Tan Sri Lim Kok Wing yang pelantikannya sebagai penyelaras kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekecohan, meletakkan jawatan awal bulan ini, menurut sumber kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider difahamkan penjawatan singkat pakar pengiklanan itu sebagai penasihat Najib berakhir awal bulan ini selepas mengemukakan surat peletakan jawatannya.
Ini terjadi ketika perdana menteri sedang bergelut meningkatkan sokongan yang semakin berkurangan berikutan isu yang berkaitan dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penyaluran dana ke dalam akaun peribadinya dan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.
Laporan yang dibuat oleh The Malaysian Insider ini memang memeranjatkan. Sebagai seorang yang sudah di-identify oleh PMO sebagai PR Extraordinaire, apa yang berlaku membayangkan betapa PMO semakin rosak dengan permainan politik dalaman yang dahsyat.
Menurut info, LKW cukup tidak gembira apabila banyak perkara yang beliau rancang, mendapat reaksi negatif daripada petugas PMO. Semua perancangan, walaupun dipersetujui oleh PM akan gagal dilaksanakan kerana banyak sangat kepala yang perlu didengar.
PM selalu kata, jangan bekerja di dalam keadaan silo. Sebab itu LKW kecewa.
Antara beberapa nama yang memberi masalah kepada kerja komunikasi PMO:-
Farid Ridzuan – masih menjadi kepala nombor 1 di PMO. Semua usaha komunikasi strategik mesti melalui Farid. Bayangkan, untuk tempoh sebulan ramadhan, Farid diberikan peruntukan RM100 juta! Semuanya untuk memberi imej positif kepada PM. Berjaya?
Iskandar – mamat ini tidak bijak mana, tetapi berlagak bagaikan seorang KSU.
Luthfi – jambu Farid yang sentiasa menjadi peneman suka dan duka.
Amhari – ratusan juta kerja PRU13 dihabiskan oleh dia seorang. Kesan? Tak ada kesan langsung.
TS Shukry – KSUS paling BLUR dalam sejarah PMO (sejak zaman Tunku Abdul Rahman). Mat kelantan yang tak tahu apa yang dia buat.
Lim Sian See – LKW kecewa bilamana seorang Cina (mantan DAP) diberikan kedudukan yang penting dalam PMO.
Akmar – panjat gunung/MYkmu
SUA Bentley – ghout.
Shahziman Mansor – real gaji buta.
Tak ada seorang pakar komunikasi pun yang boleh berjaya jika pasukan ini menjadi dream team PMO. Tak ada. Letak Christiane Amanpour, mahupun pakar komunikasi Obama sekalipun, tak mungkin boleh berjaya.
Elok LKW letak jawatan sebelum situasi lebih teruk.
Selamat Hari Raya PMO!
Julai 21, 2015 at 4:18 pm
Maklum Balas Pembaca