Archive for November 24, 2014

Bajet Retorik Menteri Besar Berumur 63 hari

Menurut kalangan ADUN Selangor sendiri, tak ada apa yang hebat dalam Bajet 2015 Selangor yang pada awalnya digembar-gembur sebagai bajet terbaik di dalam abad ini. Azmin telah berulang kali bercakap kepada rakan-rakan rapatnya, Bajet Selangor 2015 akan meletakkan dirinya sebaris dengan PM/TPM. ‘Bekas MB Selangor’ bukan lawan saya, kata Azmin.
Kita boleh agak, Bajet Selangor 2015 ini ada sentuhan beberapa circle. Ada circle Anwar yang memberi input. Azmin kata, hanya pakai sekitar 15 % sahaja cadangan circle Anwar ini. Malah kata Azmin, kebanyakan ideanya masih lemah dan tidak sesuai dengan imej-nya sebagai JOKOWI SELANGOR.
Input yang lebih banyak diperoleh daripada 3/4 orang budak research baru yang telah Azmin pilih sendiri. Budak-budak muda yang memuja Azmin sebagai The Next Anwar.
Tak semua benda dalam bajet selangor itu buruk. Ada juga yang baik. Yang baik kita kena cakap sebagai baik lah.
Masukkan ADUN BN untuk terima bajet negeri itu baik. RM200,000 untuk setiap ADUN pembangkang itu kita kena puji lah. Memang bijak.
Strategi utama:-
1. Membesarkan lapisan kelas menengah.
2. Menjana pertumbuhan berkualiti.
3. Memberdaya ekonomi hawa dan generasi muda.
4. Pembangunan kejiranan hijau.
5. Menjana industri budaya dan intelektual.
6. Menyemarak ekonomi desa.
Pointers yang bagus:-
Sebagai negeri termaju, Selangor tidak boleh menggunakan kriteria paras kemiskinan Putrajaya. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menetapkan paras yang realistik dan bertanggungjawab iaitu RM 1,500 sebagai garis kemiskinan di Negeri Selangor. Menurut kriteria ini, 30 % daripada penduduk Selangor berada di bawah garis kemiskinan.
 
(Untuk Azmin mengakui 30 % rakyat Selangor itu berada di bawah garis kemiskinan itu agak berani). 
 
Maka, dana bagi mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu ditingkatkan. Kerajaan Negeri akan memperkasakan pembiayaan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). Kerajaan Negeri akan menaikkan siling peruntukan untuk kedua – dua dana kepada RM 100 juta berbanding hanya RM 70 juta sebelum ini. SkimSel ditingkatkan kepada RM 60 juta manakala MiMBAR dinaikkan kepada RM 40 juta.
 
(Wah, Azmin nak create kumpulan menengah dengan beri geran begitu sahaja. Ini sudah jadi kerja/belanjawan silap mata. Mungkinkah puluhan orang budak Azmin yang kena buang dari PKNS akan jadi usahawan kumpulan awal yang dapat dana ini?)
 
Bagi memperkukuhkan lagi sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah pro – aktif dengan melaksanakan penjenamaan semula Selangor State Investment Centre (SSIC) dengan nama baru iaitu Invest Selangor Berhad.
 
(Penjenamaan ini benda biasa sangat. Nak bagi projek kepada kroni lettew)
 
Memandangkan sektor pelaburan amat penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi, Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM 16.6 juta diperuntukkan bagi tahun 2015 dengan memberi tumpuan kepada aktiviti dan promosi pelaburan melalui usaha ekspo perdagangan bertaraf antarabangsa dan usaha E – Commerce.
 
(RM16.6 juta modal Azmin nak bawa orang PKR melancong. Lobi nak jadi Presiden lettew).
 
Demi membudayakan tradisi keilmuan di kalangan masyarakat, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM 60 juta kepada Universiti Selangor (UNISEL) bagi menjamin suasana pembelajaran yang kondusif, iaitu sebanyak RM 23.05 juta bagi tujuan membaik pulih asrama UNISEL dan sebanyak RM 40.73 juta bagi membaik pulih sistem pembentungan di Kampus Bestari Jaya. Untuk tujuan pembangunan ICT, satu peruntukan sebanyak RM 2.65 juta turut dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi menaiktaraf sistem rangkaian komputer.
 
(Ini baik. Kita beri markah A)
 
Justeru, mulai tahun 2015, Kerajaan Negeri bercadang untuk memperuntukkan sejumlah RM 10 juta setahun untuk Tabung Biasiswa Selangorku khusus untuk anak Selangor dari desa dan keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
 
(Ini pun bagus)
 
Program Hadiah Anak Masuk Universiti akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM 8 juta, khusus kepada pelajar Sarjana Muda dan Diploma sepenuh masa dari keluarga yang berpendapatan kurang RM 3,000 sebulan. Setiap mereka akan menerima RM 1,000 selepas mendaftarkan diri untuk tahun pertama di universiti.
 
(Idea asal Khalid Ibrahim. Ciplak)
 
Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan sejumlah 15,000 unit Rumah Selangorku pelbagai jenis akan dibina dalam tempoh 3 tahun mulai 2015.
 
(3 tahun 15,000 buah rumah. Kita tengok fakta ini 2017 nanti)
 
Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri akan membelanjakan RM 600 juta untuk memastikan kerja – kerja penyelenggaraan yang dibenarkan seperti Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) dilaksanakan sepenuhnya dengan efisyen dan bertanggungjawab. Kerajaan Negeri menggesa supaya PBT turut memberi penekanan terhadap penyelenggaraan jalan – jalan industri selain daripada pembaikan jalan di kawasan yang mempunyai tumpuan populasi penduduk yang tinggi.
 
(RM600 juta untuk projek jalan – rasanya kita boleh tahu kontraktor mana yang dapat nanti ni)
 
Kerajaan Negeri menjunjung kasih ke atas DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam atas pandangan jauh dan inisiatif Baginda dalam merundingkan dengan pelbagai pihak untuk kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ini
 
(Azmin Ali sendiri mengakui bahawa Tuanku Sultan berperanan besar dalam menyelesaikan isu Bible. Bukan dirinya. Perenggan 125). 
 
Ada benda baru dalam Bajet Azmin? Secara keseluruhannya, bajet yang sangat biasa dan tidak ada follow thru kepada program terdahulu. 
 
Harap Azmin dapat cecah 100 hari.

November 24, 2014 at 6:22 pm 1 komen


November 2014
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Capaian Umum

  • 75,348,413 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada