Archive for Mac 28, 2014
Kekecohan Pemilihan PKR 2.0
Rata-rata kalangan pimpinan dan ahli PKR sendiri ragu-ragu dengan
kemampuan Pemilihan akan datang untuk memperbetulkan keadaan dalam PKR
kali ini. Semua yang ditemui mengatakan pemilihan kali ini akan
berbeza banyak. Antara perbezaan yang paling ketara, pemilihan kali
ini mesti mengambil kira situasi PKR tanpa Anwar.
Dah banyak kali diperkatakan dalam banyak mesyuarat strategik
kecil-kecilan parti, keadaan parti tanpa Anwar akan banyak bezanya.
Anwar ini pusat segala-galanya. Cuba bayangkan kalau Erdogan tidak ada
dalam AK Party. Cuba bayangkan kalau Obama tidak ada dalam Democrat.
Jauh beza.
Ahli PKR tak boleh lupa bagaimana Azmin mainkan kertas undi dan mula
mencipta kemenangan. Siapa boleh lupa macamana Zaid Ibrahim, macamana
Mustafa Kamil Ayub tertonggeng disebabkan penipuan undi HQ PKR dan
Jawatankuasa Pemilihan. Ini memang game kaki penipu.
Pada suatu ketika, Mus pernah membangkitkan:-
Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, beliau tidak sama
sekali kecewa dengan keputusan saingan timbalan presiden, sebaliknya
“kecewa dengan kelompongan dan penyelewengan” proses pemilihan
bersejarah yang menggunakan sistem langsung.
“Saya kecewa dengan kelompongan-kelompongan yang wujud, penyelewengan,
dan kelemahan dalam proses (pengundian).
“Soal keputusan itu perkara kedua, saya tidak kecewa, bagi saya proses
itu yang penting dan perlu dijalankan dengan baik,” kata Mustaffa yang
pertama kali bertanding jawatan timbalan presiden.
Mustaffa, Pengerusi PKR Perak, tewas di tangan Azmin Ali yang juga
seorang naib presiden parti dengan perbezaan undi yang besar.
Awalnya tiga orang bertanding jawatan itu tetapi Datuk Zaid Ibrahim
telah menarik diri selepas minggu kedua proses pengundian atas alasan
wujud banyak kecacatan dan kepincangan dalam pemilihan tetapi tidak
diambil tindakan sewajarnya oleh kepimpinan parti dan Jawatankuasa
Pemilihan Pusat (JPP).
——————————————————————–
Apa jaminan TS Khalid tidak kena macamana yang Mus dan Zaid kena
dahulu. Pasti ada penipuan akan berlaku.
Orang Azmin katanya sudah edit 3 video edisi GEMPAR TS Khalid Ibrahim
yang akan diedar dalam masa terdekat. Kata mereka, video ini pasti
GEMPAR TAHAP GABAN kerana ianya akan membuka pekung yang selama ini
menjadi pujaan ramai pihak. Ada yang kata, video tersebut membayangkan
sesuatu yang di luar tabie dan kebiasaan seorang MB.
Menurut orang kuat Azmin, sesiapa yang cuba nak melawan Azmin mesti
mempunyai kemampuan moral dan kewangan yang jelas, atau akan berdepan
dengan situasi yang sukar. Perlu nasihatkan anak bini bersedia dengan
sumpahan Azmin yang akan menyebabkan ramai tarik diri dan kecewa.
Selain video, puak Azmin juga menyimpan beberapa transkrip
ucapan/mesyuarat/minit yang akan menyebabkan PKR akan bergelumang
dengan imej yang buruk. Kata orang Azmin, kali ini, apa nak
jadi…JADI. Kalau Azmin terpaksa keluar parti pun mereka sanggup.
Maklum Balas Pembaca