Archive for April 24, 2014
Obama Ke Segambut Juga…
Bukan main lagi kalangan pimpinan PKR menyuarakan rasa sedih, kecewa,
tidak puas hati kenapa Barack Obama tidak akan bertemu dan membuat
lawatan persahabatan sebelum Anwar Ibrahim dibawa masuk ke dalam
penjara. Rasa kekecewaan ini tidak disimpan macam itu sahaja.
PKR HQ katanya telah faks sekurang-kurangnya 10 kertas protes kepada
beberapa badan pelobi Yahudi di Washington DC. Dalam surat itu
dimasukkan fakta kononnya Obama tidak lagi memperjuangkan suara hak
asasi, dan lebih cenderung mendokong rejim kejam dan ganas.
Gambar-gambar lama Bersih, Kem Kamunting, dimasukkan ke dalam surat
kononnya itu sedang berlaku di Malaysia.
Nampaknya tindakan PKR HQ mendatangkan kesan yang luar biasa. Menurut
sumber, ada kemungkinan Obama berjumpa Anwar – bukan sekadar berjumpa
malahan menghadiri makan malam tertutup di rumah Anwar di Segambut.
Jadual Obama di Malaysia dikosongkan selama 5 jam (tanpa memberikan
sebarang info dan maklumat kepada Kerajaan Malaysia). Antara pukul 5
petang hingga 10 malam, Obama diberitakan tidak mahu diganggu dan
mempunyai acara sendiri.
Beberapa krew security details Presiden Amerika itu sudahpun berada di
Segambut, bagi memastikan tidak ada sebarang cubaan sabotaj oleh
mana-mana pihak. Paling dirisaukan adalah pendirian ekstrim Hizbu
Tahrir, seperti yang dikemukakan di hadapan kedutaan AS baru-baru ini.
Nampak gayanya, pemimpin-pemimpin ‘besar’ dunia pun boleh kecut perut
bila ditekan melalui kalangan group pelobi Israel di Washington.
Nampaknya, kita punya Duta Besar ke Amerika masih belum buat kerja.
Masih honeymoon mungkin.
Obama tidak hormat kepada peruntukan undang-undang di Malaysia jika
memutuskan untuk melawat Anwar dan keluarga di Segambut. Mengecewakan
sungguh.
Mungkin Obama tak boleh tewas dengan tindakan UK menghantar Baroness
Sayeeda Warsi melawat Anwar.
Najib patut biarkan sahaja. Tengok sejauh mana Obama nak main politik.
Lepas ni pun bukan dia lagi Presiden Amerika.
Maklum Balas Pembaca