Archive for Februari, 2014
Perlukah Rafizi Bermusuh Dengan Semua Orang?
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa beliau terpaksa
mendedahkan perkara itu selepas melihat calon bebas itu secara lantang
membuat cabaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas
alasan ketelusan dan integriti.
Rafizi memberitahu, dalam tempoh pendek setahun lebih menjadi anggota
PKR, Zaid kata beliau tanpa segan silu cuba menggunakan kedudukan di
dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri berhubung
beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit
dengannya.
Ahli Parlimen Pandan itu merujuk kepada dua lot tanah, di mana Zaid
menggesa Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor campur tangan dengan
melobi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meluluskan
cadangan yang dibuat oleh rakannya.
“Ada email antara saya dengan beliau (Zaid) dalam urusan tersebut,
Zaid meminta saya yang dulu sebagai ketua Eksekutif Pejabat Penasihat
Ekonomi Selangor melobi Menteri Besar agar meluluskan cadangan atas
kedua-dua lot tanah tersebut.
“Saya maklumkan kepada Anwar dan kami bersetuju bahawa adalah tidak
menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi
atau mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, terutamanya yang bersabit
dengan harta awam,” kata beliau.
Jelas Rafizi, beliau pada dasarnya hanya ingin mendiamkan diri, tetapi
apabila melihat Zaid mempersoalkan tentang ketelusan dan integriti
Anwar, maka beliau terpaksa dedahkan perkara itu.
Semakin ramai pimpinan tertinggi PKR yang risau dengan permainan yang
Rafizi buat kepada Zaid Ibrahim.
Mereka risau sebab masing-masing memang pernah guna Rafizi sebagai
broker untuk beberapa usahaniaga di Selangor. Dalam mesyuarat tertutup
sebelum wujudnya jawatan Penasihat Ekonomi Selangor, memang antara KPI
pejabat itu adalah memfaraid projek dan usahaniaga kepada kalangan
orang kuat parti.
Ini yang buat ramai orang PKR sendiri risau dengan game Rafizi. Semua
pakat tengok balik archive email komunikasi mereka dengan Rafizi.
Kalau Zaid yang hebat itupun kena telanjang, apa lagi orang lain.
Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri, National Oversight and
Whistleblowers (NOW) memang menjadi tempat Rafizi mengumpul eviden
rasuah yang berlaku di kalangan warga parti. Banyak yang akan dibogel
jika berani menyentuh isu Anwar Ibrahim.
Komitmen Rafizi ini dinyatakan dalam niat penubuhan NOW:-
http://www.nowmalaysia.org/index.php/homepage/now-news/96-now-will-cut-both-ways-rafizi-pledges
PKR’s “exposé man” Rafizi Ramli today pledged his National Oversight
and Whistleblowers Centre (NOW) will be impartial towards
whistleblowers from both sides of the political divide.
Kalau Rafizi terus main game begini, makin terpecah belahlah PKR
Selangor dan PKR secara keseluruhannya.
Yang menghairankan, orang macam Azmin terlepas pula daripada jelingan
Rafizi. Pelik.
Imej HARUN IDRIS Sangat Penting Buat Anwar!
Khabar dari HQ PKR, kelemahan ketara PKR dalam PRU yang lalu adalah undi MELAYU yang semakin merosot berbanding PAS dan DAP. PAS banyak dapat undi Cina. Undi Melayu merosot sedikit. DAP dapat undi Melayu (bonus). Tapi masalah kepada PKR adalah undi Melayu yang merosot teruk berbanding jangkaan awal.
Berdasarkan maklumbalas Johari Abdul dan Dr Mansor Othman; imej MELAYU Anwar itulah yang perlu diperbaiki dalam masa yang terdekat ini.
Imej MELAYU Anwar sangat longgar. Sudahnya, orang Melayu kurang percaya dengan agenda politik Anwar. Sekejap ke tengah. Sekejap ke tepi. Sekejap nampak Islamik. Sekejap macam tak peduli isu kalimah Allah. Sekejap nafikan seorang liberal. Sekejap sokong COMANGO.
Imej MELAYU Anwar yang rojak inilah yang mengganggu gugat undi Melayu kepada PKR.
Keputusan sudah dibuat oleh kalangan inner circle Anwar, sebelum daripada kes sodomi mencapai kemuncak, Anwar mesti tampil sebagai seorang POLITICAL MARTYR. Syahid politik.
Apa langkah yang nak dibuat?
Johari Abdul terus teringat imej bagaimana orang MELAYU berada di sekeliling HARUN IDRIS kerana bersalah tuduhan rasuah. Orang Melayu anggap HARUN IDRIS seorang mangsa politik Hussein Onn. Orang Melayu anggap Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor yang disabitkan kesalahan kerana tuduhan palsu dan bersifat politik.
Johari Abdul kata, jika Anwar menang di Kajang dan menjawat jawatan MB – kedudukan itu sendiri sudah mencapai tahap POLITICAL MARTYR. Khir Toyo bukan syahid. Dia mati katak. Sebab jatuh selepas UMNO tewas di Selangor.
Anwar (Dato’ Menteri Besar Selangor) yang diheret ke mahkamah di atas tuduhan SODOMI adalah imej Harun Idris yang boleh dijual oleh PKR di luar (jika Anwar disabitkan kesalahan).
Imej itulah yang Johari Abdul kata boleh menyebabkan Izzah diletakkan ke kemuncak (berdasarkan undi simpati seorang Mak Jan + imej Harun Idris).
Nampaknya, PKR bersungguh bersiap untuk segala kemungkinan.
YB, Laporan & Lembaga Bukan Legasi!
Oleh itu Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein membuat keputusan berani apabila menubuhkan panel penasihat
bebas bagi menyiasat kejadian tersebut dengan diketuai oleh Tan Sri
Lee Lam Thye.
Menurut Hishammuddin, ia termasuk aspek reka bentuk jalan yang memberi
persepsi tidak betul kepada pemandu, penghadang keselamatan yang tidak
memenuhi piawaian keselamatan serta kedudukan laluan kecemasan yang
sukar digunakan semasa kecemasan.
Sehubungan itu, beliau mengumumkan panel tersebut akan dibentuk
menjadi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara untuk menangani
sebarang isu dan kejadian berkaitan keselamatan serta kemalangan jalan
raya, rel, penerbangan dan maritim.
Penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara yang bermula dari
sebuah panel bebas akan menjadi catatan legasi Hishammuddin di
Kementerian Pengangkutan.
—————-
Mudah benar nak jadi Menteri sekarang ini. Mencadangkan penubuhan
Lembaga dan menyediakan laporan pun sudah cukup digelar sebagai
membina LEGASI.
Tubuh panel keputusan berani? Kenapa jadi begitu? Ada yang ugut nak
bunuh Menteri kalau tak tubuh panel?
Inilah jadinya bila sudah tidak ada perkara lain mahu dijual dan
diutarakan kepada umum. Penubuhan Lembaga (yang menambah perbelanjaan
kerajaan, duplikasi tugas MIROS) mudah diangkat sebagai legasi kepada
sesetengah pihak.
Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat ‘legasi’ merupakan perkataan
Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara
(tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu
Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1. pusaka, hartapeninggalan
(contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan
(contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan
kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3. kesan (contoh ayat:
Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).
Kalau setakat mewariskan Lee Lam Thye itu dianggap sebagai kejayaan
besar kepada Kementerian Pengangkutan, elok lah segera Liow Tiong Lai
mengambil alih.
Payah, jika benda yang kecil diangkat hebat, dijadikan sandaran
politikus kurang cekap.
Kalau Waythamoorthy begitu susah mendapatkan kakitangan untuk
Unit-nya; kenapa pula Lembaga yang tidak sepertinya ini mendapat
laluan mudah? Berapa elaun dan kos setahun? Di mana pejabat? Berapa
kakitangan?
Ini satu lagi agenda untuk memberi jawatan kepada biawak hidup seperti
Lee Lam Thye (cina DAP yang kuat menangis) jika tidak berjawatan.
Anwar Sedang Usaha Beli WAYTHAMOORTHY
Anwar cukup seronok menonton video klip Waythamoorthy mengomel
mengenai kelemahan dan masalah Najib dalam membuat keputusan penting
kepada masyarakat India. Anwar ketawa terbahak-bahak bila Waytha
maklumkan Najib perlu buat 16 mesyuarat hanya untuk beri nama kepada
unit baru yang diketuai Waytha.
Najib janji kepada Waytha RM750 juta untuk tahun 2014. Sampai ke sudah, yillek.
Pada Anwar, ini semua makanan yang akan dia bentangkan di Kajang.
Semalam, sewaktu berucap di sebuah kuil, Anwar sudah mula berikan
sedikit demi sedikit masalah dan janji dicapati Najib kepada
masyarakat India.
Anwar tahu, dia tak boleh janji RM750 juta kepada Waytha. Tapi kalau
ikut kemampuan kewangan semasa Selangor, RM200 juta adalah angka yang
boleh Anwar tawarkan.
Anwar bisik kepada jawatankuasa kuil, ‘kalau dia jadi MB’, Selangor
akan jadi model state dalam pengurusan kepentingan masyarakat India di
Malaysia.
Soalnya, sanggupkah Anwar tawarkan RM200 juta kepada HINDRAF dan
Waytha hanya kerana nak menang undi di Kajang? Apakah DAP dan PAS akan
setuju dengan tindakan ini?
Pada Anwar senang sahaja, Waytha bukan tiket dia menang Kajang. Kajang
sudah menang pun. Menang besar.
Waytha adalah tiket Anwar ke Putrajaya. RM200 juta untuk sokongan
Waytha dan HINDRAF adalah murah dan wajar.
Menurut laporan:-
The Permatang Pauh MP appears to be riding on whatever fallout
generated following Hindraf leader P. Waytha Moorthy’s resignation
from his Cabinet post last week.
Waytha said Najib had failed to fulfil the socio-economic programmes
pledged by BN in its memorandum of understanding (MoU) before the 13th
general election last May.
The coalition then had promised to resolve socio-economic problems
faced by the Indian community in exchange for Hindraf’s support.
Kita harap MIC ada jalan untuk pastikan sokongan masyarakat India akan
kekal kepada BN. Dalam pada itu, janganlah MIC sampai janji bulan dan
bintang. Minta bajet sampai RM10 juta. Hilang akal?
Khalid Ibrahim Percepat Mesyuarat Strategik Selangor – Apa Jaminan Kuasa Tidak Diperguna untuk Peribadi dan Kroni?
Kakitangan SUK berasa serba salah kebelakangan ini. Serba salah,
kerana nampak sangat Khalid Ibrahim & The Gang sedang menyusun
strategi membahagi projek di Selangor sebelum PRK Kajang berlangsung.
Kegilaan ini memang dahsyat. Sampaikan ada kakitangan SUK yang
terpaksa tidur/mandi di pejabat kerana terlalu banyak mesyuarat
strategik yang dilaksana di luar waktu pejabat pada ketika ini.
Soalnya, apakah segala keputusan strategik yang dibuat ini demi
kepentingan rakyat atau ini adalah MUSIM MENUAI kepada mereka yang
sekian lama duduk bergayut di pinggang MB dan Exco Kerajaan Negeri
tertentu.
Macam-macam agenda strategik dibincangkan, termasuk mempercepat
pemberian peruntukan yang sebenarnya dijadualkan diberi pada tahun
2015/2016.
Apakah ini game Khalid untuk memastikan Anwar masuk ke dalam pejabat
dengan yang terikat dan tidak mampu memperbetulkan segala macam
kontrak yang sudah dibuat keputusan oleh Khalid sebagai MB.
Sebenarnya, dalam situasi ini, rakyat Selangor akan mengalami kerugian
yang amat sangat. Keputusan tidak dibuat atas dasar keperluan, tetapi
dendam politik.
Nampaknya, EXCO DAP semuanya seronok dengan keadaan ini. Mereka hanya
menumpang sahaja kerakusan Khalid Ibrahim dalam membuat keputusan.
Yang penting kepada mereka, tycoon Cina yang banyak bantu dalam PRU,
dapat modal dan keuntungan investment mereka.
Kalau benar Selangor amal Freedom of Information Act; boleh kita desak
Kerajaan Negeri dedahkan butiran perbincangan MTES sepanjang 3 minggu
yang lalu? Mesyuarat MTES berlaku setiap hari Khamis.
Adenan Satem? Mudah benar!
Dalam mesyuarat tergempar yang berlaku malam kelmarin, secara
tiba-tiba PKR Sarawak macam dapat Viagra politik. Sudah ada
gerak-gerak yang mengatakan mereka akan menang besar apabila Adenan
Satem dinamakan sebagai Ketua Menteri.
Apabila ditanya oleh seorang pemimpin kanan PKR tentang Adenan Satem,
Anwar dengan angkuh mengatakan mudah sangat untuk menang di Sarawak.
Adenan bukanlah seorang pemimpin yang hands-on. Dia ada hati nak jadi
Raja, kata Anwar.
Semangat luarbiasa sedang berlaku di PKR HQ. Gerakan menyusun strategi
komunikasi dan metode serangan yang akan dikenakan kepada Adenan
sedang dirancang secara halus.
Anwar cukup yakin dia akan mendapat bantuan dalaman PBB. Mereka yang
kecewa, tegas Anwar, akan membantu kita dengan sepenuhnya.
Kita cuma harap kalangan pemimpin BN di Semenanjung dan Sarawak dapat
mencari resipi terbaik untuk memastikan perkara ini dapat ditangani
dengan baik.
Soal hubungan baik Anwar dan Abang Jo ini adalah rahsia yang terbuka.
Open secret. Sebab itu Anwar hanya hantar budak hingusan untuk
bertanding dengan Abang Jo di Satok. Abang Jo masih dekat di hati
Anwar.
Blog ini tidak mengatakan Abang Jo sebagai jambatan Anwar dalam PBB.
Ada orang lain juga. Soalnya, jadi atau tidak permainan Anwar di
Sarawak kali ini.
Politik Anwar banyak bergantung kepada keputusan di Kajang dan juga
prestasi PKR di PRN Sarawak. Kalau tidak ada perubahan, Anwar perlu
memberi peluang kepada orang lain.
Projek awal yang akan digunapakai adalah menyusun data kekayaan Adenan
Satem dan keluarga. Anwar mahu ianya dilambak dalam masa terdekat.
Gerakan Neo-UMNO Dalam PKR
Pengumuman Anwar semalam di hadapan hard-core PKR supporters, bahawa
dia bersiap sedia untuk membawa kembali Tan Sri Muhammad Hj Muhammad
Taib ke dalam pentadbiran negeri Selangor memang memeranjatkan ramai
ahli PKR.
Ada beberapa sebab kalangan yang hadir terperanjat:-
i) Mat ‘Tyson’ Taib tidak memegang pengaruh politik seperti dahulu.
Gerakannya nampak lembab dan tidak bermaya. Tidak membawa kelebihan
kepada PKR.
ii) Mat ‘Tyson’ Taib tidak membawa imej yang baik kepada PKR dan
Pakatan Rakyat. Semua orang tahu dengan kes Mat Taib di Brisbane
Australia.
iii) Apakah wujud keperluan Anwar nak checkmate Pas dalam keadaan dia
memerlukan sokongan parti islam tersebut di Kajang?
iv) Apakah tidak cukup masalah yang ada dalam PKR pada ketika ini.
Membawa masuk Mat Taib hanya akan mendatangkan masalah kepada parti.
Neo-UMNO
Di dalam mesyuarat kecil dan strategik, satu gerakan dipanggil sebagai
‘neo-UMNO’ sedang berlaku di dalam parti tersebut. Entah mengapa,
Anwar ada menekankan tentang keperluan PKR lebih terbuka dengan UMNO,
dan tidak menganggap UMNO sebagai musuh seumur hidup.
Di dalam usaha mencapai kemajuan politik, pesan Anwar, adakalanya kita
memerlukan pengorbanan. Anwar sendiri menceritakan bagaimana dia
membuat pengorbanan dengan melangkah tubuh tidak bermaya ABIM, dan
memeluk erat tubuh UMNO. Itu satu pengorbanan kata Anwar.
Anwar selalu bercakap tentang wujudnya kumpulan-kumpulan kecil yang
boleh dijadikan jambatan hubung antara PKR dan UMNO. Jambatan ini
sangat kukuh kata Anwar. Jambatan ini menunggu saat dan ketikanya
untuk usaha pembugaran politik berlaku.
Samada ini jalan baru politik Anwar, kita tak dapat pastikan.
Apa yang pasti, Anwar mahu PKR lebih mesra dengan beberapa orang
pemimpin kanan UMNO yang dirasakan boleh menjadi jambatan kepada
mereka meneroka jalan politik baru.
Ramai yang menganggap, game ini adalah game Anwar memastikan Nurul
Izzah masih punya tempat, dalam apa sahaja keadaan politik yang
mungkin ada.
Mat Taib Sertai PKR?
Jika Mat Taib menyertai PKR, ianya satu lagi petanda kecil bahawa ada
usaha political deal yang akan berlaku di Selangor, mahupun di
Putrajaya. Kita tidak tahu deal ini bentuknya bagaimana, tetapi akan
ada perubahan.
Neo-UMNO ini masih lagi kumpulan kecil, tetapi sudah dibisikkan untuk
tidak menyerang beberapa sosok tubuh pemimpin UMNO yang dirasakan
sangat penting dan strategik.
Tak tahu ke mana jalannya…tapi elok kita sama-sama perhati dan meneliti.
Tasking Mat Taib
Antara tasking utama Mat Taib adalah untuk memperkasa kekuasaan
politik PKR di desa dan kampung. Ini sekaligus memberi makna,
Saifuddin Nasution yang diberikan tugasan ini sudah gagal, dan tidak
menepati KPI politik Anwar.
Noh Omar akan pening kepada nak berhadap Mat Taib. Lebih-lebih lagi
dikatakan Mat Taib hanya mempunyai KPI yang sangat spesifik – pastikan
jaluran Sabak Bernam-Sungai Besar-Sekinchan-Tanjung
Karang-Ijok-Selayang menjadi kubu kuat PKR dalam masa yang terdekat.
Anwar mahukan pengaruh Pas sedikit dikecilkan, sehingga nama PKR lebih
disebut-sebut oleh rakyat.
Macamana orang Pas kerja untuk PKR. Dalam politik, semua benda boleh jadi.
Saya Kenal Dia Sejak Tingkatan 6 – Keluar Peluh Jantan Abang Nuwar
Sejak nak masuk balik mahkamah ni, PKR HQ sudah semakin sibuk untuk
menyusun kaedah mana untuk memenangi hati rakyat dalam kes sodomi
nanti. Macam-macam pelan ada. Tapi semuanya memakan belanja yang
besar. Walaupun tak sampai level Free Anwar Campaign (FAC) dahulu,
tetapi tetap ada ongkos dan nilaiannya.
Anwar cuma mahu kes sodomi ini tidak mengganggu kelibatnya untuk jadi
Presiden PKR. Dah lama Anwar kepingin dipanggil sebagai ‘Mr
President’. Dah lama. Kalau ikut perancangan IKD dahulu, Anwar sudah
menjadi Presiden Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Filipina dan
mungkin juga Thailand). Sayang, tak jadi.
Malam semalam, diskusi terarah kaedah untuk mematikan hujah dan
mencari kelemahan Tan Sri Shafee Abdullah. Macam-macam jalan sedang
dicari. Macam-macam bukti nak dinilai. Walaupun ada di kalangan
pengamal undang-undang yang ada cerita ‘rasuah’ Shafee tapi nak cari
bukti memang susah. Tak dapat cara.
Anwar ada minta agar kakitangan PKR buat risikan sehingga ke rumah,
tempat kerja, tempat happy-happy. Gambar, rakaman video, rakaman
perbualan telefon semuanya sedang dicari dengan gigih.
Strategi asal adalah discredit Shafee sampai tahap dia dibenci oleh
rakyat. Buktikan Shafee ini adalah anjing UMNO. Anwar nak setara itu.
Tingkatan 6?
Apabila media semalam menyiarkan kenyataan Shafee bahawa dia kenal
Anwar sejak tingkatan 6, mula mereka yang hadir meeting jadi risau.
Ada yang nak bertanya apakah ada insiden-insiden tertentu antara Anwar
dan orang lain, yang disaksikan Shafee pada tempoh itu. Tak ada yang
berani bertanya. Cuak.
Muka bakal MB Selangor pun tak nampak ceria. Penat mungkin turun naik
mahkamah. Mana nak pergi mahkamah. Mana nak pergi Parlimen. Mana nak
pergi Kajang.
Setakat ini Anwar menang Presiden dengan bergaya. Tak ada
pertandingan. Masalahnya adalah di mana nak letakkan Nurul Izzah?
Kekal? Lawan? Atau beransur ke belakang?
Gencatan Senjata Khalid-Azmin Belum Menjadi – Lambakan Fail Pembaziran PKNS Akan Berlaku???
Nampaknya, gelombang perkelahian politik antara Khalid dan Azmin belum berakhir. Bukan setakat belum berakhir, malahan di kalangan orang Khalid sendiri sudah menyusun satu demi satu isu yang melibatkan Azmin secara peribadi.
Perlantikan 22 orang kakitangan kontrak yang dinamakan sebagai #TeamAzmin di dalam PKNS sudah terhenti. Kerugian tahunan berjumlah RM7 juta sudah dihentikan secara serta merta.
Azmin patut tahu bahawa tidak ada kewajipan moral untuk meneruskan khidmat mereka, sekiranya yang mereka tahu hanya menjaga politik Azmin.
Dalam pada Azmin beria mengutuk kaedah Biro TataNegara (BTN) sebagai penggerak kader politik, menggunakan duit/dana PKNS untuk menggerakkan biro politik Azmin memang resipi jahanam.
Terbaru, menurut cerita-cerita kecil di koridor HQ PKR, dana komisen Datum Jelatek pun akan disungkit oleh Khalid Ibrahim.
Sampai sekarang projek masih belum berjalan. Sebab apa? Katanya ada kekangan dana disebabkan bayaran komisen yang ditetapkan sudah mencapai tahap haram jadah punya tinggi. Siapa kata kalau Anwar jadi MB, rasuah dan isu gelap wang, sapu komisen tidak akan berlaku. Lagi teruk!!!
Azmin rasanya akan tersungkur kali ini. Banyak sangat isu. Fail Datum Jelatek sahaja kalau mahu dibuka, akan merosakkan imej Azmin. Azmin underestimate gerakan politik Khalid.
Kalau tak kena gaya, mahunya Azmin kembali jadi SUS Anwar bertaraf YB. Balik position lama zaman Azmin darling kepada Anwar (TPM) dahulu. Phuiii…kata Azmin. Kalau setakat SUS, tak berbaloi perjuangkan PKR.
Najib Patut Pecat Siapa Yang Cadang Lantik Waytha!
Waythamoorthy buat hal. Blog ini pernah menulis dulu, pelantikan
Waythamoorthy ini adalah satu kesilapan yang bakal membawa nanah
kepada BN. Sudah terbukti, Waytha sudah dengan selamba badak
melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri.
Waytha ini dicadangkan kononnya dengan alasan mempunyai blue ocean
strategy selepas daripada tempoh pilihanraya. Seorang Menteri Kanan
yang kononnya sudah membuat siasatan menyeluruh terhadap Waytha dan
HINDRAF pernah menjanjikan ini adalah strategi paling padu dalam
membawa masyarakat India kekal dengan BN.
Menteri yang kononnya memang Master bab blue ocean strategy ini
berjanji untuk melakukan pemantauan berkala kepada HINDRAF dan
sekaligus meletakkan HINDRAF setara dengan MIC (bagi tujuan back up
jika MIC gagal menawan kembali pemikiran masyarakat India di
Malaysia).
Sekarang apa sudah jadi?
Waytha senyap. HINDRAF sudah mula naik angin. Menteri terbabit hanya
buat muka tak bersalah dan tidak mahu mengaku kesilapan dan kesalahan.
Imej yang jahanam adalah imej PM dan BN. Menteri terbabit boleh cuci
tangan. Konon segalanya tidak menjadi seperti dirancang.
Apa yang susah sangat nak jaga hati Waytha dan HINDRAF ini?
Bukan soal payah, masalahnya BLUEPRINT dengan HINDRAF ini pun tidak
perlu ditandatangani pun. Sayangnya, Setiausaha Agung UMNO/BN yang
beria-ia sangat suruh tandatangan.
Apa yang ditandatangan?
– Kerajaan janji nak jaga kepentingan semua masyarakat bekas pekerja
estet di seluruh negara.
– Anak-anak bekas pekerja estet mesti diberikan pendidikan dan peluang
pekerjaan.
– 7.5 % kakitangan awam WAJIB dianggotai masyarakat India
– Dana RM25juta setiap tahun untuk membantu masyarakat India perlu
diberikan kepada Hindraf
– Perumahan untuk bekas masyarakat estet mesti dibina di seluruh negara
Apakah salah kalau HINDRAF nak tuntut janji? Tak salah. Yang salah
adalah mereka yang beria-ia suruh PM tandatangani blueprint yang bukan
senang nak dilaksanakan. RM25 juta memang mudah. Tapi yang lain-lain?
Waytha adalah kesilapan yang tidak wajar dilakukan lagi. Ini strategi
makan Tuan. Orang yang cadang…senyum dan relaks sahaja. Kes naya.
Maklum Balas Pembaca