Archive for Ogos 15, 2014
Nur Jazlan Cadang PRU Pada 2016!
Dengan apa yang berlaku di Selangor, Nur Jazlan (Pengerusi PAC) cukup yakin bahawa PM patut memanggil PRU pada tahun 2016 dan tidak menunggu sehingga tarikh yang terlalu lewat.
Pada Nur Jazlan, 2016 adalah tarikh yang paling wajar kerana keadaan PR yang sedang berantakan dan tidak tentu hala. Pada Nur Jazlan, kalau tidak mengambil peluang ini, PM dan Kerajaan sudah melepaskan peluang untuk mencatatkan kemenangan 2/3 di Parlimen dan Negeri.
Kita ucap tahniah kepada keyakinan Nur Jazlan kali ini. Baguslah. Ada keyakinan yang cukup tinggi.
Soalnya, apakah benar UMNO/BN berada di dalam keadaan yang terbaik? Betulkah kita boleh menang 2/3 jika PRU diadakan pada tahun 2016? Nur Jazlan ikut sifir mana?
Nur Jazlan lupa dia hanya menang 3226 (bertanding dengan calon PAS yang tak pernah nampak muka pun selama ini). Betullah dia menang. Tapi ada jaminan Nur Jazlan sendiri boleh menang besar?
Nur Jazlan lupa 1486 (undi rosak – sebagai protes orang UMNO kerana dia memang tidak jaga kawasan?). Lupa?
Itu kalau Nur Jazlan seorang. Apa cerita dengan orang lain?
Nur Jazlan hanya rasa jika dibuat secepat mungkin, Salahuddin Ayob yang lawan dia di Pulai mungkin akan merosot lagi undinya. Itu atas kertas bro. Belum betul2.
Kita jangan percaya dengan wayang PR ini. Mereka kalau dah PRU, macamana pecah pun boleh bersatu semula.
Nasihat buat Nur Jazlan, buat kerja. Turunlah kawasan. Jangan asyik berada di BSC, PUBLIKA, PAVILLION. Turun kawasan bro. Jangan hanya pandai meramal, tapi tak turun membantu.
PM tengah susun di Sardinia, London, Paris, Rome tu. Sususan terbaik.
Maklum Balas Pembaca