Demonizing Tun M: Good Strategy? Strategi Budak Tingkat 4 Berulang Kembali?
April 15, 2015 at 6:45 pm 4 comments
Blog ini cukup pelik apabila masih ada lagi Penasihat yang beria-ia mengatakan Mahathir adalah force yang sudah basi dan tidak perlu dihormati lagi. Penasihat sama beria-ia membisikkan ke telinga PM, kali ini, Mahathir mesti digambarkan sebagai pemimpin draconian dan tidak pernah membawa Malaysia maju secara politik.
Dimaklumkan bahawa, antara yang bersungguh untuk menjahanamkan imej Tun M ini adalah Mamat “H” yang sudah banyak kali dilaporkan dalam blog ini.
Kalangan pengamal media yang menerima EXTRA ALLOWANCE mengikut sahaja cakap dan mula menyiarkan penulisan yang memburukkan Tun M dalam segala segi.
Blog ini hanya ingin tahu samada strategi ini berkesan?
Atau strategi BAYAR DAN AMPU – seperti yang berlaku kepada beberapa blogger pro TUN M sebelum ini lebih berkesan.
Menurut sumber, beberapa blogger yang sebelum ini terkenal sebagai penyokong kuat Tun M sudah seperti diikat tangan dan otak mereka daripada menulis sesuatu yang negatif kepada kerajaan. Semuanya ok dan cantik sahaja.
Nampaknya, ini bukan lagi soal prinsip, tetapi soal RINGGIT DAN SEN.
Tahniah kepada yang menerima bajet yang besar untuk tujuan ini. Tahniah kerana jiwa anda berjaya ditambat dengan wang ringgit untuk dijual sebegitu rupa.
Halal haram kita letak tepi. Yang penting, poket penuh dan LIFESTYLE of the RICH AND FAMOUS mampu dikekalkan.
Zaman Pak Lah pun begitu juga. Tun M diburukkan oleh budak-budak Tingkat 4. Sudahnya tak tahan juga. Belayar juga Perdana Menteri.
Sekarang tak ada budak-budak Tingkat 4. Tapi mamat mana pulak yang bagi nasihat bukan-bukan ni?
Lebih dahsyat, level kurang adab Mamat H dan konco-konconya boleh tahan. Mungkin dah biasa bergaul dengan orang jahat, strategi pun lebih jahat.
Entry filed under: Mahathir, Tun M. Tags: Mahathir, Tun M, Tun Mahathir.
4 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. arjuna waspada | April 16, 2015 at 12:45 am
GERAKAN ETD Najib.aka Najib is not Irreplaceable.
Sudah sampai masa untuk teruskan GETDN.(gerakan estimated time of Departure Najib).
Cukup lah dengan lakonan lakonan pelakon pelakon tambahan.
KJ cukup lah dengan opportunis kamu.Orang OXON konon.
STOP KJ.
Destroy apple polishers.
Najib is not irreplaceable.
He is Clueless.
Gerakan GETDN mesti daftar NGO.
Semua mesti ikut undang undang.
Pemimpin dan pelapis ramai.
Blogger pun ramai. Syarat Aliff BA TA.
TDM, You are not alone.
#2 arjuna waspada
changkat lobak.
2. berasiam | April 16, 2015 at 9:08 am
Antara yang paling menonjol ialah seorang yang telah begelar datuk, seorang telah menjawat ceo dan seorang lagi yang telah kalah saman 5juta oleh airasia. Bila dikritik dalam komen diblognya, mereka tidak akan siarkan komen. Mungkin kerana itulah Tun mengeluh bahawa beliau keseorangan selepas perjumpaan dengan blogger. Tapi wajar dipertimbangkan, di antara beberapa kerat blogger itu dengan bilangan ketua cawangan (kcu) di seluruh negara, sudah tentu kc jauh lebih ramai. Selama ini kcu tidak dipandang sebelah mata pun oleh pihak pucuk pimpinan. Yang mereka ambil berat ialah kbu. Sedangkan kcu adalah pemimpin akar umbi yang sebenar. Segala cemuhan dan aduan akan sampai kepada kcu secara terus kerana kc yang bersemuka dengan ahli dan masyarakat. Apa yang kcu dapat dari perjuangan mereka berbanding dengan beberapa kerat blogger yang telah dibangangkan oleh presiden secara terbuka. Jelas kcu tidak mempunyai sebarang nilai pada pandangan pucuk pimpinan parti. Untuk bermesyuarat pun, kcu terpaksa keluar belanja sendiri. Blogger semua dapat habuan ribuan ringgit sebulan. Untuk laksana aktiviti, kcu juga tidak punya sumber kewangan yang jelas dari pihak parti. Blogger dapat semua kemudahan komunikasi termasuk gajet dan jalur lebar. Cawangan sendiri tidak memperoleh kemudahan jalur lebar untuk manfaat masyarakat setempat. Begitu jauh jurang layanan pucuk pimpinan kepada kcu dan blogger upahan. Maka kcu sebagai pemimpin akar umbi sebenar wajar menuntut pucuk pimpinan memberika peruntukan terus kepada mereka tanpa melalui kbu. Ada lebih 20,000 kcu di seluruh negara kecuali sarawak. Jho Lo kata masing-masing kaut bilion-bilion bolehlah share dengan kcu di seluruh negara. Barul;ah akar umbi beri sokongan kepada pucuk pimpinan. Jika buat bodoh memperbodohkan kcu, bolehlah pucuk pimpinan arahkan blogger bangang upahannya untuk buat kerja=kerja parti. Blogger dibayar, kcu banyak keluar duit sendiri. Berbaloilah begitu demi politik wang. Sehingga sekarang belum ada seorang pun kcu yang melafazkan sokongan dan ikrar taat setia kepada najib sebagai perdana menteri. Maksudnya sokongan akar umbi masih sebagai andaian semata2. Kalau dulu mungkin hulur bila musim pemilihan tapi sekarang sebab boleh upah blogger tiap-tiap bulan, kcu pun mahu yang serupalah. Kalau buat senyap aja, kcu pun buat senyap jugak sokong Tun Mahathir.
3. Rip | April 17, 2015 at 11:13 am
Kalau banyak songeh pasal peruntukan tak turun, elok tak payah pegang jawatan parti.
60 tahun dulu, ahli dan ketua yang sumbang pada parti.
4. Ka Sian See | April 17, 2015 at 12:08 pm
pandangan ini benar.