Cara Azmin Ali PERLI Ahli PKR
April 16, 2014 at 6:15 pm Tinggalkan komen

bahawa apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ini adalah HARI RAYA
kepada semua ahli PKR. Azmin tahu, banyak duit yang akan bertukar
tangan dalam masa terdekat ini. Malahan, Azmin mengakui bahawa kali
ini, RASUAH dalam PKR akan jadi lebih teruk berbanding PEMILIHAN UMNO
zaman Anwar ada dalam parti dan bertanding sebagai Naib Presiden dan
Timbalan Presiden.
Setakat ini, Khalid Ibrahim dikatakan calon yang paling berani di
dalam usaha mendapatkan sokongan melalui wang. Walaupun tidak pernah
ahli mendapat wang secara langsung daripada Khalid, tetapi ada sahaja
cara bagaimana mereka memberikan wang kepada bakal pengundi.
Azmin sekarang ini berada di dalam keadaan yang sangat tertekan.
Walaupun bajet sudah disiapkan lama, tetapi melihat kepada kemampuan
calon lain, Azmin sedikit gentar. Kalau dahulu, orang Azmin boleh
menyelinap RM7 juta setahun daripada bajet PKNS; sekarang tak lagi.
Ini semua menyebabkan kempen Azmin ada sedikit terganggu. Mujur ada
seorang dua pimpinan UMNO yang kedepan membantu Azmin dalam sejuta
dua. Tak percaya? Jangan sampai blog ini dedah nama.
Pemberian ini lebih kepada bantuan daripada seorang kawan kepada kawan
yang lain. Tak ada makna sebaliknya pun. Malahan Azmin tak janji apa
pun. Kalau kalah pun, Azmin tidak akan masuk UMNO. Ini bantuan
persahabatan.
Sebab itu bila Azmin keluar dengan kempen KEADILAN RAYA…ianya satu
cara untuk mengingatkan bahawa inilah bahana yang berlaku dalam PKR
ketika ini. Mereka beraya dengan duit. Pilihanraya parti jadi medan
tabur wang rasuah.
Kalau orang PKR tak sedar diri lagi. Jangan cakap pasal reformasi
kalau bergelumang rasuah.
KEADILAN SEDANG RAYA!!!!
Patut Azmin buat kempen – KEADILAN KAYA RAYA!
Entry filed under: PKR. Tags: Anwar, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Gelagat Anwar, Khalid Ibrahim, Pemilihan UMNO, PKR, Rasuah.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed