beliau acapkali mengganggu tugas MB Selangor itu.

    Sekiranya Anwar benar-benar berhasrat juga untuk menamatkan konflik tersebut dengan memilih untuk menjadi MB Selangor, maka tindakannya itu adalah “last resort” bagi Anwar kerana apa yang penting dan lebih besar impak kepada “rating” politik beliau ketika ini adalah “Pelan Perdamaian Nasional” @ Rekonsiliasi Nasional. Pelan perdamaian ini sekiranya berhasil, tidak mustahil Anwar akan meraih “political mileage” yang lumayan kerana dianggap pemimpin berjiwa besar dan “hero” di mata rakyat.

    Tawaran “Pelan Perdamaian Nasional” @ Rekonsiliasi Nasional yang dikemukakan Anwar kepada PM ketika menyampaikan perutusan khasnya kepada rakyat pada 26 Jan lalu akhirnya disambut baik Dato’ Seri Najib. PM selepas mempengerusikan mesyuarat jemaah Kabinet pada Rabu lepas dengan menyatakan Kabinet bersetuju dengan tawaran berkenaan namun diiringi beberapa syarat.

    Keputusan kerajaan menerima tawaran Anwar itu menyebabkan beliau tersenyum lebar dan mampu menarik nafas lega kerana pelbagai isu terutama isu Kalimah Allah yang beri kesan signifikan kepada trend kemarahan yang memuncak kepada PR dijangka reda. Perlu diingat kerajaan Penang di bawah kepimpinann Lim Guan Eng kini diasak hebat dengan isu tersebut. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi memberi Lim Guan Eng ruang bernafas. Begitu juga pihak Gereja yang sedang berhadapan kemarahan umat Islam di Penang dan Selangor ekoran kenyataan Paderi Lawrence Andrew memutuskan untuk tetap menggunakan kalimah Allah di gereja di Selangor. Perlu diingat lebih seribu repot polis dibuat terhadap beliau oleh NGO-NGO berteraskan Islam, UMNO dan juga masyarakat tempatan.

    Dalam konteks pelantikan sebagai MB pula, Anwar sedia maklum sekiranya beliau ingin menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, laluannya penuh liku kerana perlu berdepan rakan PR lain terutama PAS yang memiliki lebihan kerusi berbanding PKR. Malah PAS Negeri berkira-kira menamakan Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Samad untuk dilantik sebagai MB Selangor sekiranya Tan Sri Khalid meletak jawatan. Kenyataan itu datangnya dari pemimpin PAS Negeri termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Ir. Khalid Samad.

    Pengalaman krisis di Perak pada 2009 turut menghantui Anwar dalam menyelesaikan konflik antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali kerana proses memilih MB tidak begitu mudah apatah lagi bakal melibatkan campur tangan pihak Istana kelak. Kita ketahui Tan Sri Khalid Ibrahim punyai hubungan baik dengan pihak Istana malah Sultan Selangor sendiri senang dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim termasuk dalam isu tindakan merampas Kitab Bible oleh JAIS baru-baru ini.

    Anwar juga ada sesuatu untuk dieksploitasi yakni menghasut rakyat untuk mempertikai pihak Istana andaikata pelantikan beliau tidak mendapat perkenan Sultan Selangor..sekiranya berlaku, ianya sesuatu yang amat dinantikan rakan PR iaitu parti cauvinis, DAP yang terkenal dengan kelantangan memperlekeh Institusi Diraja. Satu gerakan untuk membantah tindakan pihak Istana mencampuri urusan politik negeri akan diperhebat.

    Walaupun demikian, setelah pelbagai drama ditonjolkan, akhirnya ditaksir Tan Sri Khalid Ibrahim akan terus kekal sebagai MB Selangor sementara Anwar pula diberi ruang lebih luas dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri berbanding sebelum ini di mana peranan beliau hanya sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri bernilai RM1 sahaja. Tindakan Tan Sri Khalid mengumumkan Anwar menjadi calon DUN Kajang adalah “hint” beliau akan kekal sebagai MB.

    Sekiranya benar Anwar berhasrat menjadi MB Selangor, sebahagian besar masanya akan lebih bertumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri dan ini sesuatu yang asing baginya memandangkan Anwar merupakan pemimpin yang kerap terbang ke sana ke mari khususnya ke luar negara sekaligus membataskan usaha memburukkan kerajaan di sana dan juga mendapatkan dana untuk agenda politiknya di sini malah aktiviti sosialnya (memuaskan nafsu) turut terbantut.

    Bagaimanapun, tidak ramai mengetahui sebelum Anwar campur tangan untuk menyelesaikan konflik tersebut, beliau terlebih dahulu menyemak rekod-rekod kesemua Adun PKR dan secara kebetulan mendapati bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh bakal berhadapan tindakan undang-undang tidak lama lagi (kesalahan di bawah Akta Pilihanraya). Maka pada Anwar, “it’s about time!” dan menggunakan kesempatan yang ada untuk bertindak! Justeru, Lee Chin Cheh diminta melepaskan jawatannya sebagai Adun berkuatkuasa serta merta. Beliau tidak mahu sekiranya Lee Chin Cheh dijatuhi hukuman, kerusi DUN Kajang akan dieksploitasi BN sepenuhnya malah cengkaman PKR di Selangor akan terungkai apabila rakan PR terutama PAS memberi tekanan kepada PKR sendiri.

    Sesuatu yg menarik untuk dikongsi adalah kerakusan dan ketamakan Anwar terdedah setelah bertindak menjadi calon bertanding di DUN Kajang..Selangor diketahui lubuk wang bagi mana-mana parti yang memerintah…justeru Anwar perlu berada dalam kerajaan negeri untuk memastikan dana kepada beliau dan PKR tidak putus.

    Berbalik faktor beliau ingin bertanding di DUN Kajang, antara lain ianya disebabkan Anwar punyai maklumat tentang cadangan kerajaan untuk membeli SYABAS dengan nilai sekitar RM6 bilion..Perkembangan ini menarik minat Anwar untuk turut sama memperolehi hasil yang lumayan sekiranya perjanjian itu dimuktamadkan nanti.

    Oleh itu, segala sandiwara berkaitan peletakan jawatan Lee Chin Cheh, pemilihan Anwar sebagai calon DUN Kajang, serta tawaran “Pelan Perdamaian Nasional” @ Rekonsiliasi Nasional kepada Dato’ Seri Najib hanyalah sekadar strategi seorang pemimpin licik untuk melarikan dari dari pelbagai isu yang dihadapinya – kes perbicaraan mahkamah berkaitan samannya kpd Dato Nalla, isu anaknya Nurul Izzah dan isu berkaitan penggunaan Kalimah Allah yang semakin membarah di kalangan umat Islam dewasa ini.

    Tidak terkecuali adalah faktor kekayaan kerajaan negeri yang membuatkan Anwar bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan konflik berkenaan dengan cara bertanding sebagai ADUN Kajang. Lagipun Anwar sedar tajaan kepadanya semakin berkurangan setelah janji beliau untuk menawan PUTRAJAYA pada Pilihanraya Umum Ke13 lalu gagal.

    Terima kasih

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Januari 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Capaian Umum

  • 75,303,623 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 144 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • 10 ANIMALS ON THE VERGE OF EXTINCTION
    10 animals on the verge of extinctionBy Shea Gunther, Mother Nature Network, 7 December 2016.Whether it's due to habitat loss, poaching or unintended poisonings, animals like the cheetah are seeing their populations drop lower and lower. Conservation efforts, including protected reserves and bans on hunting and poaching, may be too little too late to st […]

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • Istiqamah dengan Kebenaran
    ISTIQAMAH DENGAN KEBENARANBaru-baru ini, saya dihubungi oleh beberapa individu untuk berjumpa. Atas dasar silaturahim sesama manusia, saya pun sudi untuk berjumpa. Lagipun saya kenal mereka ini.Semasa perjumpaan itu, mereka menyampaikan hajat dan menjemput saya bersama-sama mereka menyertai gerakan "Deklarasi Rakyat" bagi menjatuhkan pemimpin berke […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun!Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk I […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • PANAS BERAPI! APABILA PEMUDA UMNO PULAU PINANG TURUN PADANG UNTUK KEJUTKAN GUAN ENG!
    Steady la Azwan Bro and the gang, bab ini aku sokong korang buat perhimpunan sebab nak lawan Guan Eng dan cara korang buat memang best dan professional dan bukan macam lembaga hitam yang gila glamer dan pakai adik sendiri sampai dapat anak hasil sumbang mahram tu.Teruskan dan Parpukari akan terus sokong Pemuda UMNO Pulau Pinang yang gagah berani, kat bawah n […]

RSS Musram Rakuman

  • Perlukah Rakyat Sokong Pemimpin Tamak?
    Perlu anda tanya diri anda, apa yang belum diperolehi Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin, Datuk Shafie Apadl, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan lain-lain mantan pemimpin Umno? Hanya kematian sahaja belum mereka rasa, manakala semua nikmat dunia mereka sudah rasa dan pernah miliki.Mengapa selepas memiliki semua nikmat dunia melalui Parti Umno, kemudiannya mereka […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aspirasi Bangsa

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • Perlukah Rakyat Sokong Pemimpin Tamak?
    Perlu anda tanya diri anda, apa yang belum diperolehi Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin, Datuk Shafie Apadl, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan lain-lain mantan pemimpin Umno? Hanya kematian sahaja belum mereka rasa, manakala semua nikmat dunia mereka sudah rasa dan pernah miliki.Mengapa selepas memiliki semua nikmat dunia melalui Parti Umno, kemudiannya mereka […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]

%d bloggers like this: