Archive for September, 2015
Blog ini ucap TAKZIAH kepada Khir Toyo dan keluarga kerana terpaksa berhadapan dengan dugaan yang besar. Dipenjarakan, atas apa sahaja kesalahan, adalah satu trauma yang berpanjangan. Bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada kaum keluarga.
Episod Khir Toyo ini harus menjadi iktibar kepada semua pemimpin UMNO, daripada yang paling atas, sampailah yang paling bawah. Ingatan juga kepada semua Exco-Exco Pemuda UMNO, kalangan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Negeri, Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang lasak mencari kekayaan.
Nasib baik boleh berubah. Siapa sangka, seorang yang kelihatan sangat berpotensi, malah pernah dikhabarkan layak mencari tapak di peringkat Naib Presiden UMNO Malaysia, akhirnya terbarai di penjara. Memang menyedihkan.
Pada peringkat awal mendapat jawatan, Khir didorong oleh orang agama dan intelektual. Mereka seperti Dato’ Aidit, Dr Barjoyai, Tan Sri Ambrin, ramai lagi intelektual menjadi rujukan Khir dalam banyak keputusan dan dasar.
Sudahnya, Khir lebih gembira dikelilingi oleh kumpulan bisnesman yang hanya mahu mencari kekayaan.
Antara yang banyak merosakkan Khir adalah seorang pemimpin muda di Selangor, yang sekarang ini menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian. Pemimpin Melayu yang super duper kaya dalam sekelip mata. Dialah sebenarnya menyedapkan Khir dengan budaya yang songsang dan rosak, termasuk politik wang.
Khir sudah menerima hukuman. Berapa ramai lagi pemimpin UMNO/Melayu yang akan menyusul jika undang-undang kita luhur dan bebas?
Berapa banyak bilik di penjara yang perlu dikosongkan untuk makhluk politik UMNO?
Blog ini hanya mahu berpesan, jangan galak mencari harta sampai lupa dengan tanggungjawab dan amanah.
Jangan seronok dengan kawan yang suka menjahanamkan.
Dekati diri dengan ilmuwan dan agamawan pada setiap masa.
Harap kes Khir ini menjadi panduan kepada semua.
September 29, 2015 at 4:36 pm
Memang semua orang tahu, Nazri Aziz ini mahu tonjolkan diri seperti Yakuza dalam kabinet. Dia lah yang paling pandai. Paling liberal. Paling perpaduan kaum. Paling terbuka. Paling hebat. Paling bijak. Paling ikut protokol.
Dalam hal memanggil Duta China ini, Nazri Aziz tak perlu gelabah dan kow tow sahaja dengan apa penjelasan yang diberikan Duta China. Kena tengok apa subject matter. Kena tengok isu. Kena tengok kesan kepada isu ini.
Menyerang seorang Timbalan Menteri, kononnya menggunakan kuasa sendiri untuk mengeluarkan arahan memanggil Duta China adalah tuduhan yang bodoh dan pendek akal. Mungkin orang lain tidak sebijak dia, tetapi tidak juga bodoh dan tidak reti dengan SOP Kementerian.
Nazri pasti risau, dengan penurunan jumlah pelancong (termasuk pelacur) dari China yang mungkin turun jika Duta dipanggil. Sebab itu mengamuk tidak tentu hala.
Sudah lama, Nazri ini liabiliti kepada kerajaan. Banyak isu dalaman Kementerian yang tidak ditangani. Banyak protokol dan prosedur kewangan Kementerian Pelancongan yang dia langgar. Tapi kerana mulut yang bisa, ada seakan ketakutan untuk menggugurkan Nazri.
Nazri tak patut serang Wisma Putra secara hentam keromo. Malah bertemu dahulu dengan Duta China sebelum dia dipanggil ke Wisma Putra juga langkah yang sumbang.
Nazri patutnya biarkan Duta tersebut berjumpa dahulu dengan Wisma. Biar dia jelaskan isu sebenar. Dan kemudian sebagai Menteri, baru dia pergi berjumpa.
Ini tidak, sebab ego peribadi. Ikut jalan sendiri.
Bila Duta dipanggil juga, siapa yang rasa malu alah.
Terserlah kebodohannya.
September 28, 2015 at 7:03 pm
Memang cun cara Khir Toyo nak lepas diri, mula kata diri tidak tahu undang-undang, buat silap dan beri peluang untuk anak-anak beliau tidak rasa malu. Bukanlah blog ini ada masalah dengan Khir Toyo, tetapi ini semua takdir yang ditentukan oleh Allah SWT yang satu.
Kena terima. Seperti juga Mat Taib, Khir sebenarnya dijatuhkan oleh wife sendiri, yang tidak pernah kenal dek untung. Kemaruk harta dan mula meletakkan suami di dalam keadaan yang serba salah.
Peliknya, ada yang rasa kecewa bilamana Khir didapati bersalah.
Apa yang diharapkan?
Blogger ini harap PM campur tangan dan arahkan AG (Baru) lepas Khir Toyo daripada tuduhan ini. Mereka kata, Khir akan bantu Selangor. Khir akan beri wang kepada UMNO Selangor. Khir akan buat roadmap untuk menangkan Selangor. Khir akan deliver Selangor kepada UMNO.
Ada blogger yang kecewa bila Khir disabitkan kesalahan. Kecewa gila. Sampai rasa nak humban kerja baik mempertahan Najib.
Sampai begitu sekali?
Apa asbab dan alasan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :“Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)”(Hadis Riwayat Abu Daud : 2943, Dinilai oleh Albani sebagai sahih.
Khir ini adalah contoh klasik pemimpin UMNO yang tidak kaya, tetapi mengumpul kekayaan dalam tempoh yang cukup sekejap.
Bila kaya, isteri pon sombong tidak menentu. Maki hamun jadi pekasam mulut. Biasa maki hamun dan hina orang.
Sekarang, masa dan keadaan hanya berpusing.
Akan lebih ramai pemimpin Melayu berdepan nasib yang sama.
Khir ini contoh kecil sahaja.
Selamat berehat Khir.
September 23, 2015 at 5:13 pm
Tahun lalu, PM kita hadir di UNGA dengan mode simpati dan kesedihan. Dengan apa yang terjadi kepada MH370, adalah markah kasihan yang diberikan kepada Malaysia. Nampak semuanya OK, dan tidak banyak isu yang berbangkit.
Tapinya, mutakhir ini nampak banyak isu yang berbangkit. Macam-macam. Sampaikan akhbar New York Times pun meletakkan cerita yang besar bahawa Perdana Menteri Malaysia sedang disiasat oleh Jabatan Kehakiman Amerika.
Pasti ada blogger yang kata, ini tidak sama sekali akan menjatuhkan maruah dan kedudukan PM. Masih solid dan padu didokong oleh jutaan umat manusia di Malaysia. Kita hormat sahajalah pandangan mereka. Nak buat macamana.
In one article, The Times documented more than $150 million in luxury residential properties connected either to Mr. Najib’s stepson, Riza Aziz, or to the family friend, a businessman named Jho Low. Mr. Low, The Times found, has also been involved in business deals with Malaysia’s sovereign wealth fund, which is a government investment fund.
In the United States, officials are examining the real estate tied to Mr. Najib’s stepson and to Mr. Low, which could be seized if a case could be made that the properties had been purchased with the proceeds earned in corrupt practices, according to the people familiar with the investigation. The $681 million payment being investigated falls under United States jurisdiction because it was routed through Wells Fargo, an American bank. The inquiry is being run by the Justice Department’s Kleptocracy Initiative, which has seized properties in the United States owned by relatives of politicians from Equatorial Guinea, Nigeria, South Korea and Taiwan.
Kita doa yang baik-baik sahajalah, supaya ‘Unit Kleptocracy’ ini tak dapat buktikan apa-apa terhadap YAB kita.
Agaknya apa mesej baru yang PM kita akan bawa ke UNGA kali ini. Tahun lalu, antara mesej PM:-
– Global Movement of Moderates
– Shiah vs Sunni
– Kejayaan Malaysia menangani isu isu perkauman (selepas apa yang berlaku dalam Rali Merah; perasmian Silat dan sebagainya; boleh pakai lagi ke point ini?)
– Islamic State
Apapun, semoga berjaya mendapat tarikan UNGA? Kalau orang tanya, jangan lupa senyum dan jawab dengan yakin, 1Malaysia!
September 22, 2015 at 4:16 pm
Kecoh dan cemas ramai blogger apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan bertemu dan berbincang dengan Tun Mahathir di Sarajevo, Bosnia. Macam-macam teori timbul dan keluar. Katanya, akan ada angin baru selepas balik dari Sarajevo.
Malaysia Bosnia Business Council (MBBC) bukan benda baru. Benda dah wujud lama. Antara yang ada dalam MBBC ini adalah Menteri Besar Perak, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah.
The Malaysia-Bosnia and Herzegovina Business Council (MBBC) was launched in Sarajevo on 26 September 2014. Chief Minister of Perak, YAB Datuk Seri Di Raja Dr Zambry Abd. Kadir and the Minister of Energy, Mining Industry of FBiH, Mr Erdal Trhulj, inaugurated the event at Hotel Europe, Sarajevo.
Among those present during the ceremony were Mr Ivo Komsic, Mayor of Sarajevo, TYT Ambassador Anuar Kasman, Mr Khairul Azwan Harun, Co-Chairman of MBBC (Malaysian Chapter) and Deputy UMNO Youth Leader and Mr Amer Bukvic, Co-Chairman of MBBC (Bosnian Chapter).
Di sebalik MBBH, ada Sarajevo Business Forum (SBF). Bukan ada benda yang pelik-pelik pun.
Kalau nak bincangkan tentang kebusukan pemimpin, tak perlu sampai ke Sarajevo pun. Sarawak pun boleh. Selangor pun boleh.
Rasanya tak perlu lah buat teori macam-macam kononnya ada komplot baru nak rosakkan kepimpinan negara.
Buang masa travel jauh sampai ke Sarajevo.
Bloggers elit pun jangan bersungguh sangat nak kata tak ada sebab FBI dan mana-mana agensi antarabangsa mahu menangkap Najib. Bawak relak. Jangan cemas.
Buktikan sahaja. Apa kata pergi Australia barang sehari dua. Tengok kena tangkap atau tidak.
Rasanya tak ada apa yang akan jadi pun.
PM ada imuniti. Bukan kecil anak.
Kalau Naib Ketua Pemuda UMNO nak ada bisnes di Bosnia, apa salahnya.
September 21, 2015 at 4:49 pm
Ramai juga di kalangan orang dalam di PKR HQ yang tahu, Izzah pergi ke Amerika Syarikat bukan sekadar memberi maklum mengenai keadaan kesihatan Anwar, tetapi juga bertemu dengan beberapa pihak strategik untuk membantu PKR mendapatkan dana yang lebih besar untuk PRU14 nanti.
Seorang budak IT yang banyak membantu menyediakan presentation untuk Izzah, memaklumkan bahawa sebahagian besar kandungan dalam presentation tersebut adalah perkongsian data semasa – election data and new frontiers. Budak itu kata, AMANAH diserap masuk dalam presentation Izzah sebagai ‘Liberal Islam – A Way Forward’.
Apa yang blog ini dimaklumkan, Wan Azizah sudah bersiap sedia untuk memberikan baton Presiden PKR kepada Izzah dalam masa terdekat. Macam mana dengan Azmin? Itu Anwar akan handle.
Wan Azizah dimaklumkan oleh seorang pakar lobi di Amerika, imej Izzah sangat mudah untuk dibentuk dan kena dengan citarasa politik Amerika.
Semua beranggapan, Hillary Clinton akan mendapat kemenangan besar kali ini. Maka itu, sudah tiba masa, Malaysia juga menampilkan pemimpin nasional baru, wanita muda yang dijelmakan melalui Izzah.
Kementerian Luar Negeri patut buat kajian mendalam mengenai pergerakan Izzah di Amerika.
Katanya, antara isi lawatan Izzah adalah bertemu dengan empat syarikat lobbyist yang dikatakan akan menyediakan dana hampir USD100 juta jika mereka yakin dengan pembentangan Izzah.
Katanya antara yang mendekati Izzah:-
– US Chamber of Commerce (mereka mahu tahu sejauh mana Izzah akan menolak TPPA)
– Institute of Legal Reform (stand Pakatan 2.0 terhadap isu LGBT)
Izzah juga katanya akan bertemu dengan beberapa syarikat yang mempunyai kepakaran political advertising and branding.
Antara yang juga dalam listing lawatan Izzah:-
– CraftDC (sebuah syarikat yang menggunakan data strategik dan taktikal dalam pilihanraya)
– Waterfront Strategies
Kalau benar seperti digambarkan, rasanya Izzah akan lead PKR dalam masa yang terdekat ini.
Bergantung kepada blessing yang bakal diberikan Amerika, Izzah akan menjadi leader PR tidak beberapa lama lagi.
September 17, 2015 at 1:55 pm
Katanya akan ada tawar-menawar khas yang akan diberikan Kak Wan kepada PAS dalam pertemuan penting petang ini. PAS memang kecewa dengan PKR, itu semua orang tahu. Yang paling kecewa, apabila PKR menerima YB KJ (Tumpat) untuk bersama dengan PKR; dan bukan AMANAH.
Rasanya, hanya mereka yang bodoh atau berlagak bodoh, yang menafikan bahawa selama ini, KJ hanyalah alat PKR di dalam PAS. Kalau orang PAS sendiri percaya yang YB KJ adalah setia dan wala’ dengan kepimpinan PAS, memang mereka layak dikencing dengan mudah.
YB KJ represents suara Anwar di dalam PAS. Untuk YB KJ diletakkan sebagai Setiausaha Agung PAS pada suatu ketika adalah kejayaan paling besar kepada PKR. Tak ada kejayaan yang lebih besar daripada itu.
Dengan kedudukan sebagai SU Agung, YB KJ sebenarnya tahu dan faham berkenaan kedudukan strategik sebenar PAS di seluruh negara. YB KJ tahu di mana kelemahan dan kekuatan PAS. Semua data-data strategik ini sudah lama disupply ke Segambut atau sebelum itu di Petaling Jaya.
Dengan pengalaman sebegitu besar, YB KJ sebenarnya akan menggunakan kembali data dan statistik untuk menikam PAS dengan lebih mudah.
Tidak kah berasa pelik, apabila sahaja negosiasi jumlah kerusi, strategis PKR dengan mudah menyatakan data-data semasa kekuatan/kelemahan PAS. Orang Pas sendiri malu apabila Rafizi terangkan mengenai kelemahan Pas.
Sumber dalaman HQ PKR sudah menghubungi blog ini dan mengatakan ada 3 (Tiga) Set kenyataan akhbar yang sudah didraf pagi ini.
1) Kerjasama PKR dan PAS diteruskan
2) PKR Akan Minta Nasihat Anwar Untuk Roadmap Baru
3) PRU14 Masih Jauh. Akan Teruskan Perbincangan.
Tak ada yang konklusif. Semuanya damage control.
Kita semua tahu Kak Wan tidak ada karisma untuk membentuk blok Pakatan yang kuat.
Mesyuarat petang ini hanya drama politik.
September 14, 2015 at 11:34 am
Deputy Home Minister Nur Jazlan Mohamed will leave it to the police to investigate the Public Accounts Committee (PAC), which is alleged to have leaked information on the audit of 1MDB to US-based The Wall Street Journal (WSJ).
“We leave it to the police, if there is a case,” Nur Jazlan, the former PAC chairperson, responded curtly to Malaysiakini today when asked if the police should investigate PAC, which he helmed before being made deputy minister on July 29.
********************
Cepat sungguh Jazlan membebaskan anggota PAC daripada maklumat dalaman yang tersebar jauh sampai ke WSJ. Bagus, sebab Jazlan cepat jawab. Tapi apakah jawapan Jazlan itu tepat dan betul?
Mangsa mudah, kalau ikut persepsi adalah Tony Pua. Mengaku berjumpa dengan pihak luar untuk mencari bahan menyerang kerajaan. Mengaku pernah berjumpa dengan orang itu dan orang ini. Soalnya, betulkah Tony yang punya kerja?
Sebagai anggota pembangkang, Tony pasti tahu dia sentiasa diikut dan dipantau. Tak boleh sembarangan. Ramai memerhati.
Apakah ada kemungkinan bahawa kebocoran ini di kalangan orang dalam? Orang yang kita tidak sangka-sangka? Orang yang nak lihat kerajaan bermasalah dan berlaku perubahan kepimpinan?
Siapa? Itu kita boleh tafsir sendiri.
Najib mungkin tak bernasib baik kerana tak semua yang dilantik menjadi ahli kabinet itu totok kepada Najib. Tak mungkin. Ada yang sekadar terima jawatan, tetapi nak lihat berlaku perubahan. Pun ada juga jenis yang macam itu.
PDRM patut siasat secara menyeluruh. Bukan sahaja anggota PAC tetapi kalangan pegawai-pegawai kanan mereka. Termasuk pegawai Nur Jazlan sendiri.
Rasanya RPK sudah ada nama siapa yang terlibat. RPK main banyak kolam. Semua pihak dia ada saham. Sebab itu RPK pasti tahu siapa yang sudah jual game dalam isu PAC ini.
RPK patut dedahkan sahaja nama. Biar satu dunia tahu ada pihak sedang main wayang tinggi dalam circle Najib.
Wayang tinggi ini tak tahan lama. Akan terbongkar juga nanti.
September 11, 2015 at 12:00 pm
Memang sangat hebat. Cara Presiden handle MKT semalam memang antara yang terbaik dalam sejarah parti. Habis semua ura-ura yang kononnya ada pemecatan, kononnya Presiden akan ambil jalan ‘lawan tetap lawan’ berderai. Semua berlaku dengan tenang dan tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
Yang agak berlebih sedikit adalah kerja kuat staff TS Muhyiddin yang bawa gerombolan dari Pagoh semata-mata hanya untuk menyatakan sokongan. Cemas mereka bila ada ura-ura Boss mereka nak kena sailang.
Sudahnya, tak ada apa pun berlaku. Tenang dan terurus. Mantap kerja Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah/SUK UMNO, Tok Rauf semalam. Pandai dia mengurus suasana politik.
Kalau macam ini, kita boleh agak, tidak akan berlaku sebarang masalah dalam UMNO. Semuanya OK dan tersusun.
Masing-masing buat kerja masing-masing.
Katanya selain itu, ada beberapa perkara yang dipersetujui semalam:-
1. Semua MKT tak boleh buat kenyataan yang membayangkan parti dalam keadaan berpecah. Parti mesti sentiasa kelihatan solid molid.
2. Fokus kepada kerja parti.
3. Pengerusi-Pengerusi Perhubungan dilarang bercakap sama sekali dalam meeting semalam.
4. Tidak ada sebarang tindakan kepada mana-mana pemimpin UMNO.
5. Akan ada sedikit perubahan perjawatan lantikan. Bukan sekarang.
Tahniah, MKT yang diurus dengan cukup baik.
TSMY pun perlu ingatkan staff dia, tak perlu meracau buka gelanggang perpecahan dalam kumpulan whatsapp dan telegram. Jangan cakap depan tak berdendam dan setia. Tapi belakang tetap menikam dan menumbuk.
Kalau totok, buat cara totok.
September 10, 2015 at 2:27 pm
Kita boleh puji lah, memang strategi PM kali ni nampak menjadi. Berani dan tak selindung. Straight forward. Tumpukan kepada rakyat.
Kalau PM terus buat kerja macam ini, hasil nasihat Farid Ridzuan & Team, rasanya memang imej PM akan kembali murni dan meningkat. Cekap kerja Farid kali ini. Tak kisahlah berapa modal yang perlu dibelanja, janji PM nampak lebih kuat dan ke depan. Macam ini barulah layak diangkat sebagai Penasihat yang handal.
Blog ini jarang puji Farid, tapi kali ini memang kena lambung. Cukup smart kerja mereka. Kemas dan ada target.
Farid juga lah katanya yang nak PM teruskan pemilihan UMNO tahun hadapan. Argument Farid mudah sahaja, boss sudah nampak berani dan kuat, buat apa takut. Kalau betul 156 Ketua Umno Bahagian sudah berikan sokongan kuat, tak ada jalan untuk PM berundur.
Latest tally yang dibuat tentang Muhyiddin, hanya 6 Bahagian. Itupun Bahagian yang tak ada stail. Bahagian ikut-ikut. Ada kalangan yang Ketua Bahagian gelar sebagai Ketua Bahagian NFC. Not Flamboyant Club. Tak ada duit punya Ketua Bahagian.
Maka itu, semalam sudah dikhabarkan kepada Muhyiddin dan Sapiee Afhdal, MKT akan ambil ketetapan untuk teruskan pemilihan. Muhyiddin dan Sapiee pun sentap. Tak sangka Najib begitu bold dan berani.
Kali ini, siapa menang, dia menang semua. Tak perlu ada bising-bising di belakang.
Dikatakan, pemilihan akan seal Najib untuk memimpin Malaysia sehingga lepas 2020. Tak ada masalah. Yang penting UMNO solid.
Tahniah kepada Farid & Team yang sudah mula menunjukkan kemampuan sebenar mereka. Macam ini barulah bagus.
Farid kena lead. Tak perlu dengar ulasan bodoh orang macam Sharkar, Razali Ibrahim, Shapie Abdullah dan lain-lain ini.
Farid & Team sudah cukup.
September 8, 2015 at 3:42 pm
Kiriman Terdahulu
Maklum Balas Pembaca