Zahid Hamidi; Surat Sokongan Membantu Kongsi Gelap Kepada FBI; Menyelamat Ketua Triad; Loyar Selebriti; Integriti Menteri dan Nama Baik KERAJAAN MALAYSIA
Januari 5, 2015 at 10:42 am
Ya, memang kita boleh upah orang menjawab bagi pihak kita. Lebih-lebih lagi loyar yang kita arahkan itu memang terkenal dengan nama yang harum dalam membebaskan mereka-mereka yang dituduh dalam mahkamah.
Soalnya, apakah proses biasa seorang Menteri menulis surat sokongan kepada FBI dan copy kepada Pejabat Loyar?
Apa cerita di sebalik surat ini? Ada kira-kira? Berapa upah Shafee Abdullah untuk dapatkan surat sokongan Menteri KANAN dalam Kerajaan Malaysia ini? Boleh bersikap telus dan nyatakan ‘fees structure’ loyar seperti Shafee dalam kes international seperti ini.
Blog ini nak bangkitkan soal INTEGRITI seorang Menteri dan Kementerian? Bolehkah Menteri KANAN berikan surat mengatakan individu itu bersih dan tidak terlibat dengan TRIAD? Memang itu praktisnya?
Apakah ini tidak menyalahi undang-undang?
Zahid antara Menteri Dalam Negeri yang kononnya paling garang dalam melancarkan perang kepada kongsi gelap. Pernah sebelum ini Zahid buat kenyataan:-
“Walaupun saya tidak campur tangan dalam urusan polis kerana saya telah memberikan kuasa sepenuhya (kepada Polis Diaraja Malaysia) untuk melancarkan gerakan besar-besaran namun saya ingatkan supaya polis lebih berhati-hati.
“Pada waktu yang sama kita minta orang ramai supaya berhati-hati kerana penjenayah adalah buta warna. Mereka tidak kenal siapakah mangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh semalam.
Soalnya, dalam kes Phua ini apa pula ceritanya?
Apakah mungkin ini sabotaj pihak tertentu kepada Pejabat Zahid?
Pihak mana yang nak tengok Zahid tertonggeng ini? Cuba bagi tahu sikit?
Pejabat Menteri mana yang ada hubungan baik dengan FBI?
Blog ini minta Menteri jelaskan. Kalau ianya adalah proses biasa untuk membebaskan Ketua Triad dengan sokongan Menteri KANAN, maknanya memang ada lah surat yang sama sebelum ini? Boleh KDN nyatakan berapa jumlah surat ‘menyelamat’ yang pernah dikeluarkan untuk tempoh 2010-2015?
Kementerian Dalam Negeri mencadangkan agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diperkukuhkan lagi dengan membenarkan maklumat daripada semua intipan komunikasi diambil untuk digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah bagi menangani sebarang aktiviti keganasan dalam negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, undang-undang sedia ada termasuk SOSMA dilihat kurang berkesan dari segi pencegahan kerana setiap pendakwaan memerlukan bahan bukti yang jelas di mahkamah.
Apa guna SOSMA diperkukuh kalau MENTERI KANAN sendiri keluar surat sokongan kepada Ketua TRIAD???
Zahid kena hati-hati. Dalam politik, kawan boleh makan kawan tau. Sambil senyum meleret dan peluk ketat, keris dihunus menikam tang belakang.
Entry filed under: Zahid Hamidi. Tags: FBI, INTEGRITI, Kementerian, kongsi gelap, Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri KANAN, TRIAD, Zahid Hamidi.
1. Zahid Hamidi; Surat Sokongan Membantu Kongsi Gelap Kepada FBI; Menyelamat Ketua Triad; Loyar Selebriti; Integriti Menteri dan Nama Baik KERAJAAN MALAYSIA | News Malaysia | Januari 5, 2015 at 11:16 am
[…] Apakah mungkin ini sabotaj …read more […]