Archive for November 26, 2014
Muhyiddin Mula Gendang Perang???
Menjadi perbualan hangat di kalangan para perwakilan bahawa Muhyiddin sebenarnya sudah memulakan gendang perang untuk 2016. Mereka nampak dalam banyak inti ucapan Muhyiddin, membayangkan bahawa kepimpinan Najib ini sudah kurang menggigit dan wajar dilakukan perubahan.
Ini pandangan orang ramai. Bukan pandangan broker politik di Lobi Seri Pacific dan Riverside. Ini pandangan orang yang tahu menilai gerak silat yang dimainkan oleh pemimpin UMNO buat sekian lama.
Best thing untuk Muhyiddin, adalah untuk menawarkan untuk melepaskan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri; dan berikan tumpuan kepada kerja-kerja parti. Berani buat? Tak berani. Confirmed. Akan terganggu gugat lah industri hiliran yang selama ini mendapat hidayah kewangan daripada MoE dan JPM.
Ini termasuklah segala tender kantin, tender keselamatan, tender itu, tender ini yang selama ini turut digunakan untuk menjaga kepentingan ‘warlord’ dalam UMNO.
Kalau 2016 dilakukan pertandingan pun, Muhyiddin belum tentu lepas. Belum tentu. Kita tahu kekuatan Najib jaga orang. Gila-gila. Ketua Bahagian tertentu ada akses khas ke JPM dan MoF. Minta apa sahaja. Jalan.
Takpelah…kita tunggu 2016. Itupun kalau TSMY anak jantan nak lawan. Rasanya…ke laut.
Siapa dia yang dikatakan team impian Najib sebenarnya?
Kata seorang Ketua Bahagian di Pahang, antaranya:-
Presiden : Najib
Timb : Hisham
NP 1 : Jamaluddin Jarjis
NP 2 : Zahid Hamidi
NP 3 : Khairy Jamaluddin
KW : Highest bidder
KP : Azeez Rahim
KPu3 : Mana-mana anak Ketua Bahagian
Kata Ketua Bahagian tersebut, jika ada team ini, Najib boleh ada nyawa politik sekurang-kurangnya 15 tahun lagi.
Apapun kita tunggu ucapan Najib esok. Kalau ganas dan panas, nampaknya perwakilan 2016 kena nombor lah jawabnya!
Maklum Balas Pembaca