Mengapa Lim Kok Wing Letak Jawatan?
Julai 21, 2015 at 4:18 pm 4 comments
Tan Sri Lim Kok Wing yang pelantikannya sebagai penyelaras kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekecohan, meletakkan jawatan awal bulan ini, menurut sumber kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider difahamkan penjawatan singkat pakar pengiklanan itu sebagai penasihat Najib berakhir awal bulan ini selepas mengemukakan surat peletakan jawatannya.
Ini terjadi ketika perdana menteri sedang bergelut meningkatkan sokongan yang semakin berkurangan berikutan isu yang berkaitan dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penyaluran dana ke dalam akaun peribadinya dan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.
Laporan yang dibuat oleh The Malaysian Insider ini memang memeranjatkan. Sebagai seorang yang sudah di-identify oleh PMO sebagai PR Extraordinaire, apa yang berlaku membayangkan betapa PMO semakin rosak dengan permainan politik dalaman yang dahsyat.
Entry filed under: Tan Sri Lim Kok Wing. Tags: 1Malaysia Development Berhad, 1MDB, Akmar, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Najib Tun Razak, Farid Ridzuan, Lim Kok Wing, Lim Sian See, Perdana Menteri, PMO, Shahziman Mansor, Tan Sri Lim Kok Wing, The Malaysian Insider, TS Shukry.
4 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Mengapa Lim Kok Wing Letak Jawatan? | Berita Malaysia | Julai 21, 2015 at 4:20 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]
2. Tanpa Nama | Julai 22, 2015 at 10:06 am
Lama sgt lkw jadi barua tun m. Tu yg susah nk adjust dgn najib.
3. Sophie Nysreena | Julai 22, 2015 at 10:08 am
ni sape tulis ni. saifudin ke flying kick ?
4. Ben Low | Julai 25, 2015 at 10:54 pm
Amboi dasyat nih..sampai tahu luar dalam. Dah jadi macam musuh dalam selimut nih