‘Tentera Politik Azmin Mula Menawan SUK’
September 24, 2014 at 6:28 pm 3 comments
Wah…bukan main lagi hari pertama masuk pejabat MB Selangor, Azmin ditemani oleh bala tentera yang agak besar; turut ditemani seorang bernama ‘Pak Tua’ yang dikatakan akan memastikan Pejabat MB dipagari daripada unsur-unsur gangguan mistik dari segala sudut.
Susun atur meja MB juga diteliti semula. Semua peralatan diperasap sebagai tanda menjauhkan musibah. Anggota khas keselamatan diminta membawa ‘tracker’ kalau ada saki baki cctv/rakaman yang ditinggalkan oleh TSKI.
Seorang bekas anggota keselamatan Singapura juga dijemput untuk melakukan semakan akhir. Hanya jika dia angguk OK, barulah Azmin boleh masuk dan memulakan tugas.
Blog ini pernah timbulkan, sewaktu perbicaraan kes sodomi Anwar di Jalan Duta, anggota keselamatan Anwar semuanya dari Singapura. Komando dan anggota Malaysia tidak boleh dipercayai. Mereka pakai Singapura punya.
Tak cukup dengan ‘Pak Tua’, seorang sami Hindu juga dipinjamkan kepada Azmin. Diimport dari Ijok. Khusus untuk membersihkan tenaga kotor yang ada di dalam pejabat MB.
Ada yang berseloroh, ada benda-benda yang sudah disulap dengan darah haid. Ini tak tahu betul atau tidak.
Azmin nampaknya ambil langkah yang selamat. Semua kaedah dijaga agar dia tidak buat silap. Yang lebih suka kalau Azmin buat silap, bukan orang UMNO Selangor, tapi pimpinan PKR sendiri yang akan buat kenduri.
15 orang kakitangan PKNS sebelum ini yang dipecat oleh TSKI katanya akan menjadi core group di Bangunan SUK. 3 orang speech writers. 4 orang perunding polisi. Beberapa orang yang ditugaskan menjadi pegawai khas yang sangat khas kepada MB Selangor.
Kita harap Azmin jangan gelabah sangat. Bawak rilek brader.
Bak kata Azwan Ali…
‘Amboi…Amboi….Amboi’….
Entry filed under: Azmin, Azmin Ali, PKR. Tags: Anwar Ibrahim, Azmin, DAP, Gelagat Anwar, MB Selangor, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, TSKI.
3 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1 | September 24, 2014 at 7:29 pm
Mencegah lebih baik drp mengubati.
2. anonymous | September 24, 2014 at 8:00 pm
Paranoid, percaya tahyul, syirik, pakai askar upahan asing, kelilingi diri dengan kroni/barua….
Ada maklumat lagi tentang pak tua dan sami hindu ni?siapa lagi ahli politik yang pakai?
Langkah selamat apanya, selamat duit kerajaan Selangor masuk kocek penipu.
Ahli politik Malaysia mengarut.
3. Rakyat News: Tentera Politik Azmin Mula Tawan SUK | Perrrghhh | September 26, 2014 at 1:35 pm
[…] BLOG GELAGAT ANWAR – Siapa yang tengok muka Azmin waktu angkat sumpah, pasti tahu bahawa Azmin sebenarnya menahan air mata. Sebak. […]