Kemantapan War Room UMNO Selangor
Ogos 11, 2014 at 6:27 pm 3 comments
Kalau ada pilihanraya negeri, DS Noh Omar kata war room UMNO sudah siap sedia dan boleh perform. Yakin boleh tahan Abang Noh. Kalau dah siap sedia baguslah. Tapi jangan cakap sahaja.
Kita diberitahu, kerja-kerja war room di Selangor didominasi oleh ‘orang’ tertentu yang kononnya diberikan tanggungjawab penuh. Kita pun tak pasti, samada kerja yang penuh atau poket yang penuh. Standard.
Andai kata, kita nak tanya juga kepada war room, mana-mana kawasan yang bermasalah dan perlukan perhatian. Kalau ikut dengar…tak ada masalah. Kita menang.
Dulu pun cakap macam itu juga. Berduyun-duyun pergi jumpa PM/Presiden/Timb Presiden untuk kata, kita akan menang besar. Yang perlu hanya bajet dan PM untuk turun lebih sikit di Selangor.
PM pun turun. Makan nasi ayam di gerai kecik. Buat walkabouts gila-gila. Bajet turun macam tsunami. Bilion.
Kalau ikut geng war room Selangor yang sama; kali ini menang besar. Lebih jauh. Betul ke.
Berapa banyak kerusi menang?
Berapa banyak kerusi marginal?
Siapa calon-calon baru di kawasan yang hitam/kelabu?
Semua dah susun?
Ketua Bahagian yang tewas pun akan diberikan tempat lagi?
Kita harap war room UMNO Selangor buat kerja betul-betul. Jangan main tangkap muat.
Entry filed under: ANWAR IBRAHIM, Dato Seri Anwar Ibrahim, UMNO. Tags: Barisan Nasional, DAP, DS Noh Omar, Gelagat Anwar, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Selangor, UMNO.
Gani Patail Jangan Bikin Malu Malaysia Masih Perlukah Petugas APCO di bumi Malaysia?
3 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. zizan | Ogos 11, 2014 at 6:59 pm
War Room Selangor dok sibuk dengan projek udang,mana ada masa nak jenguk kawasan.
2. News Addict | Ogos 12, 2014 at 12:39 pm
Johan Aziz Semenyih tu mesti nak tanding lagi… Kempen Kajang hancus di setiap PDM!!!!
3. Tanpa Nama | Ogos 12, 2014 at 4:38 pm
tukar calon oi