Nyawa Extension 18 Bulan. Untung atau Rugi Kepada UMNO/BN?
Jun 29, 2015 at 11:50 am 3 comments
Najib dalam beberapa ucapan perhimpunan agung umno selalu cakap pasal game changer. Istilah game changer bunyinya sedap. Dengar macam transformasi sangat. Bila kena di gegendang telinga, wow…umno dah ready untuk sesuatu yang besar ni. Apa dia? Belum tahu?
Setakat ini, umno punya game changer adalah kaedah pemilihan. Walaupun makan berjuta ringgit (burrrpppp…sesiapa yang dapat tender); tapi nampak baguslah. Lagi ramai orang dapat memilih. Konon macam semua AJK Cawangan mengundi lah. Nampak macam hebat.
Tapi bila Najib pakai lagi klausa penangguhan ni, rasanya macam tak game changer sangat lah. Nampak macam kurang berani. TMJ pakai istilah lain. Tapi blog ini pakai kurang berani.
Apa sangat nak ditakutkan jika Ketua-Ketua Bahagian sudah dilunakkan dengan BR1M berjumlah ratusan ribu seorang? Apa nak ditakutkan kalau duit sudah luruh? Apa nak ditakutkan kalau Muhyiddin doesn’t have the numbers? Apa nak dirisaukan kalau jentera Muhyiddin lemah dan lesu? Apa nak ditakutkan kalau Muhyiddin banyak momok dalam almari?
Kalau pemilihan UMNO di ON kan mengikut jadual, malah diawalkan kerana mahu memberi masa kepada kepimpinan baru (siapapun dia) menyusun strategi pilihanraya; nescaya PM akan mampu menterjemah keinginan game changer dengan lebih baik.
Ini tidak. Kita tangguh lagi. Bayangkan keperluan ahli umno terpaksa menahan kepimpinan lemah di peringkat bahagian selama 3 tahun lagi. Kalau bersih dan tak ada skandal tak apalah. Ini nanti, serabut dengan macam-macam cerita.
Najib kena tengok balik semua Ketua-Ketua Bahagian. Yang lemah dan tidak ada program, kena ganti dengan Timbalan. Bagilah pengeras sedikit. Tak gitu pun bagi juga duit kan. Suruh resign. Beri kepada pemimpin baru.
Ramai daripada 191 Ketua Bahagian tu pun kaki sangap dan songlap. Tak buat kerja. Songlap bukan main lagi.
Entry filed under: UMNO. Tags: AJK Cawangan, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin, Najib, Najib Tun Razak, UMNO.
3 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Nyawa Extension 18 Bulan. Untung atau Rugi Kepada UMNO/BN? | Berita Malaysia | Jun 29, 2015 at 12:09 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]
2. The weird mental state of 1MDB bosses and the politicians « Jebat Must Die | Jun 29, 2015 at 3:05 pm
[…] 4) Nyawa Extension 18 Bulan. Untung atau Rugi Kepada UMNO/BN? […]
3. atong | Jun 30, 2015 at 12:14 am
cuma mangkok sahaja yang akan terus memilih hayun.