Archive for April 8, 2014
Bajet RM3 Juta Untuk TANAM POLITIK Azmin
Suasana di Tropicana kebelakangan ini cukup meriah. Jual beli.
Bargaining. Semuanya sedang berlaku di bawah hidung PKR HQ. Sebagai
Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution dikatakan sebagai calon
Timbalan Presiden paling prolifik setakat ini. Data parti dan
perwakilan di tangannya. Data semua ranting/cabang kesemuanya di dalam
simpanan Saifuddin.
Yang dicetak untuk difailkan di PKR HQ itu satu copy. Yang dicetak
untuk kegunaan Izzah dan Rafizi diletakkan di tempat lain.
War Room SRI
Jangan ingat UMNO sahaja ada war room. War Room Team SRI (Saifuddin,
Rafizi, Izzah) juga sedang dilengkapkan dengan peralatan yang super
canggih. Katanya, usaha sedang disusun untuk menggunakan Google+ dan
Skype sebagai alat untuk berkempen. Hebat gerakan ini.
Dikhabarkan bahawa TEAM SRI ini adalah team yang paling mendapat
persetujuan di antara dua orang Calon Presiden PKR. Ini dikatakan
sebagai TEAM KOMPROMI – yang memihak kepada Keluarga Pertama Segambut.
Masing-masing perlu KORBANKAN seorang. Anwar korban Azmin. Wan Azizah
korban Khalid Ibrahim. Fair and square.
Namun usaha perlu dibuat untuk memastikan TEAM SRI ini menang besar
dan mendapat mandat yang sangat kuat.
Kalau ikut perancangan, Rafizi akan tampil sebagai NAIB PRESIDEN
paling tinggi. Diikuti oleh Izzah. No 3 tidak penting.
Semua ini akan hanya boleh direalisasikan dengan bajet yang mencukupi.
Bajet awal RM800k akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Dengan bajet
keseluruhan sekitar RM2.5 juta. Rafizi sanggup keluar belanja sendiri
sebanyak 500k bagi memastikan dia menang no 1 dalam VP PKR.
Confirm menang.
Maklum Balas Pembaca