Archive for April 24, 2015
Rompin dan Budaya Politik Outsourcing
Turun dua hari ke Rompin, sudah cukup untuk blog ini membuat kesimpulan bahawa gerakerja parti masih berada di standard lama dan lesu. Masih lagi berkira-kira tentang “berapa nak kena bayar untuk dapatkan undi’, sedangkan usaha membangun sokongan secara sukarela seperti masih di peringkat zero.
Bila Sang Menteri diberikan tugasan menjaga Rompin, kita sudah boleh agak cara kerjanya. Cuma beza kali ini, ada beberapa nama yang disebut-sebut sebagai pakar strategi baru kepada parti dan kerajaan.
Dua nama ini dikatakan mempunyai killer instinct untuk memastikan kemenangan lebih bergaya kepada calon BN.
Pada kebiasaannya, beberapa agensi diberikan amanah dan tugasan untuk mendapatkan feedback dan maklum balas. Tapi kali ini, ada agensi baru yang diberikan lesen besar untuk bergerak ke bawah dan kononnya membuat kerja-kerja bawah tanah.
Salah seorang, adalah seorang YB yang pernah menjawat banyak jawatan dalam kerajaan. Ironi, semua jabatan yang dia pegang, kelam kabut dan huru hara. Hancur. Kali ini, pegang satu Jabatan baru, yang kononnya akan memastikan jutaan belia kepada BN.
Minta maaf cakap, individu ini tidak ada kemampuan pun. Hanya setakat bercakap dan mengampu Pak Menteri dan Perdana Menteri. Gerakerja tak tersusun. Kacau bilau.
Gandingan bersama Dato Kurang Inci Heitech Padu nampaknya mendominasi kerja parti. Yang sedapnya, individu sama juga yang hampir menyebabkan Sang Menteri tergolek dalam PAU yang lalu. Kali ini, kononnya boleh pastikan kemenangan melebihi majoriti yang lalu.
YB Hampas dan Dato Kurang Inci inilah penggerak kononnya paling berkesan di Rompin.
Ramai orang hanya jadi pemerhati. YB Hampas dan DKI akan susun semua jadual dan capaian politik.
Ramai orang kuat parti sendiri sudah berbulu dengan sembang lebat dua orang ini. Cerita-cerita tentang komplot jatuhkan Najib ini cerita sampingan sahaja. Cerita paling utama, bagaimana Menteri senang lenang outsourced kerja kepada orang lain.
Bajet? Unlimited. Cakap sahaja berapa nak.
Thorbaek!
Maklum Balas Pembaca