Archive for Ogos 24, 2015
Guan Eng Pun Dah Pandai Flip Flop. Petanda Baik.
Tengahari ini, Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang ambil keputusan untuk tarik balik tema BERSIH yang menjadi tema Hari Kebangsaan Negeri Pulau Pinang. Lepas kena balun, terus kata, Bersih, Cekap, Amanah. Asalnya, Bersih sahaja.
Bila Guan Eng pandai tarik balik tema, ini petanda baik kepada BN Pulau Pinang. Nampaknya, LGE pun sudah tidak sesolid dan sekuat dahulu. Dah tahu kalau dia terus nak ambil sikap berlawan, maka akan tersepitlah dia nanti.
Tak ramai ahli politik yang berani nak mempolitikkan tema Hari Kebangsaan. Tak ramai. Sebabnya, mereka tahu, kalau rakyat menyampah dengan politik remeh temeh, mereka pun boleh kena balun.
Di Amerika sekalipun, tak ada parti politik yang berlebih-lebih partisan dalam isu independence day. Bahaya.
Paling LGE takut bila ada istilah NEGARA DALAM NEGARA. Guan Eng cukup fobia dengan perkara ini, kerana DAP boleh terjerat kalau tak berhati-hati.
Guan Eng tahu, dengan keadaan politik yang tak stabil, sekali rakyat naik angin dan masuk hantu, boleh melingkup jadinya. Pulau Pinang pun begitu.
Katanya, ada anggota DAP sendiri yang dah mula gelakkan LGE kerana takut dengan desakan pihak tertentu. Mereka kata LGE sudah tak macam dulu. Cukup takut hilang kuasa dan pengaruh.
Apapun, baguslah tu. Kalaupun nak tunjuk garang, ada tempat dan waktunya.
Lepas ini jangan gatal-gatal nak usik lagi tema. Kalau tema itu terlalu politik, mungkin ada alasan. Tapi kalau #SehatiSejiwa pun tak boleh terima. Teruk sangat.
Maklum Balas Pembaca