Archive for April 15, 2015
Demonizing Tun M: Good Strategy? Strategi Budak Tingkat 4 Berulang Kembali?
Blog ini cukup pelik apabila masih ada lagi Penasihat yang beria-ia mengatakan Mahathir adalah force yang sudah basi dan tidak perlu dihormati lagi. Penasihat sama beria-ia membisikkan ke telinga PM, kali ini, Mahathir mesti digambarkan sebagai pemimpin draconian dan tidak pernah membawa Malaysia maju secara politik.
Dimaklumkan bahawa, antara yang bersungguh untuk menjahanamkan imej Tun M ini adalah Mamat “H” yang sudah banyak kali dilaporkan dalam blog ini.
Kalangan pengamal media yang menerima EXTRA ALLOWANCE mengikut sahaja cakap dan mula menyiarkan penulisan yang memburukkan Tun M dalam segala segi.
Blog ini hanya ingin tahu samada strategi ini berkesan?
Atau strategi BAYAR DAN AMPU – seperti yang berlaku kepada beberapa blogger pro TUN M sebelum ini lebih berkesan.
Menurut sumber, beberapa blogger yang sebelum ini terkenal sebagai penyokong kuat Tun M sudah seperti diikat tangan dan otak mereka daripada menulis sesuatu yang negatif kepada kerajaan. Semuanya ok dan cantik sahaja.
Nampaknya, ini bukan lagi soal prinsip, tetapi soal RINGGIT DAN SEN.
Tahniah kepada yang menerima bajet yang besar untuk tujuan ini. Tahniah kerana jiwa anda berjaya ditambat dengan wang ringgit untuk dijual sebegitu rupa.
Halal haram kita letak tepi. Yang penting, poket penuh dan LIFESTYLE of the RICH AND FAMOUS mampu dikekalkan.
Zaman Pak Lah pun begitu juga. Tun M diburukkan oleh budak-budak Tingkat 4. Sudahnya tak tahan juga. Belayar juga Perdana Menteri.
Sekarang tak ada budak-budak Tingkat 4. Tapi mamat mana pulak yang bagi nasihat bukan-bukan ni?
Lebih dahsyat, level kurang adab Mamat H dan konco-konconya boleh tahan. Mungkin dah biasa bergaul dengan orang jahat, strategi pun lebih jahat.
Maklum Balas Pembaca