PMO Bergantung Harap Kepada Lim Sian See. Perkembangan Bagus.
Mac 2, 2015 at 1:46 pm 7 comments
Satu perkembangan yang bagus apabila kalangan jentera media PMO yang sebelum ini buat muka ketat dan berlagak hebat, mula turun ke bawah dan mengajak mereka yang ada point-point bagus untuk membantu PMO.
Dengan erti kata lain, mereka yang ada di dalam PMO itu adalah mereka yang sudah tidak lagi relevan dan wajar dikekalkan. Elok mereka resign dengan terhormat, dan mula menjaga bisnes mereka secara full time.
Lagipun, dengan kereta baru seperti Bentley, takkanlah mereka tak malu mendapat khidmat nasihat daripada facebooker. Malu kot. Sudahlah makan gaji buta buat sekian lama. Kerja paling penting pun hanya mengurus jumlah media sewaktu sidang akhbar. Itu kerja kerani bro. Bukan level Jusa B.
IQ 190
Mat nama Lim Sian See ini pada mulanya bagus. Tak suka orang kenal. Kerja belakang tabir. Tak heboh satu Malaya.
Tapi selepas dapat bertemu dengan PM dan diakui oleh PM sebagai seorang yang bijak dan pandai dalam mematahkan hujah lawan, lobi hotel dah jadi tempat Mamat ni cari makan lebih.
Habis semua benda dia tabur. Pernah bantu Menteri itu lah. Pernah bantu Ahli Parlimen inilah. Pernah ditawarkan kerja oleh orang itu lah. Tunjuk semua sms yang orang minta dia nasihat dan pandangan.
Baguslah, tapi ini jelas menunjukkan mereka yang ada di koridor kuasa adalah mereka yang malas berfikir nak mempertahan PM. Kalau 14 kabinet member memerlukan khidmat Lim Sian See, elok sahaja Lim Sian See dilantik jadi Senator dan menggantikan ahli kabinet yang ada! Jimat.
Lim Sian See siap ada senarai para Menteri/VVIP yang sentiasa sahaja memerlukan khidmatnya:-
– YB Mah
– YB Rahman Dahalan
– YB Wee Ka Siong
– YAB PM
– MCA
– Gerakan
– UMNO
– Dato’ Sri Farid Ridzuan (memujuk Lim Sian See berada di bawah payrollnya)
– Dato’ SUA Bentley
– Azeez Rahim
– Aziz Sheikh
– Reezal Marican
– Nancy Shukri
Lim Sian See bukan setakat tayang sms, malah tunjuk segala email yang meminta khidmat nasihat dalam segenap perkara.
Kalau Lim Sian See boleh nasihatkan semua orang di atas elok PM lantik dia seberapa segera sebagai orang kanan.
Setiausaha Agung BN pun boleh. Apa kata berikan orang IQ 190 macam Lim Sian See jaga gomen.
Atau lantik Lim Sian See sebagai Penasihat 1MDB – dibayar oleh Jho Low. Rasanya Jho Low dan Lim Sian See boleh jadi kombinasi PM/TPM Malaysia yang berjaya. Orangnya pun masih muda, agak kacak juga. Setaraf kacaknya dengan Farid Ridzuan. Auuwww.
Entry filed under: PMO. Tags: Farid Ridzuan, Jusa B, Lim Sian See, Menteri, Penasihat 1MDB, Perdana Menteri, PM, PMO, Setiausaha Agung BN, VVIP.
7 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Amikie | Mac 2, 2015 at 3:43 pm
I thought Lim Sian See is a women. Is he really a chinese ?
2. Tanpa Nama | Mac 2, 2015 at 5:28 pm
Nak fitnah pun agak2lah. Dia bukan mamat.
3. Ka Sian See | Mac 23, 2015 at 4:17 pm
jangan jadi bodoh bro…dia lelaki lah
4. Marc | Mac 2, 2015 at 6:43 pm
Cakap pakai otak
5. Tanpa Nama | Mac 3, 2015 at 8:31 am
camne ke rupanya LSS ni? Google x jumpa plak
6. Raymond | Mac 11, 2015 at 6:40 am
LSS is not who she is saying and pretending. Read the incisive comments by Chris Chang https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1639709419581179&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1&theater¬if_t=comment_mention
7. Johan | Mac 25, 2016 at 3:50 pm
Pakatun