Bila Nampak Tan Sri Shafee Abdullah – Kita Tahu Ada Masalah Besar!
Julai 22, 2015 at 2:40 pm 1 komen
Masuk hari ini, sudah dua orang yang dekat dengan 1MDB ditahan oleh pihak berkuasa. Betul, selagi belum dihadap di mahkamah, tak adil untuk menghukum mana-mana individu. Elok kita tunggu sahaja apa yang akan jadi selepas daripada ini.
Jika semalam Pengarah SRC ditahan. Hari ini, mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang memang menjadi senang lenang dengan kedudukannya, ditahan oleh pihak berkuasa. Orang yang sama kononnya menafikan bahawa ada duit 1MDB yang dichannelkan melalui syarikatnya, Ihsan Perdana.
Bila kita nampak TS Shafee Abdullah dipanggil sebagai peguambela, kita tahulah ada masalah besar dalam 1MDB. Masalah besar.
Kita tunggu apa lagi agaknya yang akan diperkatakan oleh pakar komunikasi PMO seperti Lim Sian See. Budak suruhan DAP yang menjadi orang kepercayaan PMO ini semakin dipercayai sampaikan blogger elit pun meletakkan dirinya sebagai rujukan.
Blog ini gagal sama sekali untuk faham dengan posting Lim Sian See yang macam orang kena sawan.
Apakah otak MENSA Lim Sian See gagal faham apa yang ditulis oleh owner The Edge? Kata IQ antara yang tertinggi di Malaysia, tetapi benda bodoh macam itu pun susah nak faham.
Nampaknya isu ini semakin menarik. Kita sama-sama tunggu.
Kalau dah Tan Sri Shafee Abdullah dipanggil tu, maknanya something is not right.
Entry filed under: 1MDB. Tags: 1MDB, Barisan Nasional, BN, Lim Sian See, Najib, Najib Tun Razak, Perdana Menteri, PMO, Tan Sri Shafee Abdullah, Tun Mahathir, UMNO.
Mengapa Lim Kok Wing Letak Jawatan? Tawaran Baru: Pakej Perletakan Jawatan PM & TPM Bersekali
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Bila Nampak Tan Sri Shafee Abdullah – Kita Tahu Ada Masalah Besar! | Berita Malaysia | Julai 22, 2015 at 2:50 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]