Archive for April 6, 2015
Takziah Untuk TSJJ dan Dato’ Azlin
Apa sahaja pun yang ingin dikatakan, memang benar mereka berdua adalah “brain” yang berpengaruh dan penting dalam menggerakkan PMO. Soal jasa bakti, kita serahkan kepada Al Khalek yang menjadi penentu kepada apa sahaja timbangan mizan yang bakal mereka tempuh.
PMO mesti terasa dengan kehilangan mereka berdua. Sudahlah Allahyarhham Poad pergi terlebih awal, kali ini dua nama besar di PMO juga terlibat dengan nahas.
Blog ini pernah menulis beberapa kali mengenai JJ. Semuanya berasaskan kebenaran dan tidak bersifat fitnah.
Azlin memang sukar untuk mencari sebarang kelemahan. Beliau amat dihormati dan mempunyai budi bicara seorang statesman yang unggul.
Azlin sebenarnya layak dipertimbang untuk dibawa ke Parlimen mahupun ke Kabinet sekalipun. Banyak kertas kerja untuk pertimbangan PM yang diperhalusi dengan baik dan menyeluruh. Ini baru kata staff yang add value.
Sebagai tanda hormat kepada Allahyarham JJ dan D Azlin (dan semua mangsa lain), blog ini tidak mahu membuat sebarang posting politik.
Takziah. Alfatihah.
The hour of departure has arrived and we go our ways; I to die, and you to live. Which is better? Only God knows.
Maklum Balas Pembaca