Archive for Ogos 12, 2014
Masih Perlukah Petugas APCO di bumi Malaysia?
Ada macam-macam pandangan mengenai penglibatan APCO di dalam kerja komunikasi kerajaan. Di kalangan pegawai kanan kerajaan, ada yang setuju. Ada yang tidak. Ada yang kata, dalam isu seperti MH370 dan MH17, nasib baik ada para pegawai asing yang menasihati para penasihat komunikasi di JPM. Kalau tidak…hancus.
Sebenarnya, kita sudah sampai ke tahap BERGANTUNG kepada APCO dan para pegawai asing. Gaji mereka melampau tinggi. Ini semua guna dana kerajaan.
Apakah masih perlu lagi orang seperti PAUL STADLEN, SAM COATES dan ramai lagi yang menjadi tok dalang kepada kerja komunikasi gomen. Perlu?
Ada pegawai kanan kerajaan yang risau kerana orang seperti PAUL STADLEN ini sudah berkampung di Putrajaya macam tanah mak bapak dia. Tidak ada pejabat yang dihadkan kepada Paul. Tak ada rahsia. JPM, EPU, MINDEF, Bukit Aman, MAHB, KLIA, KLIA2, Parlimen – semuanya ada sentuhan PAUL STADLEN.
Bila nak habis? Bila nak berhentikan?
Apakah juak-juak komunikasi di PPM tidak boleh bekerja sendiri? Mesti ada bantuan APCO? Apa guna pangkat JUSA B dan sebagainya jika kita hanya ikut telunjuk Mat Saleh?
Terbaru, katanya PAUL STADLEN juga diberikan tugas untuk menjaga komunikasi KHAZANAH dalam isu MAS.
Kita dah balik zaman RESIDEN BRITISH. Penasihat. Semua dia nak nasihat di atas kepentingan dia.
PM balik bercuti diharapkan dapat buka mata lah. Sudah-sudahlah menggunakan Paul dan APCO ini.
Kalau dah ucapan Perhimpunan Agung UMNO pun Paul yang beri pandangan…rasanya kita dah dijajah lagi sekali.
Maklum Balas Pembaca