Archive for Julai, 2015

Jika Nak Naik Markah Politik – Tarik Balik Penangguhan Pemilihan UMNO. Biar Ahli Tentukan Siapa Layak Pegang Jawatan. Berani???

Tiba-tiba, Setiausaha Agong UMNO menghantar notis pembatalan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Jamuan Hari Raya pun batal. Semua batal.
PC Muhyiddin pagi tadi meletakkan dirinya sebagai Statesman yang unggul. Saya akur. Saya ikut keputusan whip. Saya tidak fikir akan ada undi tidak percaya. Saya tidak akan ganggu kesatuan dalam parti. Saya akan laksana tugas.
Memang benar rombakan kabinet adalah preregotif Perdana Menteri. Tapi pemilihan UMNO bukan begitu. Suara ahli jangan diketepikan. Kalau kita rasa kita kuat, apa yang kita nak takutkan. Lawanlah.
Rasanya dalam suasana kacau bilau pemikiran sekarang, melaksanakan pemilihan UMNO adalah langkah yang terbaik. Elok, jika Zahid (yang-gagah-perkasa-disokong-penuh-oleh-seluruh-alam-buana) berhadapan dengan Muhyiddin secara berdepan. Do or die. Senang.
Jika ini berlaku, mandat yang bakal diperoleh Presiden, Timb Presiden, Naib-Naib Presiden dan seluruh MT adalah jelas dan tidak mampu disangkal. Siapapun yang kepingin menjadi #Jebat, boleh bertanding di dalam medan. Buka langkah. Pamerkan jurus.
Rasanya, ini satu jalan terbaik dalam memastikan UMNO akan solid molid selepas apa yang berlaku.
Atas kertas, Zahid akan tewaskan Muhyiddin 89 tiang. Tersungkur Muhyiddin tanpa mampu bernafas politik kembali. Kerajaan kurnia Tun, dia boleh relaks makan mi bandung di bazar Muar.
10.17 Majlis Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.
Jika persetujuan untuk menangguhkan pemilihan ini ditarik balik – maka UMNO akan menyaksikan pemilihan secara open dan berdasarkan merit. Jika jentera Zahid solid seperti yang diceritakan, maksimum, Muhyiddin hanya akan dapat 8 undi Bahagian. Menang bergaye yeop. Lepas tu tak ada suara Muhyiddin.
Ini sahaja jalannya nak betulkan keadaan. Jangan tangguh. Jika boleh, percepat. Dapatkan persetujuan melalui Mesyuarat Agung Khas.
Inilah masanya nak padamkan elemen #Jebat dalam UMNO.
Takkan Zahid atau mana-mana pimpinan takut.
Tempat Zahid pun ada orang lain yang intai. Barulah orang respek UMNO kuat dan berani.
Sampai bila nak tangguh Mesyuarat MT?
Nak cari salah Muhyiddin. Tang mana?

TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

 6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

     6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.

6.1.2 Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.

6.1.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.

6.1.4 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.

6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.

6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.

6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh Negara.

Julai 29, 2015 at 5:01 pm 2 comments

Rombakan Kabinet: Tahniah NAJIB Kerana Akhirnya Ada Keberanian Bertindak

Nampaknya kali ini PM betul-betul tunjukkan langkah untuk berdepan dengan sesiapa sahaja. Selepas disindir di UMNO Cheras, nampaknya PM tak boleh tahan dan rasanya wajar mengambil tindakan.
Kita ucap TAHNIAH di atas keberanian ini, dan mendoakan kabinet baru PM nanti akan mampu memberikan impak dan kesan yang terbaik kepada kerajaan dan parti. Sementelahan kuasa ada di tangan Perdana Menteri, gunakan sebaik mungkin untuk memastikan survival terus terjaga dan terpelihara.
Kita cuma harap PM tidak under estimate kesan kepada tindakan seperti ini. Mungkin juga, tidak ramai Ketua Bahagian yang seiringan dengan TPM, tetapi beliau masih ada pengikut dan pendokong yang setia. UMNO yang terpecah-pecah, bukanlah satu resipi baik untuk masa hadapan politik Malaysia.
Apa Pilihan Muhyiddin?
Kekal sebagai TPM, dan tidak berportfolio adalah juga satu penghinaan. Elok agaknya dikeluarkan terus dan Muhyiddin bergerak dari luar kabinet.
Ada juga yang meminta Muhyiddin menggerakkan Harapan Baru di dalam UMNO. Macam-macam cadangan.
Kita semua tahu, Muhyiddin bukan calang-calang pemimpin. Ada jurus dan ilmu memimpin.
Tapi apa yang berlaku ini adalah satu dinamisme luar biasa segar dalam politik Malaysia. Segala-galanya berubah dalam masa satu hari.
Agaknya PM dah baca buku 48 Laws of Power:-

4 Ways To Safe-Guard And Grow Your Reputation

1. Never appear desperate in your self-defense against the slander of others
Do not let yourself get angry or defensive at the slanderous comments of your enemies, it reveals insecurity, not confidence in your reputation. Take the high road instead, and never appear desperate in your self-defense.
(Tengok macamana Najib salam Muhyiddin di open house CIMB. Cool. Confident. Pahlawan Bugis. Belakang ada keris).

2. Sow doubt and spread rumors about your rival
An attack on another man’s reputation is a potent weapon, particularly when you have less power than he does. He has much more to lose in such a battle, and your own thus-far-small reputation gives him a small target when he tries to return your fire.
P.T. Barnum used such campaigns to great effect in his early career. But this tactic must be practiced with skill; you must not seem to engage in petty vengeance. If you do not break your enemy’s reputation cleverly, you will inadvertently ruin your own. Even if they vehemently deny it, people will still be wondering why they are so defensive. Barnum used this tactics to ruin his competition’s Peale’s reputation by sowing doubts about Peale’s museum stability and solvency. Doubt is a powerful weapon: Once you let it out of the bag with insidious rumors, your opponents are in a horrible dilemma. On the one hand they can deny the rumors, even prove that you have slandered them. But a layer of suspicion will remain: Why are they defending themselves so desperately? Maybe the rumor has some truth to it? If, on the other hand, they take the high road and ignore you, the doubts, unrequited, will be even stronger. If done correctly, the sowing of rumors can so infuriate and unsettle your rivals that in defending themselves they will make numerous mistakes. This is the perfect weapon for those who have no reputation of their own to work from.

(Sebaik sahaja Muhyiddin balun, macam-macam cerita zaman MB Johor yang keluar. Nampak? Ini semua permainan. Kita kena faham).

3. If you go too far in attacking another’s reputation, it draws more attention to your wrongfulness than to the person you are slandering. 
Thomas Edison, considered the inventor who harnessed electricity, believed that a workable system would have to be based on direct current (DC). When the Serbian scientist Nikola Tesla appeared to have succeeded in creating a system based on alternating current (AC), Edison was furious. He determined to ruin Tesla’s reputation, by making the public believe that the AC system was inherently unsafe, and Tesla irresponsible in promoting it. To this end he captured all kinds of household pets and electrocuted them to death with an AC current. When this wasn’t enough, in 1890 he got New York State prison authorities to organize the world’s first execution by electrocution, using an AC current. But Edison’s electrocution experiments had all been with small creatures; the charge was too weak, and the man was only half killed. In perhaps the country’s crudest state-authorized execution, the procedure had to be repeated. It was an awful spectacle. Although, in the long run, it is Edison’s name that has survived, at the time his campaign damaged his own reputation more than Tesla’s. He backed off. The lesson is simple—never go too far in attacks like these, for that will draw more attention to your own wrongfulness than to the person you are slandering.

4. Use humor or gentle mockery at your rival’s expense
When your own reputation is solid, use subtler tactics, such as satire and ridicule, to weaken your opponent while making you out as a charming rogue. The mighty lion toys with the mouse that crosses his path—any other reaction would mar his fearsome reputation. Once Barnum did have a reputation of his own, he used the fake hypnotism demonstration: He ridiculed his rival Peale’s reputation. He was extremely successful. Once you have a solid base of respect, ridiculing your opponent puts him on the defensive and draws more attention to you, enhancing your own reputation. Outright slander and insult are too strong at this point; they are ugly, and may hurt you more than help you. But gentle humor and mockery suggest that you have a strong enough sense of your own worth to enjoy a good laugh at your rival’s expense. A humorous front can make you out as a harmless entertainer while poking holes in the reputation of your rival. – See more at: http://48laws-of-power.blogspot.com/2011/05/law-5-so-much-depends-on-reputation.html#sthash.KBN1rsHk.dpuf

(Selepas ini banyaklah senda gurau kasar yang akan digunakan. Kita yang rakyat biasa ni mungkin tak faham. Tapi kita tengok sahajalah).
Selamat Berkhidmat Kabinet Baru!!!

Julai 28, 2015 at 2:17 pm 3 comments

Tak Perlu Busukkan Nama Pemuda UMNO; Apa Beza Justo dengan Portal Tertentu

Kalau nak berpropaganda pun, mesti ada limit dan had. Jangan main hentam keromo. Jangan anggap semua orang sebagai musuh. Belajar bersangka baik.
Zaman bila yang UMNO ini tidak boleh langsung ada idea yang tidak selari dengan Presiden. Presiden mesti betul semua pada setiap masa. Apakah UMNO ini sudah jadi seperti pemerintahan ulama’? Semua mesti betul? Sanggah sahaja akan jadi macam gugur agama?
Biar realistik lah dalam menunjukkan kesetiaan. Jangan membuta tuli.
Rasanya Pemuda UMNO ada hak untuk mengemukakan pandangan dan pendirian. Lantak pi lah Khairun Aseh dah jaga sampai 80 Ketua Pemuda Bahagian. Kita boleh agak kaedah Khairun Aseh jaga orang bagaimana. Bagus kalau dia berjaya.
Tapi itu tidak boleh menafikan sama sekali role dan peranan Pemuda UMNO. Busuk macamana pun KJ, di zaman serba menguji macam ini pun, Pemuda UMNO menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin.
Revolusi Whatsapp
Kalau setakat sebut-sebut tak setuju dengan Presiden dalam whatsapp itu benda biasa. Tak ada yang heran. Banyak whatsapp lain yang balun Presiden. Kenapa tak pergi printscreen dan ambil?
Apakah whatsapp Ketua Umno Bahagian semua PUJI MELAMBUNG-LAMBUNG Presiden? Whatsapp Ahli Parlimen? Semua cakap Presiden baik dan bagus?
Apakah whatsapp Timbalan Ketua UMNO Bahagian lambung Presiden?
Ini tidak, whatsapp budak muda juga yang dicari dan dihentak. Kalau dendam dengan KJ pun jangan sampai buat benda macam ini bro. Tak baik.
Kadangkala jadi pelik juga, apabila Justo dikatakan nak jual maklumat, itu dikatakan tidak beretika. Yang korang pergi ambil printscreen tanpa ada kebenaran itu ada etika sangat?
Kita boleh tak suka dengan KJ, Wanbro atau mana-mana pemimpin Pemuda, tapi jangan sampai nak character assasinate macam itu. Ada adab lah sikit. Dia masih Ketua Pemuda. Kalau kita kata Presiden itu INSTITUSI yang perlu dijaga, Ketua Pemuda pun bukannya jawatan yang dapat tepi jalan. Ianya ikut Perlembagaan.
Kalau memang strategi PMO nak burukkan Pemuda UMNO, rasanya tak tepat jalan  tu. Kena dekati. Bukan serang.
Bukan busukkan nama Pemuda UMNO macam nak rak.
Soal mereka nak memberontak, nak jadi #Jebat atau apa sekalipun, itu soal prinsip dan pendirian peribadi. Selagi mereka tak secara open menyerang Presiden, itu kira mereka masih setia lah tu. Jangan harap lebih-lebih sangat. Ini tahap nak mereka berperang, sedangkan jalan pun tak betul. Teruk lah.
Kalau benda salah pun nak minta puji…getik pulak rasanya.

Julai 27, 2015 at 5:08 pm 1 komen

Anwar Tahu Mana Nak Cari Duit Jika Berlaku ‘Siri Pilihanraya Kecil’

GHB diminta melihat dan mendengar apa perasaan rakyat setelah mereka ambil keputusan untuk mufarakah dari Pas. Dalam solat pun dibolehkan mufarakah. Apa sangat dalam politik. Sebab itu apabila timbul isu bai’ah dan sebagainya, pelopor GHB tidak kisah sangat.
Arahan terbaru yang diterima daripada Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) adalah meletakkan jawatan sekiranya perlu. Semuanya bergantung kepada sentimen rakyat. Kalau ok, tak perlu. Tapi pressure kuat, siri pilihanraya kecil adalah jalan terbaik.
Apabila ditanya soal modal untuk siri pilihanraya kecil; Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) yakinkan supaya mereka jangan risau. Kalau setakat 11 kawasan Parlimen; 17 DUN; rasanya modal yang ada sudah cukup.
Modal ini akan turut dibantu oleh satu arahan khas kepada Azmin dari Sungai Buloh. Bajet tertentu Kerajaan Negeri Selangor akan digunapakai. Secara kebetulan, banyak juga pilihanraya kecil akan berlaku di negeri ini. Untuk asingkan sedikit untuk beberapa kawasan di Kelantan, di Kedah, di Perak tidak akan timbul masalah.
Pilihanraya kecil ini peluang untuk bawa masuk ramai orang kecewa ke dalam sistem politik. Orang seperti Husam, Salahuddin Ayyub – tak boleh berada di tepian padang. Mesti masuk dalam padang. Itu boleh diusahakan.
Malahan Husam bersedia untuk bertanding di Shah Alam, apabila laporan dalaman mengatakan Khalid Samad akan tersungkur teruk jika bertanding semula di Shah Alam di atas tiket GHB.
Salahuddin Ayyub juga mengidam untuk bertanding.
GHB akan mempunyai modal yang cukup, apabila kemampuan kewangan DAP dan PKR membantu parti baru tersebut. Buat masa sekarang, invois bulanan Abang Mat Sabu sahaja sekitar RM20 ribu sebulan. Belum masuk buat open house dan turun ke negeri-negeri.
Ini semua rezeki bulan Syawal.

Julai 26, 2015 at 10:06 pm 3 comments

Tawaran Baru: Pakej Perletakan Jawatan PM & TPM Bersekali

Katanya, antara sebab utama Najib enggan meletakkan jawatan adalah kerisauan beliau bahawa ramai rakan-rakannya akan dihadapkan ke muka pengadilan, terutamanya apabila Muhyiddin berkuasa.
Ramai kalangan Ketua Bahagian yang tidak gemarkan TSMY. Kepada mereka, TSMY bukanlah orang yang mesra dengan parti. Selalu sentap dan tidak serasi dengan budaya hulur dan tabur. Setakat pagi ini pun, listing Ketua Bahagian yang bersama TSMY tidak sampai 8 orang.
Walaupun TSMY adalah Timbalan yang baik selama ini, tetapi sejujurnya TSMY bukanlah calon lengkap sebagai PM baru Malaysia. Banyak juga almari di MoE dan JPM yang akan terbuka. Banyak juga kontrak yang akan dilihat dan dinilai semula. Tak banyak beza rupanya.
Mungkin tidaklah ada syarikat sebesar 1MDB. Tetapi peranan individu-individu tertentu di dalam Pejabat TPM pun boleh tahan kasarnya.
Nama-nama orang keliling TPM bukanlah bersih sangat. Banyak juga yang didengar dan diketahui.
Itu termasuklah kontrak kerja komunikasi, pengiklanan yang didominasi oleh seorang Setiausaha Akhbar yang ganas dan garang. Katanya jumlah keseluruhan kontrak memakan belanja puluhan juta (yang turut dikongsi dengan beberapa orang di pejabat TPM).
Banyak juga isu di peringkat JPN/PPD yang menyebabkan rakan-rakan rapat TPM semuanya menyapu bersih kontrak dan kerja-kerja bernilai besar.
Sebab itu, katanya ada deal baru yang sedang dibawa oleh orang yang berpengaruh:-
1. Najib letak jawatan.
2. Muhyiddin letak jawatan.
3. Zahid jadi PM.
4. Hisham jadi TPM.
Ini solusi yang terbaik untuk UMNO dan BN. Dengan situasi begini, akan berlaku landslide changes di peringkat kabinet/perhubungan negeri. Barulah UMNO ada taring untuk memperbaiki keadaan.
Katanya, senarai kabinet BARU sudahpun disusun. Kuda tua yang sudah tidak mampu diketepikan sama sekali (dengan skim pampasan jangka panjang 3 keturunan).
Pakej ini katanya yang terbaik mampu difikirkan.
Akan dibawa ke perhatian MT dalam masa yang terdekat.
Pakej ini kalau menjadi, rasanya kali pertama dalam sejarah PM dan TPM letak jawatan secara bersekali.
Zahid tidak sempurna. Tapi untuk tempoh sementara menjelang GE14, rasanya dia pilihan terbaik.
Khabarnya Muhyiddin agak terbuka dengan cadangan ini. Tapi syarat utama: BOTH OF THEM SHOULD GO.
Tun Najib Razak
Tun Muhyiddin Yassin
Tun Rosmah Mansor
Tun Norainee Abdul Rahman
All case closed. Back to routine.
Dah kena dah bunyi tu.

Julai 23, 2015 at 11:52 am 6 comments

Bila Nampak Tan Sri Shafee Abdullah – Kita Tahu Ada Masalah Besar!

Masuk hari ini, sudah dua orang yang dekat dengan 1MDB ditahan oleh pihak berkuasa. Betul, selagi belum dihadap di mahkamah, tak adil untuk menghukum mana-mana individu. Elok kita tunggu sahaja apa yang akan jadi selepas daripada ini.
Jika semalam Pengarah SRC ditahan. Hari ini, mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang memang menjadi senang lenang dengan kedudukannya, ditahan oleh pihak berkuasa. Orang yang sama kononnya menafikan bahawa ada duit 1MDB yang dichannelkan melalui syarikatnya, Ihsan Perdana.
Bila kita nampak TS Shafee Abdullah dipanggil sebagai peguambela, kita tahulah ada masalah besar dalam 1MDB. Masalah besar.
Kita tunggu apa lagi agaknya yang akan diperkatakan oleh pakar komunikasi PMO seperti Lim Sian See. Budak suruhan DAP yang menjadi orang kepercayaan PMO ini semakin dipercayai sampaikan blogger elit pun meletakkan dirinya sebagai rujukan.
Blog ini gagal sama sekali untuk faham dengan posting Lim Sian See yang macam orang kena sawan.
http://limsiansee.blogspot.com/2015/07/we-admit-and-we-surrender.html
Apakah otak MENSA Lim Sian See gagal faham apa yang ditulis oleh owner The Edge? Kata IQ antara yang tertinggi di Malaysia, tetapi benda bodoh macam itu pun susah nak faham.
Nampaknya isu ini semakin menarik. Kita sama-sama tunggu.
Kalau dah Tan Sri Shafee Abdullah dipanggil tu, maknanya something is not right.

Julai 22, 2015 at 2:40 pm 1 komen

Mengapa Lim Kok Wing Letak Jawatan?

Tan Sri Lim Kok Wing yang pelantikannya sebagai penyelaras kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekecohan, meletakkan jawatan awal bulan ini, menurut sumber kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan penjawatan singkat pakar pengiklanan itu sebagai penasihat Najib berakhir awal bulan ini selepas mengemukakan surat peletakan jawatannya.

Ini terjadi ketika perdana menteri sedang bergelut meningkatkan sokongan yang semakin berkurangan berikutan isu yang berkaitan dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penyaluran dana ke dalam akaun peribadinya dan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.

Laporan yang dibuat oleh The Malaysian Insider ini memang memeranjatkan. Sebagai seorang yang sudah di-identify oleh PMO sebagai PR Extraordinaire, apa yang berlaku membayangkan betapa PMO semakin rosak dengan permainan politik dalaman yang dahsyat.

 
Menurut info, LKW cukup tidak gembira apabila banyak perkara yang beliau rancang, mendapat reaksi negatif daripada petugas PMO. Semua perancangan, walaupun dipersetujui oleh PM akan gagal dilaksanakan kerana banyak sangat kepala yang perlu didengar.
 
PM selalu kata, jangan bekerja di dalam keadaan silo. Sebab itu LKW kecewa. 
 
Antara beberapa nama yang memberi masalah kepada kerja komunikasi PMO:-
 
Farid Ridzuan – masih menjadi kepala nombor 1 di PMO. Semua usaha komunikasi strategik mesti melalui Farid. Bayangkan, untuk tempoh sebulan ramadhan, Farid diberikan peruntukan RM100 juta! Semuanya untuk memberi imej positif kepada PM. Berjaya? 
 
Iskandar – mamat ini tidak bijak mana, tetapi berlagak bagaikan seorang KSU. 
 
Luthfi – jambu Farid yang sentiasa menjadi peneman suka dan duka. 
 
Amhari – ratusan juta kerja PRU13 dihabiskan oleh dia seorang. Kesan? Tak ada kesan langsung. 
 
TS Shukry – KSUS paling BLUR dalam sejarah PMO (sejak zaman Tunku Abdul Rahman). Mat kelantan yang tak tahu apa yang dia buat. 
 
Lim Sian See – LKW kecewa bilamana seorang Cina (mantan DAP) diberikan kedudukan yang penting dalam PMO. 
 
Akmar – panjat gunung/MYkmu
 
SUA Bentley – ghout. 
 
Shahziman Mansor – real gaji buta. 
 
Tak ada seorang pakar komunikasi pun yang boleh berjaya jika pasukan ini menjadi dream team PMO. Tak ada. Letak Christiane Amanpour, mahupun pakar komunikasi Obama sekalipun, tak mungkin boleh berjaya. 
 
Elok LKW letak jawatan sebelum situasi lebih teruk.
 
Selamat Hari Raya PMO!

Julai 21, 2015 at 4:18 pm 4 comments

Kalau Kita Biarkan Negara Dipimpin RAJA PETRA – Makin Jahanam Jadinya

Mudah dan senang sangat jadi RPK ini. Buat cerita fiction. Bagi orang percaya. Seorang blogger senior maklumkan, RPK baru sahaja dibekalkan dengan BAJET baru untuk terus bergiat dalam mempertahankan apa yang tak boleh dipertahan.
Agenda RPK mudah sahaja:-
‘Discrediting special task force’.
Katanya bekalan duit raya untuk RPK pun boleh tahan. RPK mana buat kerja free. Semua mesti ada bayaran dengan gandaan yang berkali ganda. Katanya pertemuan RPK dengan Maestro baru komunikasi PPM (Pejabat Perdana Menteri) berlaku secara mingguan. Setiap minggu akan diberikan bahan dan cadangan baru. RPK pun bebas memberikan pandangan, dengan bayaran lebih besar jika cadangan itu diterima.
Nama para pegawai Bank Negara Malaysia disebutkan dalam posting RPK. Tiga nama, yang kebetulan berada di dalam second liner Pengurusan BNM dilanyak secara terus terang. Bukti? Tak perlu. Janji lanyak dahulu.
Yang RPK tak tahu, buat sekian lama BNM banyak kali menanggung malu kerana menerima query banyak pihak mengenai 1MDB. Sebagai sebuah badan paling atas di dalam pengurusan kewangan, tak ada perkara yang terlepas daripada pandangan BNM.
Kalau kita terlalu bangga kononnya Monetary Authority of Singapore (MAS) itu sebagai badan paling unggul, tak ada salahnya kalau kita pun memuji BNM dengan kadar dan alasan yang sama.
Betul, blog ini juga ada menegur Ungku Sharifah Zeti. Tapi teguran agar Zeti menjadi lebih bertanggungjawab dan berani ambil tindakan. Bukan tuduhan Zeti adalah pengkhianat dan bocorkan rahsia. Itu kita tak pernah buat.
Nampaknya, cerita bohong RPK ini juga diambil oleh beberapa orang blogger elitis. Kononnya menjaja cerita yang sama. Ada pegawai BNM yang bocorkan rahsia.
Apakah bocor rahsia yang jadi isu; atau pemimpin songlap yang lebih menjadi isu besar? Nilaikan sendiri.
Kita mesti benarkan panel buat siasatan secara menyeluruh. Bukannya ada usaha nak burukkan individu tertentu.
Cerita pasal 4/5/6 Tan Sri yang kononnya nak jadi perosak ini adalah game plan RPK yang dibayar untuk membuat onar.
Dan ianya bukan soal samada

Julai 13, 2015 at 1:18 pm 2 comments

Mungkin Masanya Untuk Undur – Fikir Kepentingan UMNO dan Melayu!!!

Tulisan kali ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu atau niat blog ini untuk bersama dengan mana-mana puak. Yang penting adalah kepentingan UMNO dan rakyat secara keseluruhannya. Blog ini tidak ada menaruh apa sahaja dendam kepada PM. Namun, apa yang terjadi kebelakangan ini adalah satu TRAGEDI KEPADA KEPIMPINAN MELAYU.
Kita mungkin tidak perasan, tetapi mutakhir ini Melayu diwajahkan dengan sisi rasuah dan salah guna kuasa. Betul, zaman dahulu pun begitu, Sejak zaman tulisan Abdullah Abdul Kadeer Munshi pun, Melayu memang terkenal dengan sikap begini. Bodek tidak menentu. Enggan bercakap benar. Malah menjaga kepentingan individu masing-masing.
Soalnya, apa yang telah terjadi kebelakangan ini memundurkan Melayu jauh ke belakang. Pemimpin Melayu digambarkan dengan begitu buruk. Sudah lah tidak pandai menjaga khazanah negara, memasukkan untung ke poket sendiri adalah satu penghinaan baru. Ini level baru tragedi Melayu.
DS mungkin melakukan segalanya dengan niat yang baik. Wujudkan syarikat, dan benarkan segala macam CSR untuk rakyat. Namun, rakyat tidak boleh selamanya disuap dengan rasuah begitu. Lebih utama, DS gagal memimpin.
DS gagal memimpin orang kanan DS dengan integriti. Mereka hanya tahu mencari duit dan mencari lebih kekayaan.
DS,
Elok rasanya DS letak jawatan dan berundur sekarang. Hari ini mereka buka dan londeh akaun DS. Esok? Apakah jaminan akaun orang rumah DS tidak dirobek dan disula? Demikian juga dengan kekayaan anak-menantu DS. Berapa lama lagi semua rahsia ini mampu disimpan?
Jika DS berundur sekarang, adalah sedikit harapan untuk UMNO/BN untuk kekal berkuasa dan menjadi kerajaan. Maka dengan itu, nama DS masih akan kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tak ada siapa mampu buang hakikat itu.
Kami maklum, bahawa DS mahukan masa 6 BULAN untuk menyelesaikan semua keruh dan kayap politik. Tapi ketahuilah DS, ianya satu tempoh yang terlalu lama dan tidak mungkin menyelamatkan UMNO dan kerajaan.
Ingatlah DS, bahawa kuasa rakyat tidak mungkin mampu dinafi dan ditolak. Ingat Marcos & Imelda? Ingat Thaksin? Ingat Soeharto? Jangan bermain dengan risiko DS. Jangan.
Blog ini tidak mahu melihat DS dan keluarga diheret ke penjara. Cukuplah. Jangan dihina Melayu sampai begitu. Sekurang-kurangnya, gambar DS akan terus menjadi tinta sejarah.
DS,
Duduklah sekejap dan berfikir. Apakah ini yang DS mahukan? Ditempelak. Dihina. Didoakan rakyat untuk segera mati. Jangan sampai begitu DS. Darah Bugis kita tak layak dihina sampai begitu.
DS sudah cuba yang terbaik. Tetapi zaman ini zaman edan DS. Ianya tidak cukup untuk menjadi pemimpin baik dan sopan.
Jangan DS dengar puisi dan syair sokongan Ketua-Ketua Bahagian berperut boroi dan tamak. Dengarlah rintihan rakyat.
Semoga DS membuat keputusan tepat dan berundur dengan hormat. Masa sudah tamat. Kali ini, sukar dapat syafaat. DS tenggelam dalam kemewahan, sedang rakyat merempat.
Salam hormat,
Bugis Kampung

Julai 9, 2015 at 3:28 pm 3 comments

Mampukah Kak Wan Menunjukkan Kepimpinan? Seramai Mana Ahli Parlimen Yang Hadir Mesyuarat Di Parlimen. Muafakat Baru Yang Lebih Inklusif.

Hari ini, Kak Wan dijadualkan untuk mempengerusikan mesyuarat khas ahli-ahli Parlimen untuk menentukan jalan baru politik Malaysia. Jalan mana? Tak tahulah. Tapi Kak Wan kata Malaysia mesti cari jalan baru.
Memetik kata seorang aktivis NGO di Indonesia, ‘ini titik paling konyol untuk politik Indonesia’, apakah Malaysia juga sedang berada dalam keadaan konyol dan tidak wibawa, kita serahkan kepada keadaan.
Di kalangan MP pembangkang sendiri mengakui, bahawa panggilan Kak Wan itu pun dah kurang seri dan kurang wibawa. Sejak awal, Kak Wan diakui bukanlah calon Ketua Pembangkang yang ideal. Tidak ada vision.
Dari Sungai Buloh, Anwar tegaskan tentang Muafakat Baru.
Pimpinan ketiga-tiga parti ketika itu menyahut hasrat rakyat yang berbicara lantang soal kebebasan dan keadilan; negara hukum; pembanterasan rasuah dan penyelewengan kuasa serta ekonomi yang saksama dan tidak dibolot segelintir yang maha kaya.

Maka pimpinan Pakatan menerima asas perlembagaan negara dan mencerakinkan agenda bersama tatakelola negara; agama; ekonomi; pendidikan; dan budaya.

Perkembangan mutakhir yang bermula dengan bibit keretakan, kini mengakibatkan wadah formal Pakatan tidak wujud lagi.

Namun, saya tegaskan bahawa semangat dan dasar bersama yang disepakati Pakatan tetap kekal malah semangatnya perlu ditingkatkan.

Dengan muafakat baru ini, kita perlu menjana perubahan dengan wadah yang lebih kukuh dan utuh – menggembleng tidak sekadar wadah parti malah wadah rakyat yang lebih inklusif, mencakup semua kalangan yang setia pada semangat perjuangan memartabatkan setiap insan di negara Malaysia tercinta.

Muafakat Baru; Wajah Lama
Kalangan MP pembangkang sendiri merungut, cukup bosan, lemah dan letih dengan kepimpinan Kak Wan.
Sudahnya, pembangkang sendiri gagal menggunakan kesempatan perang saudara dalam UMNO untuk kepentingan mereka.
Sayang, kalaulah sebelum ini orang lain jadi Ketua Pembankang. Pasti lebih bersinar rasanya…

Julai 7, 2015 at 3:24 pm Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


Julai 2015
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Capaian Umum

  • 75,347,776 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 146 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United StatesSempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat!Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kelom […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Adakah Destini Berhad Menjadi Ali Baba Untuk China Kuasai KTMB?
    Kesatuan Perkerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) telah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat usahasama antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Destini Berhad.Baca di sini :https://ismaweb.net/2021/03/03/kesatuan-mahu-sprm-siasat-kelulusan-usaha-sama-antara-destini-ktmb/Ianya adalah ekoran dari pengum […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun!Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk I […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Musram Rakuman

  • ICSB TINGKAT KEUNTANGAN 4 KALI GANDA PADA TAHUN 2021
    Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) pada tahun 2021 telah mendapat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM424 juta berbanding RM112 juta pada tahun 2020, peningkatan RM312 juta merupakan 4 kali ganda. Peningkatan keuntungan tersebut disumbangkan oleh kenaikan hasil daripada RM819 juta pada tahun 2020 kepada RM1.2bil […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Why You Should Be Eating Citrus Fruits For Breastfeeding
    Citrus fruits are a great source of Vitamin C, which is important for breastfeeding mothers. Vitamin C helps to support the immune system and can help to prevent illness. Additionally, citrus fruits are high in fiber which can help to keep your digestive system healthy. Orange is one of the most popular fruits in the […] The post Why You Should Be Eating Cit […]

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • ICSB TINGKAT KEUNTANGAN 4 KALI GANDA PADA TAHUN 2021
    Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) pada tahun 2021 telah mendapat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM424 juta berbanding RM112 juta pada tahun 2020, peningkatan RM312 juta merupakan 4 kali ganda. Peningkatan keuntungan tersebut disumbangkan oleh kenaikan hasil daripada RM819 juta pada tahun 2020 kepada RM1.2bil […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Why You Should Be Eating Citrus Fruits For Breastfeeding
    Citrus fruits are a great source of Vitamin C, which is important for breastfeeding mothers. Vitamin C helps to support the immune system and can help to prevent illness. Additionally, citrus fruits are high in fiber which can help to keep your digestive system healthy. Orange is one of the most popular fruits in the […] The post Why You Should Be Eating Cit […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zinaBANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran.Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr. […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zinaBANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran.Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr. […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]

Paling Popular

  • Tiada