Game Lama Azmin Orang Dah Boleh BAU….
April 28, 2014 at 4:30 pm Tinggalkan komen
Kalau menurut kepada trend pengundian di beberapa
negeri/cabang/ranting; rasanya Azmin sedang menuju kekalahan sebagai
Timbalan Presiden PKR. Nampak sangat, permainan tipu undi ala-UMNO
yang memang skill lama Azmin, sudah tidak berjaya digunapakai lagi.
Orang dah tahu taktik busuk ini.
Disebabkan isu-isu ketelusan dalam pemilihan, nampaknya Azmin semakin
tertekan dan mula mengambil taktik yang ganas dan desperate.
Azmin sudah pun mengupah gangster/kaki pukul/kaki tonggang untuk
menyusun strategi akhir bagi memastikan dia tidak kalah lagi.
Kalau mengikut trend pengundian juga, berdasarkan ARAHAN daripada war
room di Segambut, kebanyakan pemenang sudah boleh diagak. Kumpulan
yang sering mengutuk dan tidak seiring dengan war room akan tewas.
Saifuddin Nasution mendahului teramat selesa di takat Timbalan
Presiden. Selesa. Ini semua disebabkan usaha Kak Wan yang sibuk
menelefon orang di sana sini, bagi memastikan kemenangan Saifuddin
supaya Nurul Izzah boleh dijaga dengan baik di sepanjang ketiadaan
Anwar nanti.
Khalid Ibrahim akan diberikan tugas dan amanah baru – seperti biasa
sebagai Bendahari dan juga pemegang harta untuk menjaga Free Anwar
Campaign di peringkat antarabangsa. Bajet=UNLIMITED.
Khalid kekal sebagai MB Selangor, dengan harapan dana Selangorku boleh
digunapakai oleh parti untuk Free Anwar Campaign. Che’gu Bard akan
turut diberikan peranan lebih penting dalam parti.
Sekarang, tumpuan akan diberikan kepada usaha memastikan Azmin TEWAS
(samada bertanding ataupun dibatalkan penyertaan kerana cubaan
menipu). Yang tukang komplen tak tahu, Johari Abdul sudah lama disuap
oleh Azmin. Dah lama. 3 tahun dalam payroll Azmin. Macamana dia nak
buat keputusan yang adil?
————————————————-
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin
mendesak supaya Mohamed Azmin Ali dibatalkan penyertaannya dalam
pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che Gu Bard menegaskan
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR perlu mengambil tindakan tegas
terhadap Azmin berikutan dakwaan yang mengatakan timbalan presiden itu
bersama pasukannya melakukan penipuan ketika proses pemilihan di
beberapa cabang di Sarawak.
Katanya, berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh pasukan Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak
tegas terhadap Azmin.
“Perkara ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan
namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.
“Kali ini, dengan bukti yang ada melibatkan pemilihan di Cabang Batang
Sadong, saya berpandangan Datuk Johari Abdul dan JPP perlu mengambil
tindakan tegas dengan membatalkan penyertaan Azmin,” katanya kepada
Astro AWANI.
————————————————————–
JPP sanggup ambil tindakan kepada Azmin? Kalau Azmin buka buku
hutang-hutang Jo Abdul kepada dia secara peribadi macamana???
Entry filed under: Azmin Ali, PKR. Tags: Anwar Ibrahim, Azmin, Badrul Hisham Shaharin, Che'gu Bard, Gelagat Anwar, Johari Abdul, kak wan, Khalid, Pakatan Rakyat, PKR.
Tiada Obama…Rice pun jadi Jamaluddin Jarjis Buat Kerja Tak Habis….
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed