Archive for Mac 24, 2014
Kajang – Kemenangan Yang Tak Berapa Nak Menang. Menanti ‘Perfect Storm’ Dalam PKR
Semuanya nampak manis depan kamera malam semalam. Anwar peluk Kak Wan.
Kak Wan senyum. Azmin julang tangan MB. MB senyum dan tepuk bahu
Azmin. Wan Azizah senyum dan borak sekejap dengan Azmin. Semuanya
nampak OK.
Yang tak berapa nak senyum DAP. Bukannya apa, Kajang Move sebenarnya
sudah membuatkan pengundi Cina (orang muda dan wanita) kurang gembira
sedikit dengan DAP. Ramai yang tak datang mengundi. Pada mereka,
mandat hari tu masih lagi boleh pakai, tapi wayang PKR memang
menyakitkan hati.
Walaupun nak sedapkan hati, Ong Kiang Ming (MP Serdang) kata MCA tidak
menang undi Cina. Ramai yang tak balik mengundi.
Reformasi Tertangguh
Kalau betul DAP memang selari dengan nada reformasi, takkanlah tak ada
cara untuk penyokong kuat mereka (kalau betul) balik mengundi di
Kajang. Nampak gaya, DAP pun tahu, pengundi sudah sakit hati dengan
game PKR.
Dalam banyak-banyak analisa, apa yang dilakukan Din Deraman (hardcore
PKR) agak menarik. Menurut analisa Din Deraman, undi Cina merosot.
Undi Melayu balik kepada PKR dalam angka yang agak banyak.
Dengan kehadiran pengundi sekitar 72 %, memang banyak masalah untuk
keluarkan alasan yang baik. Masing-masing ada argument sendiri.
‘Perfect Storm’
Di kalangan orang PKR mula bercakap tentang ‘perfect storm’ bila Kak
Wan menang di Kajang. Mereka kata, PKR mesti seize this moments dan
buat pertukaran yang maksima.
Kak Wan mesti diletakkan sebagai MB – dengan Khalid membantu sebagai
Timbalan Menteri Besar. Ada yang kata tak perlu tukar, hanya letakkan
Kak Wan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri yang baru.
Mereka kata, Kak Wan mesti mula berlatih sebagai administrator yang
baik. Tak boleh kekal dengan muka kesian. Kena nampak lebih kuat dan
dinamik.
Untuk itu, Kak Wan perlu kekal sebagai Presiden PKR; dengan dibantu
sepenuhnya oleh Team Khalid. Azmin Ali perlu disideline kerana tidak
berkesan.
Dalam kes Kajang, JPRN yang dipimpin oleh Azmin dikatakan hanya beri
65% komitmen untuk bantu Kak Wan. Tak full support.
Memang ribut taufan dalam PKR selepas ini.
Sila ambil ‘life jacket’ sekarang…..
Maklum Balas Pembaca