Benarkah PM Beri Amaran Supaya Anggota Kabinet Letak Jawatan Jika Tak Sehaluan? Benarkah? Apa Bukti? Atau Raja Petra Sudah Jadi Pembawa Berita Kebenaran Kepada Kerajaan?
Jun 1, 2015 at 5:39 pm 1 komen
Perkara nombor wahid, jangan terlalu percaya dengan seorang yang pernah makan gaji dengan musuh. RPK bukan calang-calang blogger. Pernah jadi flag-bearer kepada Free Anwar punya cerita. Diberi peruntukan berjuta untuk bantu bawa imej positif Anwar di peringkat antarabangsa.
Sekarang ini, kita guna penulis sama untuk bantu imej kita. Orang macam ini, sekali pusing dia pusing habis.
Sebab itu, kena banyak hati-hati kalau berurusan dengan orang macam ini. Bahaya. Takut kalau kita tak mampu tawarkan apa yang dia mahu, kita pulak dibalunnya.
Sebab itu, cerita pasal PM beri amaran di dalam mesyuarat kabinet ini kena disahkan dahulu. Betulkah semua tunduk pandang kasut. Betulkah ada cabaran supaya mereka yang tak setuju, letak jawatan?
Sebab kita tahu, pemimpin sama tak boleh cakap NO kepada kepada orang pun. Semua ok dan yes. Cerita pasal 12/13 syarikat dapat minit yang sama (untuk dapatkan projek) bukan sahaja berlaku zaman Pak Lah. Zaman sekarang pun berlaku. Pening kepala KSU bila dapat minit dan wahyu.
Boleh mana-mana Menteri Kabinet sahkan perkara ini?
Atau ini strategi Habibul nak up-kan kehebatan sahaja?
Habibul jangan main suka spin cerita, sebab kalau silap spin, boleh beri masalah kepada boss juga. Apatah lagi kalau cerita itu tak betul.
Soal cabar mencabar letak jawatan ini bukan benda main-main. Gordon Brown pun berhadapan masalah sama. 6 orang ahli kabinet letak jawatan. Huru hara dibuatnya.
Atau ini nasihat APCO untuk PM nampak lebih hebat dan kuat.
Kalau APCO/Pegawai Media Gordon Brown pernah jahanamkan boss mereka, kali ini nak kenakan Najib pulak?
Entry filed under: Perdana Menteri. Tags: APCO, Menteri Kabinet, Raja Petra, Raja Petra Kamaruddin, RPK.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Benarkah PM Beri Amaran Supaya Anggota Kabinet Letak Jawatan Jika Tak Sehaluan? Benarkah? Apa Bukti? Atau Raja Petra Sudah Jadi Pembawa Berita Kebenaran Kepada Kerajaan? | Berita Malaysia | Jun 1, 2015 at 5:41 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]