Archive for April 29, 2015
Khabar Angin Seorang Mantan Menteri Akan Menggantikan Tempat JJ. Tempat Arwah JJ Yang Akan Memudahkan KJ.
Dalam banyak-banyak khabar angin, apa yang sedang menjadi bualan di kalangan orang kanan KJ adalah perkara yang paling menarik pada ketika ini. Mungkin terlalu teruja dengan berita yang mereka dapat, budak-budak Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah menyambut berita kembalinya ahli keluarga KJ ke Putrajaya sebagai sesuatu yang sangat positif kepada boss mereka.
Menurut cerita, seorang bekas Menteri dari Negeri Sembilan akan dilantik sebagai Penasihat Khas YAB PM Bertaraf Menteri dalam masa yang terdekat ini.
Dengan hakikat UMNO akan bertempur tahun hadapan (sekiranya usul untuk menangguhkan Pemilihan gagal), maka mantan Menteri ini sememangnya mempunyai kuasa mencatur yang sangat mantap di dalam PMO.
Siapa kata Najib tidak baik? Mantan Menteri yang banyak mengutuk, menghina, menidakkan, menafikan kepimpinan Najib akan diserap kembali ke dalam sistem kerajaan. Ini sesuatu yang positif kepada KJ.
Kenapa mesti tempat JJ orang Pahang?
Ah, siapa peduli soal Penasihat dari negeri mana. Yang penting buat kerja. Bantu Najib. Bantu KJ. Selesai.
Katanya, Najib amat gembira dengan strategi lambung dan julang yang dibuat oleh Pemuda UMNO. Najib merasakan ini adalah satu usaha hebat Pemuda UMNO Malaysia.
Silap Wanita dan Puteri tidak lambung dan julang. Kalau tidak, rasanya ada kemungkinan Kak Ijat dan Emy pun masuk kabinet.
Jika khabar angin ini benar, maka KJ akan mendapat laluan yang sangat mudah untuk menjejaki kerusi Naib Presiden. Berdasarkan rating, tempat kedua dalam tangan. Kalau mahu nombor 1, mesti ada game sedikit di beberapa buah negeri.
Politik Malaysia apa pun boleh jadi. Asalkan pengerasnya bagus dan baik.
Maklum Balas Pembaca