Xavier Justo – Untung Kepada Siapa?
Jun 24, 2015 at 5:19 pm 1 komen
Bukan main lagi banyak blog yang memuji melambung-lambung, kononnya masalah 1MDB akan selesai bila Xavier Justo kena tahan di Thailand. Mereka benar-benar merasakan, selesai semua isu selepas ini. Isu hutang. Isu duit di Cayman dan BSI. Isu TRX. Isu mismanagement dan sebagainya.
Baguslah kalau selesai. Rakyat pun tak larat nak tengok sebuah kerajaan yang macam sentiasa tak kena. Lepas satu satu. Lepas skandal, ada skandal lagi.
Kalau Xavier Justo dapat beri penyelesaian, kita ucap tahniah kepada semua. Tak kiralah kepada kerajaan atau siapa sahaja yang memang menunggu hadirnya seseorang yang akan selesaikan isu 1MDB.
Kalau sebelum ini kita ingat anak Mat Rahmat yang dapat selesaikan, rupanya Xavier Justo yang jadi penyelesai masalah. Harap begitulah. Jangan dia pulak tambah masalah.
Memang pelik, jika seorang yang dah dibayar berbelas juta, masih lagi mahu ugut syarikat lama. Tapi apa pun boleh jadi dalam dunia sekarang. Kawan boleh jadi lawan. Lawan boleh jadi kawan. Musuh boleh jadi pembantu. Asal kena dengan HARGA-nya.
Kita tengok apa sahaja yang akan berlaku selepas daripada ini.
Kita kan kuat. #Nothing2Hide.
Kalau Xavier Justo pun pakai amalan sama, maka akan terlambaknya semua cerita.
Mari kita tengok…….siapa yang kena…..
Terima kasih Thailand.
Sisipan cerita lama. Tak ada kena mengena.
Najib arrives in Bangkok to thank Thai PM, on same day as government jet
Entry filed under: 1MDB. Tags: 1MDB, BSI, Cayman, TRX, Xavier Justo.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Xavier Justo – Untung Kepada Siapa? | Berita Malaysia | Jun 24, 2015 at 5:24 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]